Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Readers

Wednesday, July 20, 2016

MENYELAMATKAN PERKAHWINAN DENGAN MERUBAH DIRI

Kisah ini agak panjang tetapi berbaloi bagi siapa yang ada masa....

MENYELAMATKAN PERKAHWINAN DENGAN MERUBAH DIRI
Satu hari saya bersembang sama2 dengan anak perempuan saya. Dia beritahu saya, "Abah nak tahu tak, masa kecil2 dulu, satu perkara yang paling saya takut sekali, ialah bila abah dangan emak sering bergaduh dan hampir2 nak bercerai. Tapi saya syukur sangat ia tak terjadi sampai hari ini". Saya hanya tersenyum saje.. teringat kisah lama.

Bila saya imbau kembali pengalaman tersebut, saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anak perempuan saya ini, semoga ia boleh dijadikan pengajaran pada mereka nanti.

Dahulu abah berkahwin dengan emak engkau atas dasar suka sama suka, tetapi abah sendiri tak berapa pasti apa yang abah suka pada emak engkau, tapi apa yang abah tahu, makin lama masa berlalu, makin banyak perkara yang tak bersesuaian antara kami. Kadang2 nak buat keputusan nak makan kat mana pun boleh jadi gaduh. Makin lama, perbezaan semakin ketara. Salah sikit, emak engkau merajuk berhari-hari. Salah sikit, abah sendiri naik angin, kadang2 sampai baling barang kesana kemari. Abah tahu, anak2 semua jadi takut pada abah, tapi abah rasa emak engkau selalu buat perkara yang abah tak suka. Pergaduhan kami jadi semakin kerap, ia berlarutan bertahun-tahun. Masing-masing tak boleh salah sikit, dua-dua nak melenting, tidur pun kadang2 asing2. Kami rasa perkahwinan ini sudah semakin mustahil untuk diselamatkan, penyelesaian yang mampu difikirkan hanyalah PENCERAIAN sahaja. Cuma apabila fikir pasal anak-anak, abah jadi sebak dan sering kali cuba buang pemikiran tersebut.

Satu hari abah kerja outstation, cuba telefon emak engkau nak bertanya khabar, abah tak tahu macamana ianya berakhir dengan pertengkaran. Emak engkau terus hempas telefon. Waktu itu abah benar2 frust, give up, rasa keseorangan, marah, abah jerit sorang2 dalam kereta dan waktu itu abah rasa ia betul2 dah sampai limit. Sudah habis tahap kesabaran yang ada dalam diri ini.

Malam tu abah tidur disebuah hotel budget. Malam tu cuba nak tidur, tapi mata tak boleh lelap. Sakit hati dekat emak engkau dah sampai tahap maksima. Jam dah tunjuk pukul 2 pagi, mata masih tak boleh lelap. Nak call emak engkau semula seperti mana yang abah buat selalu, sebab abah selalu mengalah akhirnya, rasanya kali ini tidak lagi lah. Kali ini abah nekad, apa nak jadi, jadilah. Abah dah tak sanggup hidup bersama emak engkau lagi. Kepala batu, kuat merajuk, sombong, tak pernah nak jaga hati suami, buat perkara yang suami tak suka, tak dengar nasihat, suka melawan, tak jaga makan minum abah dan tak mahu-mahu berubah jadi isteri yang baik.

Dalam keadaan yang tak karuan itu, abah tak sedar bila masa abah bangun dan abah ambil sejadah dan abah solat ditengah2 malam. Ini jalan terakhir, abah berdoa dan mengadu pada Tuhan. Itulah malam yang abah tak boleh lupa hingga hari ini. Abah mengadu yang kahwin dengan emak engkau adalah satu kesilapan dan abah dah tak mahu terusnya lagi. Memang abah benci dan menderita dengan perkataan cerai, apa lagi bila terbayang muka anak2, tetapi meneruskan hidup dengan emak engkau juga satu penderitaan. Tetapi semakin lama abah berdoa dan mengadu kepada Tuhan, tiba-tiba abah mula konfius, abah rasa abah orang baik, abah selalu betul dan emak engkau bukanlah orang jahat, dia tak pernah menduakan abah, dalam hidup dia bukan ada orang lain pun, hanya abah sahaja, tapi kenapa perkahwinan kami tidak bahagia, kenapa banyak sangat perbezaan pendapat, kenapa dia tak mahu berubah ikut cakap abah?

Akhirnya, suatu keajaiban berlaku. Dalam keadaan air mata masih berlinangan di pipi abah, dalam keadaan yang sangat putus asa dengan emak engkau, tiba-tiba abah seperti terasa sesuatu memaksa masuk dalam fikiran abah. Seperti abah mendapat kekuatan bercakap dengan diri abah sendiri. "Abah tak boleh nak ubah emak engkau, abah hanya boleh ubah diri abah sendiri. Abah pun berdoa, ya Allah, jika memang benar aku tidak boleh mengubah isteri ku ini, tolonglah ubah diriku pula. Bantulah aku ya Allah."

Esoknya, abah naik kereta dan mulakan perjalanan balik kerumah kerana kerja outstation abah sudah habis. Sesampai dirumah, anak2 riang gembira sambut abah balik, tapi emak engkau bergegas pergi kedapur, buat kerja dia, dan langsung tak salam dengan abah, langsung tak bercakap dengan abah pada hari itu.

Malam tu, abah tidur, tapi emak engkau bagi belakang aje kat abah. Bila abah dah rasa emak engkau benar2 tidur, abah selimutkan dia, dan abah perasan tiba2 terjaga dan buang selimut tersebut. Kali ini abah tersenyum saje, tak seperti selalu.

Esok pagi, abah datang dekat2 emak engkau, abah bagi salam, dan abah tanya dia "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Emak engkau lihat abah dengan marah dan merajuk, "Cakap apa ni?"
Abah ulang lagi "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Awak memang tak boleh, dah bertahun wak. Pasal apa awak tanya ni?"

"Saya benar2 ingin berubah kali ini, saya benar2 ingin tahu apa yang saya boleh buat supaya awak bahagia."

Emak engkau menjeling sinis, "Ha, kalau awak betul2 nak buat, tu, pergi lah cuci baju, basuh pinggan mangkuk kat dapur tu"

Mesti waktu tu emak engkau jangka abah akan mengamuk lagi seperti biasa, bertengkar lagi, tapi abah hanya senyum dan mengangguk, nyut nyut abah pergi kedapur, cuci pinggan, ambil semua pakaian, masuk ke dalam washing machine, tunggu sampai kering dan sidai di ampaian, bila siap, barulah abah bersiap2 untuk pergi kerja. Seperti biasa kalau emak engkau merajuk, jangan harap apa2 sarapan pagi yang ada. Tapi kali ini abah tak kisah. Bila dah siap, abah cium kepala emak engkau dan abah terus pergi kerja.

Esok pagi abah buat perkara yang sama, pagi-pagi abah bangun, abah bagi salam kat emak engkau dan abah tanya dia, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Mata emak engkau masih pandang kelain, "Hendak sangat buat, buatlah sarapan pagi untuk anak2"

Abah tarik nafas dalam2, emak engkau tahu, abah kalut nak pergi kerja, dan abah rasa dia sengaja nak tengok abah nak mengamuk lagi, tapi kali ini abah hanya senyum, abah mengangguk, dan abah terus pergi kedapur buatkan sarapan roti bakar, telur goring dan air kopi panas. Semuanya abah letak bawah tudung. Lepas tu, abah sendiri tak makan, dan abah bersiap utk pergi kerja pasal dah lewat. Sebelum pergi abah cium kepada emak engkau dan baru abah pergi kerja.

Esoknya, pagi2 lagi abah dah bangun, abah gerak emak engkau, bagi salam dan abah tanya soalan yang sama, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Tak ada apa wak, tak ada yang awak boleh buat pun, saya minta maaf, hati saya dah terlalu sakit. Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi. Tapi kenapa awak buat semua ni?"

"Saya dah berjanji pada diri saya sendiri, mulai hari ini sehingga akhir nyawa saya, saya akan berusaha untuk buat perkara yang boleh membahagiakan awak"

Emak engkau diam, mata dia pandang ketempat lain, tapi abah perasan, ada manik jernih dimatanya. Bila abah berlalu kerana bersiap nak pergi kerja, abah perasan emak engkau lap mata dia.

Esoknya dan esoknya dan esoknya seperti biasa abah tanya soalan yang sama pada emak engkau, sehinggalah pada minggu kedua, satu pagi tu, satu keajaiban berlaku. Seperti biasa pagi tu abah tanya soalan yang sama pada emak engkau, tiba2 emak engkau menangis dan peluk kaki abah, "Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi, awak bukan masalahnya, sebenarnya saya yang masalah, saya keras hati, saya tak tahu kenapa awak boleh tahan hidup dengan saya".

Perlahan2 abah angkat dagu emak engkau dan abah cakap,
"Kerana awak penting dalam hidup saya, kerana awak ibu kepada anak2 saya, kerana awak teman saya sebelum ini, kerana awak tak pernah tinggalkan saya walau bagaimana pertengkaran kita sekali pun, kerana saya nak selamatkan perkahwinan kita dan kerana saya sangat sayang awak"

Abah tanya lagi "Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
"Patutnya saya yang tanya soalan itu"
"Awak memang patut tanya, tapi bukan hari ini, kerana saya yang perlu DIUBAH DAN BERUBAH, saya nak awak tahu betapa bermaknanya diri awak dalam hidup saya. Saya sayang awak sangat. Jadi apa saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Emak engkau renung abah dan dia kata " Boleh kita spend masa dua-dua bercuti, kita tinggal budak2 kat rumah atok dia"
"Cadangan yang baik, jom kita plan hari ini kita nak pergi mana?"

Saya terus lakukan perkara yang sama selama lebih dua bulan, dan keadaan berubah perlahan-lahan. Bertengkar sudah tiada lagi. Emak engkau pun dah pandai tanya soalan yang sama pada abah. "Apa yang awak nak dari saya? Macamana saya boleh jadi isteri yang lebih baik?"

Dinding yang memisahkan kami selama ini telah runtuh. Kehidupan emak dengan abah lebih bahagia. Kadang2 masih juga terjadi pertengkaran, tetapi cara pertengkaran tersebut jauh berbeza, kami berselisih faham sahaja, tidak lagi bertengkar sehingga menyakitkan hati masing2, tidak seperti dulu lagi.

Abah dan emak kahwin dah lebih 30 tahun, abah bukan saje sayang emak engkau, abah suka dia, abah perlukan dia. Banyak perbezaan pendapat abah lihat ia menjadi kekuatan dalam kehidupan kami, selebihnya abah dah tak kisah. Abah telah belajar bagaimana mengambil berat antara satu sama lain dan yang terpenting, kami mendapat kekuatan untuk buat perkara itu.

Perkahwinan sesuatu yang sukar nak. Tetapi mendapat teman didalam hidup merupakan satu anugerah besar daripada Tuhan. Sering bertanya apa yang boleh saya lakukan untuk menjaga anugerah ini.

-  Mazelan Abas & dishare beberapa kali

Tuesday, July 19, 2016

Perlu ke proses "cuci" selepas keguguran??

Salam..

dalam ramai2 manusia, mesti ada yang jenis tak boleh nak jaga hati orang lain...kalau lah kita dengar orang terdekat kita mengalami musibah, sepatutnya kita ucapkan takziah, atau paling tidak mendoakan mereka jika kita tidak tahu nak cakap apa pada mereka...like my self...aku bukan seorang yang pandai berkata2...memujuk orang dalam kesedihan or yang seumpama dengannya..paling tidak, aku titipkan doa untuk mereka..itu lebih baik dari kita ucapkan kata2 yang boleh mengguriskan hati mereka yang dalam kesedihan...

disini, saja aku kongsikan article by Dr Zubaidi bagi rawatan D&C (Dilation & Curettage) or dipanggil cuci rahim bagi yang keguguran...


semoga perkongsian ini dapat menambah ilmu kita semua...

Monday, July 18, 2016

Miscarriage

Salam...

buat pertama kali dalam hidup, aku keguguran...suppose to be my 3rd baby...macam mana boleh keguguran???

al-kisahnya...aku tak tau pun aku pregnant..tak terfikir langsung nak check..memang period lambat 2 weeks..tapi sejak lepas bersalinkan zhariff tu, baru 2x aku period...dan bulan ni kali ketiga..aku ingatkan hormon masih tak stabil sebab 1st & 2nd period pun lewat seminggu...so yang ketiga ni lewat 2 weeks ingatkan normal..rupanya bukan darah period..tapi bleeding for miscarriage...hari ahad lepas (10 July 2016), ada stain sikit masa malam tu...aku ingat dah start nak period..so ok je..isnin masih cuti raya..berjalan sana sini..makan macam2...dengan minum air gas bergelas2...pastu petang tu makan durian banyak gila..esoknya pergi kerja macam biasa..tapi around 2pm camtu, dah start perut tak selesa..petang dalam kol 5 lebih tu terus rasa sakit...sampailah malam tu, memang berguling2 aku menahan sakit...ingatkan sengugut..tapi peliklah teruk sangat sakitnya...pinggang, punggung, perut...semua sakit dan rasa bisa2...sakit sampai menangis..nasib hubby ada, tolong sapukan minyak & urut2 kat pinggang..tapi tak lega...makan ubat...malam dalam kol 11 tu dah lega sikit sakitnya..terus tidur...pagi kol 6 lebih bangun, buat susu si zhariff..ingatkan nak bersiap untuk pergi kerja, sekalitu start sakit balik...so tak jadi..watsapp bos cakap MC..period pain...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

3D magic art (2) 850cc (1) ABC bandung (1) air asia (5) aiskrim kek (3) aiskrim kek oreo (1) anmum (1) anniversary (11) annual dinner (6) aurawhite (1) azam (7) baby bullet (2) baby car seat (3) baby expo (2) baby milestone (3) bachelor party (1) baju menyusu (2) bandung (5) bayou lagoon (1) bayou lagoon water park (3) BBQ (1) bersalin (1) birthday (18) blog review (2) bonus (2) boots (1) bowling (1) buku merah (1) cameron highlands (1) casual wear (8) cat (4) celebration (43) charity (1) childen room (1) christmas (2) CPUV (6) dekorasi dinding (4) demam (1) derma (1) DIY (7) EBM (6) ekzema (1) emo (91) engagement (4) ephyra (1) erza masak (1) erza touch (2) exam (6) excident (2) family (38) feedmilk (5) free seat (1) freezer (1) friends (40) gambir (1) geraham bongsu (1) gigi (1) giveaway (109) goodies (1) gubahan (5) gunting rambut (1) hadiah (34) handphone (3) hari raya (20) helmet ARC (1) henna (2) home expo (1) homeopathy (3) honeymoon (1) hospital (1) hotchiks (6) housewarming party (3) indonesia (6) interview (2) jakarta (3) jalan cari makan (27) jalan-jalan (50) jeans shoes (1) jualan murah (19) jumpsuit (1) kad kawen (1) kancil auto (2) kancil melaka (2) kancil murah (2) kawah putih (1) kedah (1) kek lapis sarawak (3) kembar (1) kenduri (4) kenny rogers (1) kereta (3) krabi (1) KSWP (1) kuching (4) kuih raya (9) kwsp (2) laksa sarawak (3) lirik lagu (12) little caliphs (1) loan (1) love story (2) magic art museum (2) Mahkota Medical Centre (MMC) (1) main masak-masak (1) makanan sunda (1) makaroni sup (1) makeup by erza (2) medan (1) mee ayam (1) mee kolok sarawak (3) mekah (1) mekap (2) menu birthday party (2) menu sahur (2) milk booster (3) minyak herba asmak (1) miscarriage (3) model phone (2) mother's day (3) motor (1) my buddy (14) my career (40) mybaby (93) mylove (117) myself (192) nasam (1) nasi ayam (1) new style (2) new year (7) nikah (3) nuffnang (6) nursing wear (2) oceanarium (1) open house raya (1) Oriental Melaka Straits Medical Centre (1) paid review (4) Pantai Hospital (1) penang (1) peti ais (1) photoshoot (3) pierre cardin (1) pilihan (5) poem (14) policar poli (1) port dickson (1) potrait (3) PRCC (1) pre-school (1) pre-wedding (2) pregnancy (33) preparation wedding (2) private hospital melaka (1) produk kurus (4) promosi (16) PRU (1) psoriasis (1) PTPTN (4) puasa (16) puree (3) puree apple (1) puree pear (1) Putra Specialist Hospital (PSH) (1) ragut (1) ramadhan (6) rambut (1) rayban (1) resepi (6) review (105) river cruise (1) rokok (1) sabah (2) saham akhirat (21) sakit (3) samun (1) sarawak (5) saya jual (4) sekolah (8) senarai barang baby (1) seoul garden (1) simply fish (2) skuter (1) slimming suit (1) smart readers (1) smartphone (2) solid food (5) sony xperia z5 dual (1) soya (1) SPA (5) SPM (1) sponsorship (1) stabber (8) stalker (8) strawberi farm (1) sunquick (1) suprise (4) susu (8) sweethome (17) syria (1) taska (2) tema dinner (2) terengganu (9) thailand (1) the shore (1) the shore oceanarium (1) tips (11) tokoh (1) tunas pasti (1) umrah (1) vacation (12) valentino (1) valentinoboots (1) valentinorudy (1) vape (1) walker (2) wall deco (3) water theme park (2) wedding (30) weekend (70) zafran (85) zhariff (36) zulaikha (1)

I'm your ERASER

pencil: you know, i'm really sorry

eraser: for what? you didn't do anything wrong to me...

pencil: i'm sorry cause you get hurt because of me..whenever i made mistake, you're always there to erase it. but as you made my mistake vanish, you lose a part of yourself..you get smaller and smaller every time :(

eraser: that's true...but i don't really mind. you see, i was made to do this..i was made to help you whenever you do something wrong. eventhough, one of these days, i know i'll be gone and you have to replace me with a new one, i'm actually happy with my job..so please stop worrying...i HATE seeing you SAD because of me..

I do really LOVE you bie...

I do really LOVE you bie...