Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Readers

Tuesday, January 17, 2017

mulanya terjebak ke bahagian perakaunan

Salam...

susah ke belajar akaun?? soalan macam simple, tapi nak jawab kena fikir panjang...eheheh...kalau tanya aku, aku rasa tak susah mana..sekarang la baru rasa macam tu..tapi time bergelar student rasa "ya Allah....awat susah sangat ni"....jarang la aku buat latihan ke..exam ke..aku dapat balance figure...hahahaha...semuanya sebab aku mempunyai basic knowledge yang lemah...sebab masa sekolah ada masalah kekurangan guru...itu la punca segala-galanya...

lepas PMR, aku teringin sangat masuk kelas sains tulen...sebab aku minat bab2 eksperimen...bab2 kira2...dalam masa yang sama, aku minat sangat seni...tapi sekolah aku ni ramai budak bijak pandai..budak sederhana cam aku ni memang payahlah nak berebut masuk kelas sains...kelas sains tulen je ada 2 kelas besar...pastu tak masuk ada sains sastera...sains kejuruteraan..sains itu ini...aku sampai pergi jumpa cikgu kaunseling sebab bingung buat pilihan kelas...cikgu bantu dengan bagi aku ujian personaliti dan kerjaya...alhamdulillah, setelah menjawab beratus soalan simple, cikgu bagi kesimpulan aku sesuai masuk kelas perakaunan compare to kelas sains...time tu terkejut gak sebab tak tau menahu apa-apa bab akaun...tapi akur dengan pendapat cikgu..maklum la remaja lagi...pergaulan terbatas...pengetahuan pun singkat sangat...tak dapat fikir jauh tentang dunia pekerjaan...

masuk form 4, mula2 tu ok aje...aku paling minat subjek matematik dan ekonomi asas..memang scorer la time form 4 tu..boleh dikatakan top 3 student untuk subjek ekonomi...cikgu pun close sangat dengan aku...tapi subjek lain??? hancur...hahaha...time tu wajib ambil 9 subjek untuk SPM...6 paper teras dan 3 subjek pilihan...untuk teras - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam..manakala subjek pilihan pula - Matematik Tambahan, Ekonomi Asas dan Perakaunan...ni subjek yang wajib ambil bila aku masuk kelas perakaunan...disebabkan minat mendalam kat bahagian seni...aku mohon subjek tambahan...pendidikan seni..so untuk SPM aku amik 10 paper...pendidikan seni kena belajar sendiri..aku consult dengan cikgu kat sekolah, so dia setuju ajar lepas abis waktu sekolah...setiap hari rabu dan jumaat...seminggu 2x je belajar..seronok sangat sebab time ni rasa close with each other..tak silap kelas kitaorang ada 10 orang student je kot...semua yang jenis ambil subjek tambahan macam aku..ada juga budak dari kelas sains..

dalam banyak2 subjek....aku paling worse subjek akaun..sepatah habuk tak paham...hahahah....masa 1st month tu ok la..belajar teori..asas perakaunan...bila ujian masih boleh score...lepas tu semua kelaut...dari markah setinggi 80% terus down sampai 5% masa hujung tahun...ko rasa kene belasah tak ngan mak bapak aku??? hahahaha....nasib ada subjek lain leh cover peratusan average...so xla dapat no kedudukan ke bawah sangat...fuhhhh~~~ puncanya...cikgu akaun kurang kat sekolah tu..masa awal2 je ade cikgu..lepas tu ada la sebulan lebih cikgu takde..dapat cikgu ganti pun kejap ada..kejap takde..selalu time subjek akaun tu takde cikgu..kitaorang belajar sendiri..most of student dalam kelas aku is chinese...most of them memang ada tuition kat luar..even malay pun most of them ada tuition...aku??? time tu family susah..memang takde makne la nak tuition bagai...so belajar tanpa cikgu untuk subjek akaun...ko rasa boleh paham ke??? disebabkan aku tak berapa nak genius...so aku jadi sotong lembik..time kelas akaun, aku tidur...hahahah

bila masuk form 5 je...memasing dah mula serius study..yela nak amik SPM kan..aku mula gelabah kenangkan paper akaun...risau..kadang2 nangis2 time study..sebab baca camne pun aku tak boleh nak paham..tak tau kenapa...balik rumah dah sibuk tolong mak ayah aku prepare barang berniaga sambil jaga adik2 yang masih kecil...time tu berniaga kedai makan...so memang 100% masa untuk study adalah di sekolah sahaja...bila awal tahun tu kenalkan guru2 untuk subjek...aku jadi terkedu bila tengok cikgu akaun adalah cikgu yang sama ajar subjek ekonomi asas semasa aku form 4...cikgu yang close dengan aku tu...aduhai...gelabah gila...takut...malu..macam2 aku rasa...yela cikgu ni dok pikir aku student pandai..ape plak dia pikir bila tanda kertas akaun aku??? hahahha...sampai skung aku tak leh lupa prasaan aku time tu..tak tidur malam wei kenangkan esoknya nak start belajar akaun dengan cikgu tu..nama cikgu tu cikgu salwa...aku sayang sangat kat cikgu ni..sebab tu ingat kat dia sampai skung...eheheh...

tiba hari 1st dia masuk kelas, saat melangkah masuk je dia dah senyum kat aku..pastu dia cakap hari ini kita buat kuiz...ape lagi..kecoh la satu kelas..1st day dah bagi kuiz..gila ke ape??? so nangisla aku menjawab kuiz...bila result kuar the next day...dia panggil sorang2 sambil bacakan markah..dari yang top sampai yg last..ko rasa sape yang last??? hahahha...aku kedua last..budak yang last sekali tu memang patut last la..sbb dia budak peralihan kelas..masa form 4 dia kelas sastera..masuk form 5 bapak dia bising kat sekolah..soh anak dia masuk kelas akaun juga walaupun mata PMR tak layak..kesian dia..aku ingat lagi dia selalu stress kat sekolah...ok lupekan hal dia...hahahah

masa cikgu bagi kertas..aku tak berani pandang muka dia..memang malu yang teramat sangat...lepas kelas dia panggil aku dan budak tu...dia cakap budak tu dapat 2%..aku plak 5%...ape masalah kitaorang sebenarnya...leh dapat markah serendah tu??? dia baik..tanya pun lembut je..time tu la aku tau pasal budak tu..tak ingat nama dia..dia nangis2 cite kat cikgu yang bapak dia paksa masuk kelas akaun..dia tak nak sebab tau tak leh bawa subjek tu...tibe time aku...cikgu salwa siap cakap dia check kertas aku 2x...baca nama aku 2x..dia tak percaya markah aku seteruk tu...dia tanya apa masalah..so aku terus terang la ckp aku tak paham sepatah habuk pun..aku x tuition..belajar sendiri pun tak paham...so cikgu decide setiap hari waktu rehat...kitaorang kene spend a bit time jumpa dia..dia akan ajar dan bagi latihan extra untuk cover subjek form 4...memang aku kagum kat cikgu salwa...

maka bermulalah episod "takde free time" waktu lunch...makan dalam 10 minit camtu je pastu gi jumpa cikgu..hari2 dia akan ajar 1 part / tajuk...then bagi extra latihan..hari2 tau tak..boleh gile aku time tu...disebabkan aku jenis balik rumah memang tak study, so aku akan habiskan semua kerja sekolah lepas abis waktu sekolah..aku selalu stay-back after school hour...kadang2 aku siapkan time cikgu tak masuk kelas ke..cikgu mesyuarat ke..cikgu tak sihat ke..aku gunakan sebaik2 mungkin masa di sekolah...balik rumah memang dah busy...sampai rumah je aku kene gi kedai makan tolong bapak aku berniaga...malam memang letih la wei..tidur awal..sampai sekolah awal tu kadang sambung siapkan kerja sekolah..kalau tak sempat sangat, aku pinjam tiru buku kawan..wakakka...tapi stail aku meniru..make sure ko paham ape yang ko tiru..tu je sebenarnya...cikgu bagi latihan sebab nak ko faham..kalau ko tiru bulat2 tanpa memahamkan dulu, memang sia2 la ko buat kerja sekolah tu...

lebih kurang lagi 3 bulan nak SPM...ade sorang budak kelas aku nama Ashikin...dia tanya aku nak join tuition dia tak? aku dengar tuition terus tolak mentah2 sebab tau tak mampu..pastu dia beria2 yakinkan aku ni tuition khas untuk subjek akaun...bayaran cuma RM10 je sebulan sebab cikgu tu nak tolong budak yang tak faham..dia akan ajar asas yang dari form 4 punya..express punya cara...macam2 la dia dok yakinkan aku...sampai aku terpengaruh..hahahah..balik sekolah punya la pening aku fikir camne nak cakap kat bapak aku...aku kalau boleh taknak menyusahkan dia..last2 aku tak jadi cakap dengan dia...instead of, aku gi jumpa cikgu biasiswa kat sekolah...minta nak keluarkan duit untuk tuition...nasib dia bagi..pastu baru aku minta kebenaran bapak aku...dapatlah tuition...sangat-sangat membantu aku...nama cikgu tu cikgu Dollah...baik yang amat...bila dia ajar tu, aku terasa "Ya Allah, kenapa senang gila sebenarnya"....stail dia ajar untuk score paper akaun..so dia ajar cara menjawab soalan dan score markah...step by step...time tu memang aku banyak hafal je format2 dan ayat2 yang biasa ditulis kat kertas soalan...express wei dah nak SPM...

tiba time trial SPM, subjeck akaun aku gagal...aku rasa frust gila...rasa macam dah usaha abis dah...tapi cikgu Salwa tak putus asa...dia cari point kelemahan aku dan ajar aku lagi...dia just nak aku dapat lulus pun jadi la katanya...eheh...time SPM, terasa segalanya mudah...cuma ade la 2-3 soalan tak dapat jawab...resultnya?? cer teka?? eheheh...ya...alhamdulillah...aku dapat B...cikgu Salwa berdiri tepi dewan masa aku amik result..dia tanya dapat ape...aku tunjuk slip..terus wei dia peluk aku sambil nangis...aku pun time tu rasa nak nangis...tapi aku tahan..eheh..dia cakap..."saya tak sangka awak dapat B..saya fikir kalau setakat lulus je pun tak mengapalah" ....gitu punya risau dia...eheh...

aku pun tak sangka leh dapat B..almost wei nak dapat A...itulah keajaiban yang aku rasa dalam hidup aku...alhamdulillah..takde subject pun yang fail time SPM...start tu, hidup aku terus ke arah perakaunan....until now...no regret at all...worth it!!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

3D magic art (2) 850cc (1) ABC bandung (1) air asia (5) aiskrim kek (3) aiskrim kek oreo (1) anmum (1) anniversary (11) annual dinner (6) aurawhite (1) azam (7) baby bullet (2) baby car seat (3) baby expo (2) baby milestone (3) bachelor party (1) baju menyusu (2) bandung (5) bayou lagoon (1) bayou lagoon water park (3) BBQ (1) bersalin (1) birthday (18) blog review (2) bonus (2) boots (1) bowling (1) buku merah (1) cameron highlands (1) casual wear (8) cat (4) celebration (43) charity (1) childen room (1) christmas (2) CPUV (6) dekorasi dinding (4) demam (1) derma (1) DIY (7) EBM (6) ekzema (1) emo (91) engagement (4) ephyra (1) erza masak (1) erza touch (2) exam (6) excident (2) family (38) feedmilk (5) free seat (1) freezer (1) friends (40) gambir (1) geraham bongsu (1) gigi (1) giveaway (109) goodies (1) gubahan (5) gunting rambut (1) hadiah (34) handphone (3) hari raya (20) helmet ARC (1) henna (2) home expo (1) homeopathy (3) honeymoon (1) hospital (1) hotchiks (6) housewarming party (3) indonesia (6) interview (2) jakarta (3) jalan cari makan (27) jalan-jalan (50) jeans shoes (1) jualan murah (19) jumpsuit (1) kad kawen (1) kancil auto (2) kancil melaka (2) kancil murah (2) kawah putih (1) kedah (1) kek lapis sarawak (3) kembar (1) kenduri (4) kenny rogers (1) kereta (3) krabi (1) KSWP (1) kuching (4) kuih raya (9) kwsp (2) laksa sarawak (3) lirik lagu (12) little caliphs (1) loan (1) love story (2) magic art museum (2) Mahkota Medical Centre (MMC) (1) main masak-masak (1) makanan sunda (1) makaroni sup (1) makeup by erza (2) medan (1) mee ayam (1) mee kolok sarawak (3) mekah (1) mekap (2) menu birthday party (2) menu sahur (2) milk booster (3) minyak herba asmak (1) miscarriage (3) model phone (2) mother's day (3) motor (1) my buddy (14) my career (40) mybaby (93) mylove (117) myself (192) nasam (1) nasi ayam (1) new style (2) new year (7) nikah (3) nuffnang (6) nursing wear (2) oceanarium (1) open house raya (1) Oriental Melaka Straits Medical Centre (1) paid review (4) Pantai Hospital (1) penang (1) peti ais (1) photoshoot (3) pierre cardin (1) pilihan (5) poem (14) policar poli (1) port dickson (1) potrait (3) PRCC (1) pre-school (1) pre-wedding (2) pregnancy (33) preparation wedding (2) private hospital melaka (1) produk kurus (4) promosi (16) PRU (1) psoriasis (1) PTPTN (4) puasa (16) puree (3) puree apple (1) puree pear (1) Putra Specialist Hospital (PSH) (1) ragut (1) ramadhan (6) rambut (1) rayban (1) resepi (6) review (105) river cruise (1) rokok (1) sabah (2) saham akhirat (21) sakit (3) samun (1) sarawak (5) saya jual (4) sekolah (8) senarai barang baby (1) seoul garden (1) simply fish (2) skuter (1) slimming suit (1) smart readers (1) smartphone (2) solid food (5) sony xperia z5 dual (1) soya (1) SPA (5) SPM (1) sponsorship (1) stabber (8) stalker (8) strawberi farm (1) sunquick (1) suprise (4) susu (8) sweethome (17) syria (1) taska (2) tema dinner (2) terengganu (9) thailand (1) the shore (1) the shore oceanarium (1) tips (11) tokoh (1) tunas pasti (1) umrah (1) vacation (12) valentino (1) valentinoboots (1) valentinorudy (1) vape (1) walker (2) wall deco (3) water theme park (2) wedding (30) weekend (70) zafran (85) zhariff (36) zulaikha (1)

I'm your ERASER

pencil: you know, i'm really sorry

eraser: for what? you didn't do anything wrong to me...

pencil: i'm sorry cause you get hurt because of me..whenever i made mistake, you're always there to erase it. but as you made my mistake vanish, you lose a part of yourself..you get smaller and smaller every time :(

eraser: that's true...but i don't really mind. you see, i was made to do this..i was made to help you whenever you do something wrong. eventhough, one of these days, i know i'll be gone and you have to replace me with a new one, i'm actually happy with my job..so please stop worrying...i HATE seeing you SAD because of me..

I do really LOVE you bie...

I do really LOVE you bie...