Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Readers

Thursday, December 28, 2017

preggy at 33 weeks

Salam...

Lama sangat tak update blog...tak tau la kenapa tme preggy kali ni memang tak ada mood sangat nak menaip...huhuhuh...


gemux gile..time ni dalam 6 bulan lebih kot
now dah 8 bulan...this time pregnant rasa cepat sangat masa berlalu..tak sure la sebab life busy ke or ape...pengalaman kali ni memang berbeza sangat dengan yang dua orang tu...masa trimester pertama, morning sickness aku tahap teruk...langsung tak boleh makan apa..semua keluar balik..mabuk jangan cakap la...muntah macam sepanjang masa je...ape je telan nanti mesti keluar balik selang bape minit je...diingat2 kan balik, memang terasa azab sikit time tu...lemah longlai...tak ada tenaga...pucat je muka...yang lagi worst..langsung tak boleh pakai apa2 kat body..no losyen...no moisturizer, no krim, no bedak...kosong..togel...mandi pakai sabun pun loya2 muntah...cuci muka pun sama..ape je bau memang meloyakan...bayangkan la...almost 4-5 months menghadap benda ni..muka time tu memang teruk yang amat sebab tak boleh pakai apa2...naik jerawat halus2....jeragat pun dah ada...isk (T_T)

then, tak boleh buat apa kerja pun...sebab bleeding...kalau buat kerja sikit..penat sikit je mesti bleeding...sama ada sikit or banyak...sidai baju pun rasa sakit kat pinggang...siap muntah2 sebab bau sabun & softlan kat baju tu terasa kuat sangat...walhal normal je basuh baju macam biasa...ulang alik klinik jangan  cakap la..bila bleeding sikit je terus pergi check..takut..risau...macam2 ada..yela sebelum ni pernah gugur kan..so rasa risau melampau tu memang ada....

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Tajuk : Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0


Dalam kepesatan zaman teknologi yang semakin canggih, ramai peniaga suka berniaga secara online untuk menambah pendapatan mereka disebabkan oleh taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika harapkan duit gaji bulanan tanpa melakukan kerja tambahan, agak sukar untuk menampung perbelanjaan seharian.




Bagi menjamin kewangan yang kukuh dalam jangka masa yang panjang, anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam merancang perniagaan anda. Melabur adalah satu urusniaga paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan keuntungannya adalah berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.


Disebabkan oleh keuntungan yang lumayan inilah yang membuatkan ramai orang mengambil keputusan untuk melaburkan wang dalam pasaran kewangan terbesar di dunia iaitu pasaran pertukaran asing (Forex). Tambahan lagi dengan adanya kuasa internet yang meluas dapat memudahkan lagi urusniaga pelaburan di pelusuk dunia.


Apakah Itu Forex?



Forex adalah singkatan nama bagi FOReign EXchange atau lebih mudah difahami dengan urusniaga perdagangan/transaksi matawang yang boleh dilakukan selama 24jam secara berterusan tanpa henti. Perdagangan/transaksi ini memperdagangkan mata wang sesebuah negara terhadap mata wang negara yang lainnya yang melibatkan pasaran wang utama di dunia.


Dikatakan pasaran Forex ini mempunyai pasaran yang sangat kukuh sehingga mampu mengalahkan mata wang asing yang terbesar dan nilai transaksi pasaran forex mencapai nilai trilion sehari. Oleh kerana itu juga lah ramai prospek yang semakin ramai melabur dalam perdagangan Forex kerana ianya sangat menguntungkan.

Kenapa Anda Perlu Memilih Forex?

1. Modal Kecil.



Untuk mula melabur dalam pasaran Forex tidak memerlukan modal wang yang banyak. Anda hanya perlu membeli sejumlah minimum saham yang ditetapkan sebagai permulaan pelaburan anda. Dengan jumlah minimum ini dapat memberikan peluang kepada anda yang berminat dalam pelaburan Forex.

2. Untung Besar.

Tidak dinafikan lagi bahawa pasaran Forex memberikan lebih banyak faedah serta keuntungan daripada kerugian. Dengan melabur secara rasional dapat membantu anda menikmati pulangan keuntungan  yang berlipat kali ganda dan lebih lumayan daripada apa yang anda jangkakan.

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Forex telah menjadi satu alternatif pelaburan yang semakin hari semakin popular diperkatakan oleh pelabur. Ini disebabkan oleh ROI ( Return On Investment) daripada Forex memberikan keuntungan yang cepat. Akan tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai ilmu pelaburan Forex yang mencukupi akan menyebabkan anda berhadapan dengan risiko kerugian.


Bagi menguruskan kewangan yang baik, anda perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya terutamanya dalam pelaburan Forex ini. Sebagai persediaan untuk memulakan pelaburan, anda perlu mendapatkan ilmu dan maklumat pelaburan yang betul untuk menjadikan anda seorang pelabur yang bijak. Antara perkara-perkara yang perlu anda fikirkan ialah :  


1. Mempunyai modal melabur yang mencukupi.
2. Ketahui matlamat atau tujuan pelaburan.
3. Mendapatkan ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan dipercayai.
4. Fahami apa yang diajar dan dapat menguasai ilmu sepenuhnya.
5. Mampu membuat keputusan sendiri.
6. Sentiasa mengikuti per­kem­bangan semasa pelaburan.
7. Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca.


Mungkin agak sukar untuk anda memikirkan semua ini sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dalam pelaburan. Lebih-lebih lagi sukar untuk mencari maklumat yang boleh dipercayai. Adalah lebih mudah sekiranya anda belajar Forex dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0 yang dianjurkan oleh PIPSEMPIRE ACADEMY.

Kenapa Anda Perlu Menyertai Forex Masters Summit 1.0

1. Yuran Hanya Bayar Sekali Sahaja.

Dengan bayaran yuran sekali sahaja, anda akan dapat sertai kelas Forex berkali-kali. Tawaran istimewa ini hanya untuk mereka yang menyertai kelas anjuran Pips Empire Academy sahaja dan anda boleh bandingkan yuran kelas lain yang hanya menawarkan kelas secara on off dengan bayaran yuran yang mahal.

2. Kelas Selama setahun.

Dengan kadar yuran yang murah sekali bayar, anda akan menikmati kelas penuh selama 3 hari dan kelas pada setiap hari Isnin selama setahun. Dalam masa setahun ini anda boleh belajar sampai pandai dan boleh bertanya apa-apa soalan pada guru yang mengajar. Sangat menguntungkan bukan?

3. Silibus Yang Mudah Faham.

Kelas Forex Master  menyediakan silibus yang mudah difahami dengan strategi yang ringkas dan terbukit berkesan. Pembelajaran juga dilakukan secara bersistematik dan mempunyai silibus bagi memudahkan lagi pelajar memahami Forex dalam jangka masa selama setahun bagi menguasai ilmu Forex sepenuhnya.

4. Kemudahan Pembelajaran Yang Lengkap dan PERCUMA.

Selain mempunyai silibus yang mudah difahami, anda juga akan diberikan analisis percuma, signal percuma serta webinar percuma. Tambahan lagi anda akan dapat menyertai networking komuniti yang mempunyai sistem yang mantap dan berterusan daripada aplikasi telegram, whatsapp dan facebook.


Lebih menarik lagi sekiranya mempunyai Trading Floor di Singapura, Shah Alam, Melaka, Sabah dan tempat-tempat lain, anda boleh pergi bercuti sekali. Malahan kalau kebetulan berada di Shah Alam atau Melaka, boleh masuk kelas di sana secara percuma. Paling penting ialah dilengkapi dengan kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders).

5. Tenaga Pengajar yang Berkemahiran Dan Berpengalaman.



Untuk berjaya, anda perlu belajar daripada mereka yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. Disebabkan itu, PipsEmpire Academy menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran serta berpengalaman dalam pasaran Forex untuk kelas belajar Forex ini.

6. Mempunyai Kelas Fast Track Trader.

Kelas Fast Track Trader Ini adalah satu satunya kelas untuk menjadikan anda seorang professional dan international trader dalam masa yang singkat. Pendek kata, ia adalah shortcut journey of Trade dimana anda boleh mengikuti kesemua program PipsEmpire Academy secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa.

Kelebihan Kelas Fast Track Trader.

  • IB Training PERCUMA.
  • Daily Signal PERCUMA.
  • Maklumat PERCUMA.
  • Webinar PERCUMA.
  • Silibus yang MUDAH difahami.
  • Perkongsian lebih 50 strategi yang mudah dan ringkas serta terbukti berkesan.
  • Pengajaran secara sistematik dan bersilibus.
  • Tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman.
  • Support sistem yang mantap dan berterusan (telegram, whatsapp dan facebook).
  • Kemudahan pembelajaran yang lengkap!
  • Business To Business
  • Kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders)
  • Secret Techniques

7. 6 Speaker Hebat.



Pada Forex Masters Summit 1.0 akan menampilkan 6 speaker hebat dalam bidang pelaburan pasaran Forex ini untuk berkongsi pengalaman mereka kepada anda. Antara 5 speaker yang hebat ialah Mario Singh, Wayne Ko, Ahmad Zaki, Ibrahim, Zulhilmi dan Aun Khairul.


Mario Singh.



Mario Singh merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fullerton Markets dan pengurus Forex yang terkenal diserata dunia sebagai pendidik FOREX. Beliau telah mendapat latihan perbankan swasta dari Julius Baer (Bank Swiss yang terbesar di dunia dengan aset 340 Billion di bawah pengurusan CHF) dan perbankan ICBC (salah satu perbankan komersial terbesar di dunia dengan permodalan pasaran pada 269 Bilion.


Beliau juga adalah seorang pakar yang sentiasa mendapat perhatian ramai di dalam industri FOREX ini. Beliau juga telah muncul lebih 40 kali dalam rancangan CNBC dan Bloomberg. Seramai 350 juta penonton diseluruh dunia menonton setiap kali beliau menampilkan diri dalam berkongsi tentang pelaburan Forex ini.      


Wayne Ko.



Wayne KO adalah Ketua Penyelidikan dan Pendidikan di Fullerton Market. Beliau memberikan perkhidmatan “thought-provoking analysis” dan idea perdagangan kepada beribu pelanggan di seluruh dunia. Beliau sendiri adalah perdagang yang ternama yang mesra dan bersemangat membuatkan ramai orang dari seluruh dunia ingin mempelajari rahsia kejayaan beliau.


Sebagai seorang penceramah di peringkat antarabangsa, beliau telah berucap di depan beribu perdagang dan pelabur dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuklah Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Australia dan China. Ucapan beliau dalam berkongsi pengalaman berdagang tidak pernah membosankan para pendengar.  


Ahmad Zaki.



Ahmad Zaki merupakan Pengasas akademi SIMPLYFX FOREX dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri FOREX. Beliau juga telah dianugerahkan tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut di dalam pertandingan FOREX yang di adakan di Singapura. Beliau juga adalah orang kuat di belakang penubuhan jutawan “SUPER SCALPER TRADERS”.


Selain itu beliau juga adalah seorang pengasas teknik/strategi khas yang telah terbukti berjaya di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga baru sahaja dianugerahkan sebagai GRAND CHAMPION 2017 daripada Fullerton Markets.  Bukan calang-calang orang beliau ni.


Ibrahim.



Ibrahim adalah perdagang profesional dan pengurus dana proprietari. Beliau adalah orang yang tepat untuk berkongsi dan belajar strategi perdagangan. Beliau juga adalah pengarah pendidikan di SIMPLYFX. Beliau mula berdagang di dalam pasaran FOREX pada 2012 dan mempunyai rekod peribadi yang baik dengan 1000% pulangan pelaburan dalam masa hanya dua bulan. Beliau telah melatih lebih daripada 3000 perdagang dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Zulhilmi.



Zulhilmi Yusoff adalah pedagang forex sepenuh masa dan merupakan salah seorang mentor di PipsEmpire Academy selepas tiga tahun menjadi ejen Unit Trust. Beliau mempunyai dua tahun pengalaman dalam FOREX. Pengasas teknik membunuh FusionFIBO yang diasaskan daripada FIBO yang asal, yang mana ia sudah terbukti sebagai satu strategi yang sangat efektif untuk perdagang scalping, intraday dan swing. Beliau telah mengajar dan membangunkan ramai pedagang yang konsisten dan berjaya.


Aun Khairul.



Aun Khairul diibaratkan sebagai kisah klasik “Zero To Hero” di dalam FOREX. Beliau telah diperkenalkan kepada Forex oleh SIMPLYFX Malaysia. Setelah berjaya, beliau kini adalah mentor dan menguruskan PIPS EMPIRE MALACCA TRADING FLOOR hanya selepas dua tahun aktif di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga turut dikenali sebagai pakar perdagangan emas dengan memberikan analisis harian yang tepat dan hampir sempurna untuk perdagangan emas.  

8. Lokasi Yang Strategik.



Forex Masters Summit 1.0 2018 akan diadakan di IDCC (Ideal Convention Centre) Shah Alam yang merupakan tempat yang sangat strategik dan selesa untuk semua peserta. Antara kemudahan yang ada dan berdekatan di sini adalah :  
  • Parking Percuma
  • Makan 3x (Breakfast, Lunch, Tea Break)
  • Dekat dengan hotel (Mewah / Murah) From RM108/night
  • Budget Hotel RM86/night.
  • Easy access Federal Highway
  • Wifi Percuma

Daftar Minat Anda Percuma SEKARANG!!!
Berminat untuk melabur dan ketahui lebih lanjut tentang Forex? Rebut peluang ini dengan menyertai Forex Masters Summit 1.0 sekarang kerana tempat adalah terhad. PipsEmpire Forex class dan Fast Track Trader Program juga menawarkan pakej dengan harga yang tak masuk akal. Jadi, daftar minat anda percuma sekarang juga. Jangan tunggu lama-lama.

Nama Penuh
Email:
No Telefon:

We respect your email privacy


Thursday, September 7, 2017

mana nak cari baju nursing yang cantik dan murah?

Salam...

korang teringin tak nak pakai baju nursing yang awesome...up to date punya design...modern style?? kalau dulu memang tercari-cari la nursing wear yang boleh bawa jalan-jalan...tapi susah betul...kebanyakkan design macam mak-mak jemah je kan...old style...tapi la ni tak payah pening-pening tau...jom shopping baju dari FEEDMILK (^^,)/

Info serba ringkas tentang FEEDMILK 

1. FEEDMILK ni adalah salah satu jenama terkenal untuk nursing wear...design dia memang menepati syariat...pendek kata pakaian muslimah la..memang menutup aurat...bajunya labuh, mampu menutup aurat dengan sempurna semasa menyusukan bayi...


Wednesday, July 12, 2017

Raya kurang bermakna tahun ni

Salam...

Terlalu banyak air mata yang jatuh di Aidilfitri kali ini...pemergian ibu saudara yang tercinta...mak andak aku...mak saudara yang paling rapat..yang paling baik..yang paling pemurah...betapa terasanya hati ini bila beliau di jemput Ilahi...aku redha namun hingga kini tak dapat melupakannya...

walau ada orang melarang aku pergi semasa jenazah di bawa pulang ke rumah, aku tetap pergi...aku nak tatap wajah itu buat kali terakhir...insyaAllah...Allah akan lindungi baby ni...

semoga arwah tenang di sana...ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...amin ya rabbal al-amin...

Friday, June 23, 2017

Persiapan raya 2017

Salam...

aii...korang mesti tengah sibuk buat persiapan raya kan? serius tahun ni takde mood nak beraya..since before puasa dah macam ni...hubby dok ajak2 pergi bazaar banyak kali baru la pergi...tu pun takde mood nak memilih barang...byk beli barang keperluan anak je...baju this year memang tempah since kain dah beli masa shopping kat bandung last year...last night try fitting balik..adoi perut tu dah nampak, baju pula buat cutting kurung moden..serius tak cantik pakai dah...lagi buat tak ada mood nak raya..hubby siap ajak cari baju baru...hahahah...tak payah la membazir ye tak... :)

this year langsung xbuat kuih raya..memang dalam sejarah la sejak dah pandai buat kuih, this is the first year yang tak buat kuih 1 ape pun...hubby at first minta kuih cornflakes madu favourite dia...siap dah belikan bahan2...but what to do...aku sangaaaaattttt takde mood...malam tadi dia siap cakap tahun ni aku xpayah masak...maybe dia dah nampak aku dah start muntah2 kot...lesu aje hari2...huhuuhuh

persalinan raya memang awal2 dah beli..aku biasalah...bila ada sales memang akan beli sikit2 baju anak2 ni...simpan pakai time raya...so that takla terasa sangat duit keluar time nak raya tu...

this year, hubby kerja on first day raya...masuk shift petang...so pagi tu sempatlah beraya sama..tapi aku tak balik rumah mertua pagi raya tu...raya kedua baru balik...

harap2 baby sihat aje....

di kesempatan ni nak ucapkan "Selamat Hari Raya" kat semua rakan2 blogger..."maaf zahir & batin".... (^^,)

Thursday, June 15, 2017

Alhamdulillah.. Rezeki 2017

Salam...

It's been a few months since my last post..actually bila dah lama tak update tu maksudnya busy ler..hihihi... Byk perkara jadi..sekelip mata je mcm2 berubah..one of my subordinate resigned..mcm yg aku bgtau sebelum ni ekonomi still not so good..oil market price still xbyk improvement...company mmg bekukan new recruitment... Jadinya aku la kene take over everything.. In a short period pulak tu...bertahun aku tak buat data entry...dah terbiasa buat report and analysis je..tetiba kene pegang balik double entry terkial2 juga la..lagi member tinggalkn in a bad way..byk outstanding... Byk bende salah yang nak kene adjust..i take in fully in march and struggling about 2 months to be familiar... Now dah masuk bln ke 4 take over..alhamdulillah.. Dh bole balik on time mcm dulu...hihihi

Anyway, tujuan utama bkn la nk membebel psl kerja..tp ni haaaa.....

My test result
130617
Al kisahnya isnin, 120617 badan start rasa nak demam...so balik keje tu mmg tak larat sgt..lepas berbuka rest..tidur sampai ke pagi...zafran pn aku xlarat nak hantar ke sekolah...mmg amik emergency leave la terus..rasa tak sedap hati terus test urine..actually beli benda alah ni last month...sebab period lewat...ingatkan lekat...baru je beli esoknya dah period..kah3x...tu yg mmg ade je kat umah..test terus laju je line tu naik ade 2 line...dlm hati ucap syukur...mmg this year dah stop merancang..actually puas juga la hubby pujuk nak tambah anak..aku ni pula memikirkan macam2 masalah..mampu ke aku nak handle sampai 3 org nanti..maklumlah hubby jarang ade...hal sekolah zafran pn bole katekan 98% aku yang handle...ade la dalam 2x je hubby tolong hantar..itu pun sbb aku xsihat..kete rosak..camtula...tp nak buat camne...dah dia keje shift, camtu la busynya..

Bila dah stuju nak tambah anak...tiap2 bulan worried...tak tau la ape yg aku nak risaukan padahal dah agreed..arghh pompuan..hati memanjang je bolak balik..hahahhaha....

Anyway, tak tau la usia kandungan berapa..sabtu ni baru nak pergi check up...doakan yang terbaik utk aku ye...

Amin.....

Tuesday, January 24, 2017

banyak perubahan

Salam...

Makin banyak perubahan yang berlaku kat opis..semalam ada perjumpaan dengan MD..as usual every year memang MD bagi taklimat and expectation dia for that particular year...this year seems like no increment again like last year, which is as per my expectation too...huhuhu...this year might be a challenge year for Oil and Gas industry..just wish that our company could sustain and growth more as per target..insyaAllah...

time sesi Q&A (Question & Answer), aku je satu-satunya staff dok tanya soklan..hahaha..aku tanya pasal bonus for last year..yelah, since increment takde, at least staff nak something gak kan..as an appreciation for hard work...so MD cakap by right dia ada peruntukan but kene dapatkan approval from holding first...aku harap good news la nanti..tak banyak pun takpe...at least ade...leh la support2 sikit nak bayar hutang..kan target this year nak settlekan hutang...fuhhhh~~~

tahun ni memang kene banyak saving..takleh membazir sangat...apa yang ada kalau boleh kekalkan..kalau mampu saving more...savinglah..sebab 2017 & 2018 might be more tougher...lagi ada anak ni..macam2 nak fikir...zafran pun dah start sekolah..next2 year zhariff plak..barang keperluan semakin mahal..duit kalau setakat RM50, sekejap je habis...betapa kecil dah nilai matawang kita..terasa benar kalau dok beli barang dapur tu...huhuhuuh...

Monday, January 23, 2017

My 1st step..more to go...

Salam...

Masa perjumpaan dengan guru ritu, cikgu ada highlight yang zafran lack of motor skills...so start dari hari tu dok google la macam mana nak bagi enhance skill dia tu...actually salah satu punca aku rasa sebab terlalu lama pakaikan dia sarung tangan...compare to zhariff lepas abis pantang je aku dah bukak sarung tangan dia...tu pun sebab dak zhariff bulat..sarung tangan semua sempit...hahahah...tapi zafran kan anak 1st..kurang pengetahuan time tu..orang tua2 dok soh pakaikan..aku pun pakaikan jela..rupanya bila terlalu lama pakai..baby tak dapat explore jari2 dia..bila kurang explore, dia akan kekok dan lambat sket nak gunakan jari2 tu...aku memang perasan la, dia kalau grap barang agak loose compare to zhariff...even at this age of 4 ni pun pegang cawan kadang2 air tumpah...lagi satu sebab dia ni jenis agak gopoh...gopoh or terlalu aktif?? aku pun tak pasti..tapi sebab dia jenis nak cepat2, barang murah jatuh dari tangan dia..air pun mudah tumpah..gitu la...

last weekend, aku bagi berus kasut...suruh dia berus kasut sekolah dia sendiri..sebelah aku berus sambil ajar dia..sebelah kasut lagi dia berus sambil praktikkan ape yang aku ajar...then, ajar dia naik basikat...actually bila dok rumah taman ni memang susah sket nak buat aktiviti kat luar..lagi2 kalau kawasan rumah jenis kecil je...dia nak bawa basikat pun ruang takde...then, rumah aku pula jenis kawasan bukit sikit...jadi agak susah la dia nak kayuh...alhamdulillah...dia jenis cepat pick-up..ajar sekali dua dah boleh dah sikit2...

Friday, January 20, 2017

Jangan lupa Allah bila senang

Salam...


Sedikit perkongsian kisah tauladan di pagi Jumaat yang mulia ini...


Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. 

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Wednesday, January 18, 2017

Cara merawat Ekzema dan Psoriasis

Salam...

Korang tau tak apa itu Ekzema? Ekzema ni keadaan di mana kulit jadi kering dan gatal disebabkan penghalang kulit tidak berfungsi dengan baik. So kulit mudah diserang infection dan allergy. Kadang-kadang kita boleh nampak kulit pesakit Ekzema ni bertompok kemerah-merahan dan gatal. Ianya selalu terjadi pada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tapi akan beransur pulih bila umur masuk belasan tahun. Sebenarnya takde faktor utama yang dapat ditentukan sebagai penyebab kepada Ekzema tetapi lazimnya berlaku dalam keluarga tertentu je. 

Apakah ada cara merawat Ekzema? Kalau gi klinik, doktor selalunya bagi krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibu bapa sekarang dah tau tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, so diaorang dah tak nak guna lagi krim tu tapi dalam masa yang sama bingung macam mana nak handle Ekzema pada bayi mereka. 

Haaa so kali ni aku nak share tentang kebaikkan produk Bedak Asmak..

Tuesday, January 17, 2017

mulanya terjebak ke bahagian perakaunan

Salam...

susah ke belajar akaun?? soalan macam simple, tapi nak jawab kena fikir panjang...eheheh...kalau tanya aku, aku rasa tak susah mana..sekarang la baru rasa macam tu..tapi time bergelar student rasa "ya Allah....awat susah sangat ni"....jarang la aku buat latihan ke..exam ke..aku dapat balance figure...hahahaha...semuanya sebab aku mempunyai basic knowledge yang lemah...sebab masa sekolah ada masalah kekurangan guru...itu la punca segala-galanya...

lepas PMR, aku teringin sangat masuk kelas sains tulen...sebab aku minat bab2 eksperimen...bab2 kira2...dalam masa yang sama, aku minat sangat seni...tapi sekolah aku ni ramai budak bijak pandai..budak sederhana cam aku ni memang payahlah nak berebut masuk kelas sains...kelas sains tulen je ada 2 kelas besar...pastu tak masuk ada sains sastera...sains kejuruteraan..sains itu ini...aku sampai pergi jumpa cikgu kaunseling sebab bingung buat pilihan kelas...cikgu bantu dengan bagi aku ujian personaliti dan kerjaya...alhamdulillah, setelah menjawab beratus soalan simple, cikgu bagi kesimpulan aku sesuai masuk kelas perakaunan compare to kelas sains...time tu terkejut gak sebab tak tau menahu apa-apa bab akaun...tapi akur dengan pendapat cikgu..maklum la remaja lagi...pergaulan terbatas...pengetahuan pun singkat sangat...tak dapat fikir jauh tentang dunia pekerjaan...

masuk form 4, mula2 tu ok aje...aku paling minat subjek matematik dan ekonomi asas..memang scorer la time form 4 tu..boleh dikatakan top 3 student untuk subjek ekonomi...cikgu pun close sangat dengan aku...tapi subjek lain??? hancur...hahaha...time tu wajib ambil 9 subjek untuk SPM...6 paper teras dan 3 subjek pilihan...untuk teras - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam..manakala subjek pilihan pula - Matematik Tambahan, Ekonomi Asas dan Perakaunan...ni subjek yang wajib ambil bila aku masuk kelas perakaunan...disebabkan minat mendalam kat bahagian seni...aku mohon subjek tambahan...pendidikan seni..so untuk SPM aku amik 10 paper...pendidikan seni kena belajar sendiri..aku consult dengan cikgu kat sekolah, so dia setuju ajar lepas abis waktu sekolah...setiap hari rabu dan jumaat...seminggu 2x je belajar..seronok sangat sebab time ni rasa close with each other..tak silap kelas kitaorang ada 10 orang student je kot...semua yang jenis ambil subjek tambahan macam aku..ada juga budak dari kelas sains..

Monday, January 16, 2017

Perjumpaan pertama ibu bapa

Salam..

Hari sabtu yang lepas ada perjumpaan pertama antara guru dan ibu bapa...punyalah aku eksited datang on time..sekali tu baru berapa kerat je yang datang...huhuhuhu...patut majlis start 8.45am...tup2 dekat 9.30am baru start..majlis dirasmikan Tuan Pengerusi J/kuasa TBK, En. Razak...baru aku tau picture yang INI adalah Tuan Pengerusi semasa melawat hari pertama TBK...eheheh...bagus En.Razak ni..humble orangnya..tambahan jadi pengerusi ni adalah sukarela..tiada elaun..tiada gaji...buat FOC aje...susah payah dia nak dapatkan dana itu ini...syukur dan terima kasih tak terhingga buat En.Razak..hanya Allah S.W.T. yang mampu membalasnya...


ucapan dari En.Razak selaku pengerusi jawatankuasa TBK
Di perjumpaan kali pertama ni, diaorang dok pilih AJK TBK untuk bincangkan aktiviti tahunan nanti...hubby salah sorang terpilih sebab 2 orang je lelaki yang datang..dua2 jadi AJK..hahaha...insyaAllah cikgu ada buat planning lawatan...katanya budget diberi RM10 aje sekepala..pening dia nak fikirkan ke mana mampu pergi dengan RM10/seorang...termasuk makan minum dan kos perjalanan..kesian juga jadi cikgu ni..bukan saja pening sebagai pendidik..tapi ada juga tanggungjawab lain..semoga cikgu-cikgu ni semua diberkati Allah S.W.T. selalu..lepas perjumpaan pertama ni aku syukur gila hantar zafran kat tadika KEMAS...tak salah pilihan aku...

Friday, January 13, 2017

Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my

Salam...

wow...wow...wow...dan WOWWWW....haaa gitu la terkejutnya tengok promo terbaru dari Nile.com ni...serius murah betul...siap free postage lagi untuk pembelian serendah RM48...mana nak dapat wei murah camni...


actually dah ramai tau pasal website Nile.com yang murah ni..tapi kepada yang masih tak tahu lagi..korang leh click website ni NILE ...antara barang yang tengah diskaun gila-gila ni haaa......


CNY2017 Sales price: RM17.90
Date: 13/01/2017
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 150 units only


Product: High-Heel SandalCNY2017 Sales price: RM9.90
Date: 13/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 200 units only


Product: Superman Men Sport WearCNY2017 Sales price: RM15.90
Date: 16/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 160 units only


Product: Traveler BackpackCNY2017 Sales price: RM23.90
Date: 17/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 190 units only


Product: Storage BoxCNY2017 Sales price: RM19.90
Date: 19/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 200 units only


Amacam??? best kan?? barang dah la best..harga pun best...so korang nak tunggu apa lagi..promotion ni bermula dari 26/12/2016-10/02/2017..ingat, just belanja minimum RM48 je dah boleh dapat free postage...tunggu apa lagi...jom terjah!!!

www.nile.com.my

HAPPY SHOPPING GUYSSSS!!!!!!!!!!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

3D magic art (2) 850cc (1) ABC bandung (1) air asia (5) aiskrim kek (3) aiskrim kek oreo (1) anmum (1) anniversary (11) annual dinner (6) aurawhite (1) azam (7) baby bullet (2) baby car seat (3) baby expo (2) baby milestone (3) bachelor party (1) baju menyusu (2) bandung (5) bayou lagoon (1) bayou lagoon water park (3) BBQ (1) bersalin (1) birthday (18) blog review (2) bonus (2) boots (1) bowling (1) buku merah (1) cameron highlands (1) casual wear (8) cat (4) celebration (43) charity (1) childen room (1) christmas (2) CPUV (6) dekorasi dinding (4) demam (1) derma (1) DIY (7) EBM (6) ekzema (1) emo (91) engagement (4) ephyra (1) erza masak (1) erza touch (2) exam (6) excident (2) family (38) feedmilk (5) free seat (1) freezer (1) friends (40) gambir (1) geraham bongsu (1) gigi (1) giveaway (109) goodies (1) gubahan (5) gunting rambut (1) hadiah (34) handphone (3) hari raya (20) helmet ARC (1) henna (2) home expo (1) homeopathy (3) honeymoon (1) hospital (1) hotchiks (6) housewarming party (3) indonesia (6) interview (2) jakarta (3) jalan cari makan (27) jalan-jalan (50) jeans shoes (1) jualan murah (19) jumpsuit (1) kad kawen (1) kancil auto (2) kancil melaka (2) kancil murah (2) kawah putih (1) kedah (1) kek lapis sarawak (3) kembar (1) kenduri (4) kenny rogers (1) kereta (3) krabi (1) KSWP (1) kuching (4) kuih raya (9) kwsp (2) laksa sarawak (3) lirik lagu (12) little caliphs (1) loan (1) love story (2) magic art museum (2) Mahkota Medical Centre (MMC) (1) main masak-masak (1) makanan sunda (1) makaroni sup (1) makeup by erza (2) medan (1) mee ayam (1) mee kolok sarawak (3) mekah (1) mekap (2) menu birthday party (2) menu sahur (2) milk booster (3) minyak herba asmak (1) miscarriage (3) model phone (2) mother's day (3) motor (1) my buddy (14) my career (40) mybaby (93) mylove (117) myself (192) nasam (1) nasi ayam (1) new style (2) new year (7) nikah (3) nuffnang (6) nursing wear (2) oceanarium (1) open house raya (1) Oriental Melaka Straits Medical Centre (1) paid review (4) Pantai Hospital (1) penang (1) peti ais (1) photoshoot (3) pierre cardin (1) pilihan (5) poem (14) policar poli (1) port dickson (1) potrait (3) PRCC (1) pre-school (1) pre-wedding (2) pregnancy (33) preparation wedding (2) private hospital melaka (1) produk kurus (4) promosi (16) PRU (1) psoriasis (1) PTPTN (4) puasa (16) puree (3) puree apple (1) puree pear (1) Putra Specialist Hospital (PSH) (1) ragut (1) ramadhan (6) rambut (1) rayban (1) resepi (6) review (105) river cruise (1) rokok (1) sabah (2) saham akhirat (21) sakit (3) samun (1) sarawak (5) saya jual (4) sekolah (8) senarai barang baby (1) seoul garden (1) simply fish (2) skuter (1) slimming suit (1) smart readers (1) smartphone (2) solid food (5) sony xperia z5 dual (1) soya (1) SPA (5) SPM (1) sponsorship (1) stabber (8) stalker (8) strawberi farm (1) sunquick (1) suprise (4) susu (8) sweethome (17) syria (1) taska (2) tema dinner (2) terengganu (9) thailand (1) the shore (1) the shore oceanarium (1) tips (11) tokoh (1) tunas pasti (1) umrah (1) vacation (12) valentino (1) valentinoboots (1) valentinorudy (1) vape (1) walker (2) wall deco (3) water theme park (2) wedding (30) weekend (70) zafran (85) zhariff (36) zulaikha (1)

I'm your ERASER

pencil: you know, i'm really sorry

eraser: for what? you didn't do anything wrong to me...

pencil: i'm sorry cause you get hurt because of me..whenever i made mistake, you're always there to erase it. but as you made my mistake vanish, you lose a part of yourself..you get smaller and smaller every time :(

eraser: that's true...but i don't really mind. you see, i was made to do this..i was made to help you whenever you do something wrong. eventhough, one of these days, i know i'll be gone and you have to replace me with a new one, i'm actually happy with my job..so please stop worrying...i HATE seeing you SAD because of me..

I do really LOVE you bie...

I do really LOVE you bie...