Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Readers

Thursday, February 21, 2013

kebaikan susu ibu

zafran mmg aku bg susu ibu secara exclusive...bagi yg xtau ape makne susu secara exclusive ni...maksudnya bagi bayi susu ibu sepenuhnya...tak campur dgn susu formula walau sikitpun...mmg dh niat mase pregnant lagi...mule2 mmg risau...tkut susu xde la...tkut susu xbyk la...mcm2 kerisauan...huhuuhuh...tp alhamdulillah...until now zafran dah almost 4 mths (by next week)...susu byk & mencukupi... (^^,)

kebaikan susu ibu ni mmg byk...korang leh google & cari info sndiri...mmg xada susu formula yg leh lawan kebaikan susu ibu...yela kuasa Allah S.W.T kan...mane la terbanding dgn ciptaan manusia...that's why aku harap rezeki utk zafran ada at least smpai dia umur setahun...insyaAllah....

antara kebaikan susu ibu
susu ibu ni mmg lumrah dah dicipta oleh tuhan...mempunyai rasa yg pelbagai & membekalkan zat yg selaras dgn umur bayi...cthnya mase dia umur sebulan...automatic susu ibu akan keluarkan kandungan zat yg bersesuaian dgn umur sebulan...waktu malam & siang pun pembekalan zat berbeza2 mengikut keperluan badan bayi...camtu gak rasa yg ada pd susu ibu...juga berbeza2 antara peringkat umur...dan juga antara waktu malam & siang...berbeza dgn susu formula yg ada rasa yg same sepjg mase...dan kandungan zat seperti dlm label tin susu sahaja...

ramai yg dok pikir susu ibu sahaja tak ckup utk bayi..actually bayi bawah 6 bln xperlu dibekalkn dgn makanan/minuman lain sbb susu ibu tu dh ckup dh...asalkan si ibu menjaga pemakanan dia..mkn bende berkhasiat...elakkn mnum mnuman bergas or minuman sejuk...mkn plak..elakkn mkanan yg pedas...rempah byk...sbb pemakanan ibu akan bg effect kat zat pengeluaran susu...

aku klau bab ni mmg kdg2 runsing gak..maklumla kt idup bermasyarakat...lain org..lain pemikiran...kdg2 rmai org ckp mcm2 soh bg itu la...ini la...tu yg kdg2 merisaukn aku....nk tegur kdg2 org lebih tua...lebih dulu mkn garam...lebih pengalaman...but for me..pengalaman dlu maybe xsame dgn skung...people change...environment change...corak pemakanan & budaya idup pn berubah...cth plg mudah..org dlu2 mnum air direct dr perigi pun bole...xde pn skt pape...cbe skung??? berani ko nak mnum air dr perigi?? ujan skung pn more toksid...tu la mksud aku...aishh xtau nk explain camne..but if we read more...we get more info...yg pasti...bayi sblum umur 6 bln xelok bg makanan slain susu ibu...sbb? sbb usus dia lom kuat...perut dia lom matang nk absorb makanan/mnuman lain slain dr susu...slagi aku bole protect zafran...i'll do...insyaAllah...biar la ape org nk ckp...i'll do the best for zafran...of course!!

ble keje ni mmg leceh sket la nk exclusive breastfeeding...leceh dlm penyediaan susu tu...nnti aku cte khas psl ni ok...daaaaa~~~

Friday, February 15, 2013

41 Tips Merangsang Pembelajaran Bayi Atau Anak

Tips ni aku pirate dr blog LanunSepet...mmg agak berguna & some of it aku use to do with Zafran...and guess what...it's really work...baby memang mudah berinteraksi dgn bunyian...warna dan gerakan....try la...
(^^,) sharing is caring kan....


BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.



BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah kekeliruan , cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.


SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana dan sebanyak mana yang anda boleh. Dalam perubatan, digalakkan penyusuan ibu sepenuhnya selama 6 bulan. Dalam Islam pula 2 tahun. Kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Selain tinggi IQ, dapat merapatkan hubngan ibu dan anak semasa didakap ke dada.


JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.


GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi.


BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu.” atau “Besarkan pokok ni!” atau “Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.


NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”) . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.


GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin. Dan jangan sesekali merungut bau busuk sahaja semasa menukar lampin.


SENTUH DAN RASA

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.


PERGI MEMBELI-BELAH

Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.


BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.


BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.


MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.


JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.


MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.


BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.


ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau apa saja yang bersesuaian, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia bereksperimen.


BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.


IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.


BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.


RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.


CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.


BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.


BIARKAN DIA JADI BOS (KADANGKALA) 

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna. Tapi harus diingat, hanya sekali sekala, bimbang akan besar kepala.


GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.


JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya. Anak anda juga tidaklah seberat mana.


KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.


GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)


TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.


TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.


MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering. Inilah waktu untuk anda kembali ke zaman kanak-kanak.


MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.


BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Abu dan katakan “Inilah ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.


MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.


HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.


SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.


PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.


SESAME STREET ‘PUNYER STYLE’

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.


MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu. Bermakna tidak perlulah anda membeli mainan baru sahaja setiap kali bosan dengan sesuatu.


MAIN “TIRU-MENIRU”

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.


BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya gembira, marah atau sedih? Bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara memahami emosi. Jika anak yang lebih besar, lebih sesuai ibu untuk anak perempuan dan bapa untuk anak lelaki. Kekalkan sehingga anak anda masuk universiti.

Your precious smile running my life baby!!!


Thursday, February 14, 2013

kalaulah.....

ritu aku ade terbaca satu post ni dari one of my favourite blogger...dia dok maki kat orang yang dengki and wut fitnah kat dia...it's automatically remind me of that "gurlgie"...aku pun tak tau nape susah sangat nak melupakan apa yang dia dah buat kat aku...all this while lau ade orang sakitkan ati aku...aku senang je lupa and let go...sbb aku ni jenis malas nak pikir or simpan bende remeh2 dalam otak aku...aku lebih suka penuhkan otak aku ni dgn bende2 yg berfaedah dan berbaloi utk disimpan...tapi..................tak tau nape kali ni aku tak leh nak let go.....

erm dlm blog favourite blogger aku ni...dia explain everything perihal orang yang fitnah dia...dan siap bagi picture as a prove...memang kaw2 la bahasa dia...aku dok terpikir....kalaulah dulu aku dok buat camtu kat gurlgie yang aniaya aku tu...mesti sentap dia kan??? dan maybe dia tak kan berani ganggu aku lagi...tapi..........i'm really not that type...nape aku tak buat camtu??? sebab......aku pikir...aku x perlu jadi macam dia...melayankan perangai orang yang tak matang...bagi aku kadang2 diam itu lebih bererti...dan seperti tak disangka...tak perlu aku explain anything...dan tak perlu aku buat anything utk backup diri...utk bersihkan nama aku...Allah S.W.T. maha mengasihani hamba-Nya yang teraniaya...ntah mcm mane orang lain tau aku tak salah...lebih percayakan aku tanpa perlu aku explain...dan utk itu...aku amat2 la bersyukur...

kalaulah....kalaulah masa boleh diputarkan semula...aku tak mungkin ingin hulurkan persahabatan dgn parasit mcm ni...kesan amat mendalam dlm diri aku...dimalukan...dihina...dimaki...difitnah berulang kali....aku tak akan pernah lupa...NEVER...it's hurts me...tak ada orang akan faham ape yg aku rse that time...maaf memang bole...dh lama aku maafkan...but FORGET??? it's impossible...

paling tak bole lupa bila dia busukkan nama aku dkt bf dia smpai aku kne maki...menyamar kat fb fitnah hubby...fitnah aku...upload pic aku dgn wut profile lain...ape motif semua tu aku pun xtau...mase aku honeymoon dok hantar msg menyalak2 kat hubby aku...maki hubby aku..padahal time tu adalah selepas dia minta maaf dgn aku...tp belakang aku..hntar msg kt hubby aku maki2 hubby...maki2 aku...what's the point??? dia buat kat aku maybe aku leh telan...tp buat kat hubby skali...that's make me tak bole lupa until today...

aku stuju ngan blogger tu...if betul nak minta maaf...kne minta maaf dgn ikhlas...jernihkan balik salah paham yg dia sndiri timbulkan...explain balik pada org yg slh phm kt aku...dan minta maaf dpn org yg terlibat...dpn bf dia yg dia dh fitnah aku...dpn hubby aku...supaya semua clear ape yg dah berlaku dulu tu dia punya keje....

aku paham sgt ape blogger tu rase...sbb aku alami perkara yg same...and people yang tak faham...nak dok bagi ceramah soh lupakan...soh jgn berdendam...it's really fake!!! kt human being kot...ade perasaan...if berkali2 ko kene bnde teruk...laki ko kne....anak ko kne...ko bole lupa??? that blogger tak bole...its same goes with me...i'll never forget...NEVER....................

both my permata hati....
LOVE with ETERNITY...
mama sayang kamu zaf...
hney cinta hubby...

wishlist lagi!!

ehehe..stakat ni hubby dah tunaikan 6 wish makanan aku...ahahahah...best giler!!! ade lagi 4 je...ape dia?? owhhh tu takleh bagitau...dah pegi baru bole bagitau...wakkakakka...

1) kenny rogers
2) pizza hut
3) char kueh tiaw kerang
4) steamboat johnny's
5) chicken chop
6) mee rebus pagoh

today nak update pasal wishlist yang ke 4-6... =)

hubby plak dok eksited layan wishlist aku...
ahahahahhah (^^,)

dah lame sbnrnye wishlist ke 4 which is steamboat..time tu hubby dok tanye..."haa ape lagi wishlist hney??? dah abis ke belum?" ahahhaha...aku gelak besar je..aku jwb lom lagi...dh sedia nak tunaikan ke...then dia dok jeling2...aku pun jwb jela..nak steamboat!! dia tnye katne...aku cpt2 ckp johnny's!! ahhahah....then dia terus angguk...aku ape lagi..cpt2 amik zafran...siapkan dia...then aku men sarung je tudung ape yg ade...wakakakk..time ni mmg heaven...mkn tak ingat kot...hubby ikut je ape yg aku pilih...dia xkisah bab makan ni..semua pun belasah...just nenas je dia xleh mkn coz alergi...aku ni byk bnde xmkn...cerewet sket...huhuhu....zafran plak nyenyak gile tdo...timing set bek punye...ktorg pun abs mkn..zafran pun bgn...so mmg best la...time ni spent time dating n borak2 ngan hubby...maklumla rse cam berdua je coz zafran tdo... (^^,)

then, next wishlist - chicken chop!! sbnrnye aku nk mkn chicken chop kat windmill...tp rse cam dh slalu plak mkn kat sane ngan hubby...so ajak la dia try mkn kat hailan kopitiam...erm not bad la...hubby makan prawn mee...hubby punye sedap!!!

last sekali makan mee rebus pagoh!! yg ni aku dh gtau siap2 kat hubby...so pepandai la dia plan ble nak bwk aku...maklumla jauh kan...ade skali tu balik kampung dia promise nak bwak...tp ttbe zafran demam...cian gile...1st time dia demam...aku mmg worried gile!!! alhmdulillah xsmpai sehari dh baik demam....lega sangat2....then only last week hubby bwk makan...dia bwk mak and adik ipar + anak buah aku skali...time tu mmg pack...maybe time cuti sekolah...yg ni agak frust sbb rase dia ade "kureng" sket...maybe org ramai kan...so serve tak bape best cam first2 aku mkn dlu...w/pape pun...ia nya tetap telah ditunaikan....

left pic - zafran mase demam (night)
right pic - zafran esok paginya...demam dh kebah...
tp still merengek2...maybe tak sedap badan lagi kot...
cian anak mama.... (~,~)


Thanks sayang!!! luv u for all this...
walaupun nmpak remeh tapi....
saya terharu awak sudi layan wishlist sy!!!
(^___^)

Wednesday, February 6, 2013

dialogue with MD & bufday celebration

jumaat lepas opis wut gathering utk dialogue bersama Managing Director (MD)...memang every year awal tahun ktorg meet dgn MD...dgr ape harapan dia utk new year...dan normally ada appreciation for last year as well la if performance ktorang baik as an overall....then after meet tu semua gerak gi Tropicana Grand Ballroom & Spring Garden Restaurant, Malacca Club untuk dinner sekali ngan bufday celebration...huh!! banyak acara sekali kan...eheheh...
last year tak dapat celebrate my bufday sbb time tu dlm pantang...dpt voucher jela...ehehe...this time dinner enjoy sbb dh lame aku tak join dinner dgn diaorg...last year tak silap aku byk event aku skip...maklumla tengah pregnant...badan pn cpt letih kan...huhuhuuhu...actually time ni pun kebetulan abah gerak g umrah...so xdapat hantar dia...because attendance is compulsory...one more thing flight abah pagi dalam kol 2++ kot...cam tak berapa sesuai nak bawa zafran...and aku pun keje esoknya...tak dapat cuti...maklum la hujung bulan bukan snng nak dpt cuti...budak akaun la katekan...closing time!! huhuhuuhu
MD mention psl "passion"...and story psl dia mse sblum jd MD...best dgr!!
 overall, i hope that i still have that passion to work with u MD...and i'm really love to be here right now...my lovely friends...my boss...semuanya menyenangkan...ade la sorang je kot yg menyesakkn kepala sket..but as an overall...aku happy keje sini...daaaa ~~~

Saturday, February 2, 2013

makan lagi!!!

29/1 ritu ktorang hang up gi jalan2 cari makan...maklum la..aku ni kan memang hobi makan je keje...ahahahaha....actually aku agak stress sket sejak nek keje pas bersalin ni...maklum la byk keje nak kene catch up...pending jgn ckp la...xde back up kat opis...tensen...so pengubat tensen aku senang je...x gi shopping, jalan-jalan...aku gi makan sedap2...sure hilang stress!!! siyes...try la!! ehehehe

our menu that night...memang licin!!! ahahhahah
so aku decide makan kat Simply Fish, Melaka Raya...kat sini memang ok la makanan dia...suasana pun sesuai utk bwk bb kecik cam Zafran ni...tapi time ni Zafran noty...eheheh..kene la gilir2 pegang dia...hubby pegang dulu...biasa la kan...bagi chance aku melantak...pastu baru dia makan...erm biasala bile dah ade anak kecik ni...byk bende dh xleh wut same2 cam dulu lagi...tapi apa pun memang ktorang enjoy that night even Zafran noty...eheheh

Zafran bile orang pegang memang mengelekek ketawa...tapi if letak je...mula la dia noty...
wut ever pun...mama tetap sayang kamu zaf !!! muahhhhhhkkksss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

3D magic art (2) 850cc (1) ABC bandung (1) air asia (5) aiskrim kek (3) aiskrim kek oreo (1) anmum (1) anniversary (11) annual dinner (6) aurawhite (1) azam (7) baby bullet (2) baby car seat (3) baby expo (2) baby milestone (3) bachelor party (1) baju menyusu (2) bandung (5) bayou lagoon (1) bayou lagoon water park (3) BBQ (1) bersalin (1) birthday (18) blog review (2) bonus (2) boots (1) bowling (1) buku merah (1) cameron highlands (1) casual wear (8) cat (4) celebration (43) charity (1) childen room (1) christmas (2) CPUV (6) dekorasi dinding (4) demam (1) derma (1) DIY (7) EBM (6) ekzema (1) emo (91) engagement (4) ephyra (1) erza masak (1) erza touch (2) exam (6) excident (2) family (38) feedmilk (5) free seat (1) freezer (1) friends (40) gambir (1) geraham bongsu (1) gigi (1) giveaway (109) goodies (1) gubahan (5) gunting rambut (1) hadiah (34) handphone (3) hari raya (20) helmet ARC (1) henna (2) home expo (1) homeopathy (3) honeymoon (1) hospital (1) hotchiks (6) housewarming party (3) indonesia (6) interview (2) jakarta (3) jalan cari makan (27) jalan-jalan (50) jeans shoes (1) jualan murah (19) jumpsuit (1) kad kawen (1) kancil auto (2) kancil melaka (2) kancil murah (2) kawah putih (1) kedah (1) kek lapis sarawak (3) kembar (1) kenduri (4) kenny rogers (1) kereta (3) krabi (1) KSWP (1) kuching (4) kuih raya (9) kwsp (2) laksa sarawak (3) lirik lagu (12) little caliphs (1) loan (1) love story (2) magic art museum (2) Mahkota Medical Centre (MMC) (1) main masak-masak (1) makanan sunda (1) makaroni sup (1) makeup by erza (2) medan (1) mee ayam (1) mee kolok sarawak (3) mekah (1) mekap (2) menu birthday party (2) menu sahur (2) milk booster (3) minyak herba asmak (1) miscarriage (3) model phone (2) mother's day (3) motor (1) my buddy (14) my career (40) mybaby (93) mylove (117) myself (192) nasam (1) nasi ayam (1) new style (2) new year (7) nikah (3) nuffnang (6) nursing wear (2) oceanarium (1) open house raya (1) Oriental Melaka Straits Medical Centre (1) paid review (4) Pantai Hospital (1) penang (1) peti ais (1) photoshoot (3) pierre cardin (1) pilihan (5) poem (14) policar poli (1) port dickson (1) potrait (3) PRCC (1) pre-school (1) pre-wedding (2) pregnancy (33) preparation wedding (2) private hospital melaka (1) produk kurus (4) promosi (16) PRU (1) psoriasis (1) PTPTN (4) puasa (16) puree (3) puree apple (1) puree pear (1) Putra Specialist Hospital (PSH) (1) ragut (1) ramadhan (6) rambut (1) rayban (1) resepi (6) review (105) river cruise (1) rokok (1) sabah (2) saham akhirat (21) sakit (3) samun (1) sarawak (5) saya jual (4) sekolah (8) senarai barang baby (1) seoul garden (1) simply fish (2) skuter (1) slimming suit (1) smart readers (1) smartphone (2) solid food (5) sony xperia z5 dual (1) soya (1) SPA (5) SPM (1) sponsorship (1) stabber (8) stalker (8) strawberi farm (1) sunquick (1) suprise (4) susu (8) sweethome (17) syria (1) taska (2) tema dinner (2) terengganu (9) thailand (1) the shore (1) the shore oceanarium (1) tips (11) tokoh (1) tunas pasti (1) umrah (1) vacation (12) valentino (1) valentinoboots (1) valentinorudy (1) vape (1) walker (2) wall deco (3) water theme park (2) wedding (30) weekend (70) zafran (85) zhariff (36) zulaikha (1)

I'm your ERASER

pencil: you know, i'm really sorry

eraser: for what? you didn't do anything wrong to me...

pencil: i'm sorry cause you get hurt because of me..whenever i made mistake, you're always there to erase it. but as you made my mistake vanish, you lose a part of yourself..you get smaller and smaller every time :(

eraser: that's true...but i don't really mind. you see, i was made to do this..i was made to help you whenever you do something wrong. eventhough, one of these days, i know i'll be gone and you have to replace me with a new one, i'm actually happy with my job..so please stop worrying...i HATE seeing you SAD because of me..

I do really LOVE you bie...

I do really LOVE you bie...