Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Readers

Showing posts with label saham akhirat. Show all posts
Showing posts with label saham akhirat. Show all posts

Friday, January 20, 2017

Jangan lupa Allah bila senang

Salam...


Sedikit perkongsian kisah tauladan di pagi Jumaat yang mulia ini...


Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. 

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Tuesday, January 10, 2017

jaga lidah..fikir dulu sebelum bercakap

Salam...

pagi ni dapat satu watsapp..perkongsian yang menarik...ianya ada berlaku di kehidupan seharian kita...jom baca dan ambil tauladan di atas kisah-kisah berikut:-

Kisah Pertama :
Seorang kakak bertanya kepada adik perempuannya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah adiknya itu melahirkan seorang bayi yang comel. "Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?" "Tidak ada." Jawabnya ringkas. Kata kakaknya lagi, "Uish!! Takkan camtu?, adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap dapat hadiah dari suamiku walaupun tanpa alasan yang istimewa." Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, dilihat isterinya sedang merajuk sedih di rumah.
Mereka berdua sering bergaduh sejak itu. Taklama kemudian, suami dan isteri ini bercerai.
Dari mana punca masalah rumahtangga mereka?
Hanya dari pertanyaan yang diucapkan oleh kakak kepada isterinya.

Kisah kedua :
Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya. "Kamu tidak rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?” Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak ketika itu mula dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan yang dulu membajai rasa kasih di dalam keluarga, juga turut hilang ketika keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana cuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya.

Kisah ketiga :
Seorang kawan bertanya.
''Berapa gaji kamu sebulan?" Kawannya menjawab, "2 ribu ringgit." "Hanya 2 ribu ringgit? Sikitnya!!!, majikan kamu tidak reti menghargai kerja kamu.
Mana cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? "

Sejak itu dia membenci pekerjaannya.
Dia meminta kenaikan gaji pada majikannya. Sayangnya majikan tidak mampu serta menolak dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya. Kini dirinya tidak berkerja dan mengganggur.

Kisah keempat :
Seseorang bertanya kepada makcik tua. "Berapa kali anak-anak makcik datang melawat makcik dalam sebulan? "
Makcik itu menjawab, "Sebulan hanya sekali." Si penanya menempelak, "uish!! melampau sekali anak-anak makcik. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi." Hati si makcik menjadi sedih.
Sedangkan sebelum ini dirinya terlalu rela dan memahami kesibukan anak-anaknya.
Makcik tadi mula menangis dan bersedih.
Ini memburukkan kesihatan tubuhnya hingga jatuh sakit.

Apakah sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika bertanya seperti pertanyaan-pertanyaan di atas?

Jagalah lidah kita dari mencampuri kehidupan orang lain.Tidak perlu cemburu dgn kebahagiaan yg diperolehi org lain..setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya..andai dia berbahagian,lihatla corak dan gaya kehidupannya..bukan menghukum dgn membawa cerita..

Mengecilkan dunia mereka itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka miliki.

Jika terus berperangai seperti itu, kita juga akan menjadi agen kerosakan di muka bumi ini. Perosak kebahagiaan orang lain.

Andai ada bom yang meletup, cubalah periksa diri. Adakah kita yang menyalakan sumbunya?

Na'uzubillahi minn zaalik..


Wednesday, July 20, 2016

MENYELAMATKAN PERKAHWINAN DENGAN MERUBAH DIRI

Kisah ini agak panjang tetapi berbaloi bagi siapa yang ada masa....

MENYELAMATKAN PERKAHWINAN DENGAN MERUBAH DIRI
Satu hari saya bersembang sama2 dengan anak perempuan saya. Dia beritahu saya, "Abah nak tahu tak, masa kecil2 dulu, satu perkara yang paling saya takut sekali, ialah bila abah dangan emak sering bergaduh dan hampir2 nak bercerai. Tapi saya syukur sangat ia tak terjadi sampai hari ini". Saya hanya tersenyum saje.. teringat kisah lama.

Bila saya imbau kembali pengalaman tersebut, saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anak perempuan saya ini, semoga ia boleh dijadikan pengajaran pada mereka nanti.

Dahulu abah berkahwin dengan emak engkau atas dasar suka sama suka, tetapi abah sendiri tak berapa pasti apa yang abah suka pada emak engkau, tapi apa yang abah tahu, makin lama masa berlalu, makin banyak perkara yang tak bersesuaian antara kami. Kadang2 nak buat keputusan nak makan kat mana pun boleh jadi gaduh. Makin lama, perbezaan semakin ketara. Salah sikit, emak engkau merajuk berhari-hari. Salah sikit, abah sendiri naik angin, kadang2 sampai baling barang kesana kemari. Abah tahu, anak2 semua jadi takut pada abah, tapi abah rasa emak engkau selalu buat perkara yang abah tak suka. Pergaduhan kami jadi semakin kerap, ia berlarutan bertahun-tahun. Masing-masing tak boleh salah sikit, dua-dua nak melenting, tidur pun kadang2 asing2. Kami rasa perkahwinan ini sudah semakin mustahil untuk diselamatkan, penyelesaian yang mampu difikirkan hanyalah PENCERAIAN sahaja. Cuma apabila fikir pasal anak-anak, abah jadi sebak dan sering kali cuba buang pemikiran tersebut.

Satu hari abah kerja outstation, cuba telefon emak engkau nak bertanya khabar, abah tak tahu macamana ianya berakhir dengan pertengkaran. Emak engkau terus hempas telefon. Waktu itu abah benar2 frust, give up, rasa keseorangan, marah, abah jerit sorang2 dalam kereta dan waktu itu abah rasa ia betul2 dah sampai limit. Sudah habis tahap kesabaran yang ada dalam diri ini.

Malam tu abah tidur disebuah hotel budget. Malam tu cuba nak tidur, tapi mata tak boleh lelap. Sakit hati dekat emak engkau dah sampai tahap maksima. Jam dah tunjuk pukul 2 pagi, mata masih tak boleh lelap. Nak call emak engkau semula seperti mana yang abah buat selalu, sebab abah selalu mengalah akhirnya, rasanya kali ini tidak lagi lah. Kali ini abah nekad, apa nak jadi, jadilah. Abah dah tak sanggup hidup bersama emak engkau lagi. Kepala batu, kuat merajuk, sombong, tak pernah nak jaga hati suami, buat perkara yang suami tak suka, tak dengar nasihat, suka melawan, tak jaga makan minum abah dan tak mahu-mahu berubah jadi isteri yang baik.

Dalam keadaan yang tak karuan itu, abah tak sedar bila masa abah bangun dan abah ambil sejadah dan abah solat ditengah2 malam. Ini jalan terakhir, abah berdoa dan mengadu pada Tuhan. Itulah malam yang abah tak boleh lupa hingga hari ini. Abah mengadu yang kahwin dengan emak engkau adalah satu kesilapan dan abah dah tak mahu terusnya lagi. Memang abah benci dan menderita dengan perkataan cerai, apa lagi bila terbayang muka anak2, tetapi meneruskan hidup dengan emak engkau juga satu penderitaan. Tetapi semakin lama abah berdoa dan mengadu kepada Tuhan, tiba-tiba abah mula konfius, abah rasa abah orang baik, abah selalu betul dan emak engkau bukanlah orang jahat, dia tak pernah menduakan abah, dalam hidup dia bukan ada orang lain pun, hanya abah sahaja, tapi kenapa perkahwinan kami tidak bahagia, kenapa banyak sangat perbezaan pendapat, kenapa dia tak mahu berubah ikut cakap abah?

Akhirnya, suatu keajaiban berlaku. Dalam keadaan air mata masih berlinangan di pipi abah, dalam keadaan yang sangat putus asa dengan emak engkau, tiba-tiba abah seperti terasa sesuatu memaksa masuk dalam fikiran abah. Seperti abah mendapat kekuatan bercakap dengan diri abah sendiri. "Abah tak boleh nak ubah emak engkau, abah hanya boleh ubah diri abah sendiri. Abah pun berdoa, ya Allah, jika memang benar aku tidak boleh mengubah isteri ku ini, tolonglah ubah diriku pula. Bantulah aku ya Allah."

Esoknya, abah naik kereta dan mulakan perjalanan balik kerumah kerana kerja outstation abah sudah habis. Sesampai dirumah, anak2 riang gembira sambut abah balik, tapi emak engkau bergegas pergi kedapur, buat kerja dia, dan langsung tak salam dengan abah, langsung tak bercakap dengan abah pada hari itu.

Malam tu, abah tidur, tapi emak engkau bagi belakang aje kat abah. Bila abah dah rasa emak engkau benar2 tidur, abah selimutkan dia, dan abah perasan tiba2 terjaga dan buang selimut tersebut. Kali ini abah tersenyum saje, tak seperti selalu.

Esok pagi, abah datang dekat2 emak engkau, abah bagi salam, dan abah tanya dia "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Emak engkau lihat abah dengan marah dan merajuk, "Cakap apa ni?"
Abah ulang lagi "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Awak memang tak boleh, dah bertahun wak. Pasal apa awak tanya ni?"

"Saya benar2 ingin berubah kali ini, saya benar2 ingin tahu apa yang saya boleh buat supaya awak bahagia."

Emak engkau menjeling sinis, "Ha, kalau awak betul2 nak buat, tu, pergi lah cuci baju, basuh pinggan mangkuk kat dapur tu"

Mesti waktu tu emak engkau jangka abah akan mengamuk lagi seperti biasa, bertengkar lagi, tapi abah hanya senyum dan mengangguk, nyut nyut abah pergi kedapur, cuci pinggan, ambil semua pakaian, masuk ke dalam washing machine, tunggu sampai kering dan sidai di ampaian, bila siap, barulah abah bersiap2 untuk pergi kerja. Seperti biasa kalau emak engkau merajuk, jangan harap apa2 sarapan pagi yang ada. Tapi kali ini abah tak kisah. Bila dah siap, abah cium kepala emak engkau dan abah terus pergi kerja.

Esok pagi abah buat perkara yang sama, pagi-pagi abah bangun, abah bagi salam kat emak engkau dan abah tanya dia, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Mata emak engkau masih pandang kelain, "Hendak sangat buat, buatlah sarapan pagi untuk anak2"

Abah tarik nafas dalam2, emak engkau tahu, abah kalut nak pergi kerja, dan abah rasa dia sengaja nak tengok abah nak mengamuk lagi, tapi kali ini abah hanya senyum, abah mengangguk, dan abah terus pergi kedapur buatkan sarapan roti bakar, telur goring dan air kopi panas. Semuanya abah letak bawah tudung. Lepas tu, abah sendiri tak makan, dan abah bersiap utk pergi kerja pasal dah lewat. Sebelum pergi abah cium kepada emak engkau dan baru abah pergi kerja.

Esoknya, pagi2 lagi abah dah bangun, abah gerak emak engkau, bagi salam dan abah tanya soalan yang sama, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Tak ada apa wak, tak ada yang awak boleh buat pun, saya minta maaf, hati saya dah terlalu sakit. Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi. Tapi kenapa awak buat semua ni?"

"Saya dah berjanji pada diri saya sendiri, mulai hari ini sehingga akhir nyawa saya, saya akan berusaha untuk buat perkara yang boleh membahagiakan awak"

Emak engkau diam, mata dia pandang ketempat lain, tapi abah perasan, ada manik jernih dimatanya. Bila abah berlalu kerana bersiap nak pergi kerja, abah perasan emak engkau lap mata dia.

Esoknya dan esoknya dan esoknya seperti biasa abah tanya soalan yang sama pada emak engkau, sehinggalah pada minggu kedua, satu pagi tu, satu keajaiban berlaku. Seperti biasa pagi tu abah tanya soalan yang sama pada emak engkau, tiba2 emak engkau menangis dan peluk kaki abah, "Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi, awak bukan masalahnya, sebenarnya saya yang masalah, saya keras hati, saya tak tahu kenapa awak boleh tahan hidup dengan saya".

Perlahan2 abah angkat dagu emak engkau dan abah cakap,
"Kerana awak penting dalam hidup saya, kerana awak ibu kepada anak2 saya, kerana awak teman saya sebelum ini, kerana awak tak pernah tinggalkan saya walau bagaimana pertengkaran kita sekali pun, kerana saya nak selamatkan perkahwinan kita dan kerana saya sangat sayang awak"

Abah tanya lagi "Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
"Patutnya saya yang tanya soalan itu"
"Awak memang patut tanya, tapi bukan hari ini, kerana saya yang perlu DIUBAH DAN BERUBAH, saya nak awak tahu betapa bermaknanya diri awak dalam hidup saya. Saya sayang awak sangat. Jadi apa saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Emak engkau renung abah dan dia kata " Boleh kita spend masa dua-dua bercuti, kita tinggal budak2 kat rumah atok dia"
"Cadangan yang baik, jom kita plan hari ini kita nak pergi mana?"

Saya terus lakukan perkara yang sama selama lebih dua bulan, dan keadaan berubah perlahan-lahan. Bertengkar sudah tiada lagi. Emak engkau pun dah pandai tanya soalan yang sama pada abah. "Apa yang awak nak dari saya? Macamana saya boleh jadi isteri yang lebih baik?"

Dinding yang memisahkan kami selama ini telah runtuh. Kehidupan emak dengan abah lebih bahagia. Kadang2 masih juga terjadi pertengkaran, tetapi cara pertengkaran tersebut jauh berbeza, kami berselisih faham sahaja, tidak lagi bertengkar sehingga menyakitkan hati masing2, tidak seperti dulu lagi.

Abah dan emak kahwin dah lebih 30 tahun, abah bukan saje sayang emak engkau, abah suka dia, abah perlukan dia. Banyak perbezaan pendapat abah lihat ia menjadi kekuatan dalam kehidupan kami, selebihnya abah dah tak kisah. Abah telah belajar bagaimana mengambil berat antara satu sama lain dan yang terpenting, kami mendapat kekuatan untuk buat perkara itu.

Perkahwinan sesuatu yang sukar nak. Tetapi mendapat teman didalam hidup merupakan satu anugerah besar daripada Tuhan. Sering bertanya apa yang boleh saya lakukan untuk menjaga anugerah ini.

-  Mazelan Abas & dishare beberapa kali

Monday, January 11, 2016

bantulah setakat yang mampu

Salam...

kadang tak sanggup tengok gambar2 yang kengkawan share kat media sosial ni..sebak hati ni bila tengok especially anak2 kecil tu...terus terbayang anak2 sendiri...tak sanggup rasanya biarkan diaorang ni terseksa..tapi tak mampu buat ape..istighfar je dalam hati bebanyak...semoga mereka terus dilindungi Allah S.W.T....



sampai bila dunia nak berdiam diri lihat orang Islam teraniaya?? sampai bila nak berperang sane sini??? kenapa kejam sangat.....ermmmm...sedih...

please...tak banyak pun takpe...sumbanglah ape yang mampu..kalau tenaga tak mampu nak membantu, sekurang2 nya salurkan bantuan kewangan...kalau duit pun tak mampu bagi...doa..doakan senjata kuat kita..insyaAllah.....kurang sikit bebanan yang mereka tanggung....

Thursday, December 17, 2015

bila fitnah semakin berleluasa

Salam...

rasa terpanggil2 nak buat entry pasal "fitnah" ni...dah lama sebenarnya nak luah ape yang terbuku di hati ni..tapi tak tertulis2...eheh..sebenarnya aku tengok kat laman sosial ni fitnah semakin berleluasa..yang jadi tak syiok tu bila mempergunakan nama Islam..istilah2 agama...hadis2 palsu...petikan ayat Al-Quran yang sekerat2 (memberi makna berlainan jika ayat dibaca penuh)...jadi bertambah tak syiok bila orang kita ni...nampak ayat2 yang menjerus ke islamik sikit je terus nak share..terus nak forward2...terus nak sebarkan...taknak fikir dulu..taknak siasat dulu..taknak kaji dulu..at the end, semua orang percaya benda yang tak betul...pegang pada fahaman yang tak betul..erm..bukanlah nak cakap diri sendiri baik sangat..tak..tak...cuma kadang2 tu baca sekali dah tau benda tu salah..tapi tengok jumlah share ratus2..kadang2 sampai ribu..terdetik dalam hati ni...ape natijahnya bila orang yang share tu semuanya percaya pada perkara yang salah?? tak ke lama2 ajaran islam ni akan terpesong sikit demi sikit...perkara yang mudah lama2 jadi sukar..ajaran islam bercampur aduk dengan adat..terus jadi amalan & budaya ikut-ikutan...ermmmm....

harap2 Allah S.W.T. terus pelihara iman kita...iman ahli keluarga kita..iman anak2 kita...supaya tak mudah terpengaruh dengan "fitnah" duniawi...insyaAllah....

just my two cents...as usual.................. (T_T)

Monday, December 14, 2015

be sensitive

Salam...

bila dah kene batang hidung, baru kita tau perasaan sakit tu macam mana kan?? dulu time kita takde di situasi itu...kita dengan mudah melemparkan kata2...langsung tak fikir ape perasaan si DIA...sekarang, bila roda berputar...kau pula yang menerima kata2 itu..baru kau tau peritnya...itu lah dunia...hidup orang cakap umpama roda..sekarang kau kat atas, esok lusa mungkin kau kat bawah...so be more sensitive in future...



dulu aku nangis dengan kata2 kau...sekarang ni...kau pula rasakan yang sama...bukan dari aku..sebab aku tak akan pernah membalas...tapi dari insan lain..kau anggap lah tu balasan untuk kau..sebab doa orang teraniaya ini selalu dimakbulkan...


sekian...welcome to mother's club
naluri seorang ibu........

Monday, October 26, 2015

hepi belated bufday zafran!!!

Salam...

semalam birthday zafran yang ke 3 tahun...pepagi buta dia dah bangun...kol 7.00 pagi...aku plak baru nak keluar rumah..kebetulan ada program amal yang my company join every year...it's under Nasam..Nasam ni pertubuhan NGO untuk bantu pesakit stroke..so my company memang contribute as CSR (Company Social Responsibility)...dah 3 tahun dah...tapi ni 1st time baru aku join...sebelum ni timing semua tak kena...yang 1st tu x ingat..rasa aku outstation time tu..yang 2nd time which is last year...aku dalam pantang..kih3x..so ni ikutkan kali ketiga jatuh pada hari lahir zafran..plan asal nak buat jamuan makan sikit..tapi postpone sebab kebetulan hubby pun ada hal..so aku pun join la...korang yang nak contribute personal pun bole..nak join aktiviti2 diaorang sambil menderma pun bole...boleh visit their main website..semua plan or incoming news, diaorang share kat SINI...

Monday, May 25, 2015

perlu ke hantar taska?

Salam...

Allahuakbar...memang berat bila aku fikirkan...aku tak tau la perlu ke tak nak hantar anak ke taska...seriously aku memang tak yakin...risau..lagi dengan perangai anak aku...aku takut orang tak jaga baik anak aku..dera anak aku..kalau tak dera fizikal..dera mental anak aku...kenapa tetiba fikir nak hantar taska??

erm actually dah lama fikir & hitung2...tu yang kadang2 dok fikir nak resign je jadi suri rumah tangga sepenuh masa...tapi keadaan pula tak mengizinkan..aku bukan apa...kesian dok tengok parents aku...penat...dan makin nampak uzur dah sejak akhir2 ni...lagi2 papa...maybe faktor kesihatan buat dia nampak lebih berumur banding mama...lebih kurang 2 minggu lepas akak aku pula baru lepas bersalin...so now parents aku bertambah busy...dia berpantang kat rumah..dan dengar kata, semalam mama dok cakap kat aku yang akak aku nak minta tolong diaorang jagakan baby baru ni...

I love both of u till my last breath
(T_T)


Wednesday, April 22, 2015

salahkan guru / pengasuh / orang gaji?

Salam...


pelik..belikan anak segala macam buku mahal2...alatan mainan mahal2 konon untuk merangsang minda bagi cerdik...belikan CD pembelajaran...hantar sekolah mahal2...private school...tuisyen lagi sana sini..tapi kat rumah kau sibuk dengan handphone...sibuk fikir hal diri sendiri...anak kau biar...kau jarang jumpa..jarang borak..jarang ajar & didik dia..bila dia buat salah sikit...kau tengking dia macam dia dah tau fikir mana betul mana salah...tak faham parents yang macam ni.... 

Thursday, November 28, 2013

MOHON BANTUAN SUMBANGAN

Salam...

Entry ni khas untuk memohon bantuan sumbangan bagi adik MOHD ADAM HAIKAL...actually aku terbaca kisah adik adam kat blog abg ben..serta merta ati kecil ni terusik tatkala menatap wajah adik adam..tambah kisah dia yang ditinggalkan ibu dan ayah kandung...sedih..sangat sedih...jadi mohon bantulah apa yang anda mampu...sedekah lah sikit waima RM1 sekali pun...jika itu dapat membantu keluarga angkat dia...kalau tak mampu bagi sumbangan duit...sekurang2 nya tolong sebarkan...lagi ramai tahu lagi banyak sumbangan yang boleh dikumpul...kalau boleh buat both lagi bagus...in syaa Allah...kita sama2 bantu apa yang terdaya ye...

Friday, August 30, 2013

Jangan sisihkan anak semasa kecil

Salam....

hari ini nak kongsi satu ceramah yang sangat menyentuh perasaan...it's so true friends.....a fews fact aku capture from this ceramah... (T_T)

Masa anak kecil, dia crave our intention...natural..they want us to see them and say "hi"

Ayah cakap "Tolonglah u amik anak ni jap...i bz...i nak sembang ngan kawan i ni..penting ni" - sebab tu kebanyakkan anak rapat dengan mak...mak jadi tempat sebab ayah selalu demolish dia...

Thursday, August 29, 2013

Keajaiban Doa

JANGAN BERHENTI BERDOA BUAT YANG TERSAYANG...

Kalau ada sikapnya yang buat kita kecewa, kalau ada caranya yang buat kita terluka.. Janganlah kita lupa bahawa ALLAH itu Maha Berkuasa.. Kalau ALLAH boleh menghidupkan dan mematikan, maka tak mustahil bagi ALLAH untuk hadirkan rasa kasih sayang dan cinta dalam iman seorang insan.. Hari ini kita rasa derita, tak mustahil esok lusa kita yang paling bahagia.. Berdoalah..
 
Bukankah doa itu senjata terkuat kita sebagai umat Islam? Kenapa kita cepat putus asa? ALLAH kan sentiasa bersama kita.. Cuma kita yang selalu lupa... 

RENUNGAN @ Rahsia Perkahwinan

Zafran doa apa sayang? (^^,)

Monday, August 26, 2013

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita


Personaliti

1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had

Monday, August 19, 2013

erti kasih sayang suami

salam...

pagi ni menangis lepas baca blog abg abil ...sejujurnya memang dah lama x baca blog abg..tiada alasan lain selain dari kebusian diri yang melampau..lebih2 lagi sejak buat business and dalam masa yang sama menguruskan zafran, hubby and hal rumah tangga kitaorang...memang banyak menguji kesabaran...huhuuhuhu

sebenarnya cuti raya hari tu entah macam mana terkeluar kat TV kisah abg abil...bila tengok muka dia...tambah pula dengar cite..."eh eh..mcm blogger abg abil ni..dah meninggal ke?" tu yang terus pagi ni bukak blog and baru tau tanggal 2 April ritu arwah kak Gee dah meninggal... Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ

manusia akhir zaman

Salam...


Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria...tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya...Tahukah anda,sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin....sebaliknya MEKKAH dan MADINAH....dan Tahukah anda MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel)dan sekutunya Syiah (Iran)......bermula dengan;

Friday, August 16, 2013

11 HAL YANG HARUS KAMU INGAT SEBELUM MENGELUH



Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik,
fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu,
fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Thursday, August 1, 2013

Erti Perkahwinan

Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan…
Perkahwinan menyingkap tabir rahsia, Isteri yang kamu nikahi, Tidaklah semulia Khadijah, Tidaklah setaqwa Aisyah, Pun tidak setabah Fatimah…

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman, Yang punya cita-cita, Menjadi solehah..

Monday, July 22, 2013

kisah arwah adik Nawal

salam...

sedih baca tragedi yang menimpa arwah adik Nawal baru-baru ini...boleh baca kisah beliau di SINI

Tuesday, April 23, 2013

perempuan vs lelaki

penat..baru balik bercuti gi langkawi...cuti lama so keje pun bertimbun!! aishhh~~ nnti la ade mse baru update cite langkawi...best giler!!! ehhehe

ni copy paste dr FB...have a nice read!!

***********************************************************************************
PEREMPUAN SUKA CAKAP TERBALIK, ORANG LELAKI DENGAR MACAM PELIK

Satu petang, Si suami yang baru pulang dari kerja, ingin memanjakan isterinya, “Jom kita keluar, malam ni kita makan di kedai je lah”. Sambut isterinya, “Eh nasi banyak lagi tu bang, gulaipun ada lagi tu. Nanti membazir, siapa pula nak menghabiskan tu”. Kalau diikutkan jawapannya itu seolah-olah membantah cadangan suaminya itu, tetapi tindakannya berlainan. Siisteri masuk ke bilik terus menukar baju dan membelitkan tudung di kepalanya di hadapan cermin di dalam bilik tidurnya. Sambil menunggu isterinya, dia mencapai surat khabar yang dibawa daripada pejabat tadi. Suaminya faham sangat. Kalau mulut isteri membantah tetapi nampak bergegas menukar baju, maknanya dia setujulah tu.
Setiba di gerai “char kue teow” yang biasa mereka singgah, adik di gerai tu menghampiri mereka dan bertanya, “Pak Cik nak makan apa?”. Pantas suaminya menjawab, “Char kue teow”. Ditegur isterinya, “Ish Abang ni, mintalah yang lain pula, mee ke, bihun ke. Kan dulu dah makan char kue teow ni”. Suami mula naik berang, “Menyusah je fikir-fikir, Abang tengah lapar, nak makan char kue teow le, Awak nak yang lain, pesan je la”. Muncung terus mulut si isteri mendengar arahan suaminya itu dan lantas memesan bihun sop untuk dirinya.
Sedang mereka menjamu selera, isterinya memecah kesunyian dengan bertanyakan satu soalan menjerat, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Sambil kepalanya masih tunduk menyedut lelehan kuah kue teow itu, suami membalas, “Sedap”. Terus melicinkan char kue teow kegemarannya itu. Apabila isterinya melihat piring suami telah licin, dia menegur dengan nada kecewa, “Awak tu makan, bukan nak ingatkan saya”. Tergamam suami mendengarnya terus membela diri, “Tadi tak cakap pun nak”. Sambut isterinya, “Dah cakap tadi, abang buat tak faham je”. Dibalas suaminya untuk membela dan membenarkan dirinya, “Mana Abang tahu awak nak rasa, kalau nak, pesan lagi satu”. Suara masing-masing mula meninggi. Isteri merasakan suasana romantik yang dia mula kecapi seawal suaminya mengajak makan di gerai tadi telah hancur berkecai apabila suami tidak memahami kehendaknya malam itu. Bagi Sisuami pula, asalnya tadi keluar makan di luar untuk membantu isteri merehatkan badannya supaya tidak susah-susah memasak di rumah dan dengan harapan malam nanti dapatlah hadiah istemewa daripada isterinya. Tetapi sekarang, telah bertukar menjadi medan peperangan dingin dengan isterinya di meja char kue teow pula. Mengapa perkara ini boleh terjadi?

Kebiasaan wanita, apabila mereka berkomunikasi, mereka menggunakan ungkapan yang tidak terus. Mereka menggunakan bahasa berlapik, maksud terbalik dan berpusing-pusing sebagaimana peribahasa Inggeris “beats around the bush”. Laporan ScienceDaily (Jan. 21, 2005) berjudul “Intelligence In Men And Women Is A Gray And White Matter” mengatakan binaan otak wanita yang memang telah diprogramkan memiliki lebih “white matter” yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan yang lain hingga menyebabkan mereka pakar menggunakan pendekatan ‘komunikasi-bahasa-tidak terus’ ini. Bercakap adalah asas perhubungan yang utama bagi wanita. Mereka menggunakan pendekatan ini untuk membina jambatan perhubungan dengan orang lain untuk mengelakkan konfrantasi secara terbuka, bersopan santun dan berbudi bahasa. Wanita memang suka menggunakan proses komunikasi cara ini untuk menyampaikan mesej terutama sekali kepada orang yang dia sayangi. Bagi mereka, jika orang yang dia sayangi ini memahami apa yang dia ungkapkan dengan tepat, maka orang itu dilabelkan sebagai seorang yang romantik. Sebagai contoh kalau mereka berdua sedang menaiki kereta dalam perjalanan yang jauh dan isterinya berasa lapar. Pada masa itu mereka sedang melalui deretan kedai-kedai makan. Terdapat beberapa ungkapan yang tidak terus yang wanita gunakan untuk memberitahu suami yang mereka lapar. Mereka tidak sanggup mengungkapkan perkataan, “Abang saya lapar, berhenti di kedai makan depan itu sekarang”. Mereka akan menggunakan bahasa tidak terus seperti berikut, “Abang tak lapar ke?”. Atau, “Dulu kita pernah makan di kedai depan tu kan, sedap masakannya”. Atau, “Tomyam kedai di depan tu sedapkan Abang”. Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang kebanyakan lelaki tidak faham. Maka suami yang romantik ialah apabila sahaja dia mendengar isyarat ini, dia telah tahu bahawa isterinya sedang lapar dan mahu makan. Tanpa bersoaljawab, dia terus sahaja membelokkan keretanya ke halaman deretan kedai makan dan mencari pakir yang dekat dengan restoren yang dia sebut tadi.

Namun kebanyakan lelaki tidak faham dengan bahasa-tidak-terus ini. Minda lelaki yang memiliki lebih sepuluh kali “grey matter” daripada wanita yang tugasnya hanya memproses maklumat, kurang dapat mengaitkan ungkapan atau ayat-ayat yang berlapik-lapik ini. Kefahamannya hanya bergantung kepada apa yang diucapkan. Dia tidak pandai untuk mentafsirkan apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. Oleh itu, jika isterinya beri isyarat. “Abang tak lapar ke?”, Dia akan jawab, “Tak lapar” dan meneruskan pemanduannya. Kecewalah isteri ini dan suaminya ini akan dicopkan sebagai tidak romantik.

Berbalik kita kepada kisah yang mula-mula saya paparkan itu. Apabila isteri bertanyakan kepada suaminya, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Ini bermaksud, “Abang, saya nak rasa sikit char kue teow tu”. Dan sebaik-baiknya, tanpa soal jawab, suaminya itu terus menukar piring char kue teownya dengan mangkuk bihun sop isterinya. Selepas minum separuh, suami itu juga menukarkan gelas minuman milo aisnya dengan minum isterinya. Suami yang berbuat demikian dicopkan sebagai seorang yang romantik. Dia bukan hanya dipuji kerana memahami kehendak isterinya, malah isteri juga puas kerana dapat merasai dua jenis makanan dan minuman pada malam itu dengan harga yang dibayar oleh seorang mengikut perkiraan wanita.

Berikut saya paparkan sedikit daripada ungkapan bahasa-bahasa-tidak-terus yang boleh dijadikan panduan kepada suami jika dia terdengar isterinya.
1. Bila suami mengajak isterinya pergi ke sesuatu tempat dan isterinya menjawab, “Tengoklah”. Besar kemungkinan maksudnya dia tidak mahu pergi.
2. Bila suami isteri sedang berbincang untuk membeli atau memberikan sesuatu kepada isteri, tetapi dalam perbincangan itu timbul pelbagai masalah hingga isterinya seolah-olah mengalah, “Saya tak kisah”. Sebenarnya apa yang dia maksudkan itu ialah dia kisah dan mahu juga benda itu.
3. Bila suami pulang dari kerja dan sesampai di pintu, isterinya menegur suaminya, “Abang letih eh”. Bagi suami yang tidak faham, pasti akan menjawab apa yang dia rasai seperti, “Aa, letih”. Maka kecewalah isterinya itu kerana maksud sebenar ialah dia hendak mengajak suaminya keluar masa itu juga.

Mengapa orang lelaki tidak faham bahasa perempuan ini ialah kerana kebiasaannya orang lelaki berkomunikasi menggunakan ayat yang pendek, terus, tepat kepada maksudnya dan penuh dengan fakta. Lelaki dengan watak kepimpinan dan penguasaan sering menggunakan komunikasi ini untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang lain. Di dalam perniagaan, cara komunikasi sebegini amat sesuai untuk membuat keputusan dan keberkesanan perundingan dengan cepat. Tetapi kalau cara ini digunakan untuk berkomunikasi dengan orang perempuan, ia dilihat sebagai kurang sopan dan tidak beradab.

Oleh itu nasihat saya kepada suami yang ingin memahami bahasa terbalik isterinya ialah,
1. Bila isterinya bersuara, cuba dengar betul-betul ungkapannya dan lihat juga air muka serta pandangan matanya. Pasti kita boleh memahami maksudnya sama ada terus atau terbalik melalui tonasi dan bahasa badannya.
2. Kalau suami masih merasai tidak faham maksudnya, cepatlah bertanya secara terus terang, “Apa maksud awak tadi?”.
3. Bila suami telah memahaminya, maka simpanlah ilmu dan kemahiran ini untuk digunapakai masa depan apabila diucapkan oleh isterinya nanti. Pastinya suami ini dilebelkan sebagai lelaki yang paling romantik.
4. Terimalah cara bahasa terbalik yang amat memeningkan kepala ini sebagai tanda isteri masih sayang kepada kita. Kebiasaannya, isteri tidak menggunakan kaedah ini kepada sesiapa sahaja yang dia tidak kenal melainkan kepada orang yang dia sayangi dan teman sejenisnya
Kepada isteri pula,
1. Sebelum anda menggunakan bahasa berbahasa ini kepada suami, sila lihat dulu keadaan suami anda. Jika dia dalam keadaan serius atau kelihatan letih atau mengalami stres, jangan gunakan lagi pendekatan ini. Dibimbangi, ketidakfahamannya nanti boleh menyebabkan jiwa panas barannya mengganas.
2. Kalau keadaan suami kelihatan ceria dan bersedia untuk bergurau senda, bolehlah anda bermanja-manja menggunakan bahasa terbalik berpusing-pusing ini untuk menagih kehendak dan keperluan anda. Kalau dia tidak faham juga, anda hendaklah dengan suara manja menerangkan maksud sebenar. Jangan mengharapkan dia faham sendiri kalau dia kelihatan tidak faham. Nanti anda juga yang kecewa.

Selamat mencuba.
Pak Utih
***********************************************************************************
eheh...pas bce je terus teringat dialog laki bini...aku rse mmg btl la...pom mmg suke ckp belit2...jenuh laki nak paham..pastu bile laki xpaham pom sentap...wakkakakak....cth cam aku...normally lau blk kampung or perjalanan yg jauh....penah gak aku ckp camni...

"erm panas la rini kan bie.." (tp maksud aku sbnrnye aku haus)

hubby plak tnye..."hney haus ke syg?"

"erm tak susahkan ke nak lau beli air?" (masih xjwp soklan tu...keh3x)

hubby nnt terus berhenti kt mana2 kedai or petrol station...belikan milo (my favourite)...ahhahahaha...bile pikir2 balik...kan senang je aku ckp "bie..hney hausla..belikn air bole x?"....tp suke je ckp belit2...wut penin laki nk phm...ahahah...naturality org pom kot...ble bce story kt atas tu baru aku realize aku pun suke wut ayat belit2 bagi org laki penin...no wonder hubby penah ckp "hney ni ckp penin la bie nk phm"....ahahahahah

ade 1 ketika gak...aku tnya hubby...

"bie, mlm ni b penat x?"

hubby pandang pastu jwb..."nape"...

"xde pape...tanye aje.."

"ade nak g mane2 ke?"

"aah...jom kuar g mp nak x?"

"nak beli ape?"

"takde pape pn...sje je"

"erm lau sje je...lenkali pun takpe kan"

"erm..."

"ke hney ade nak tgk pape?"

"erm ingt nk cari baju tidur"

"kan snng ckp je td nk g mp nk tgk baju tidur..dah jom..xpyh nak tarik2 muka..."

"ahahhahahha..." (gelak besar)

tu la perempuan seperti aku....mekasih bie terima hney seadanya...cuba faham hney sebaik mungkin...kita akan same2 terus belajar memahami antara 1 sama lain okay!!!


p/s: now nak fahamkan prangai zafran plak...ahahahhah...(^^,)/

Wednesday, December 28, 2011

mutiara kata

Jangan pandang hina pada orang yang sedang lalai...jauh dari agama...
Siapa tahu..kelak dia balik kepada Islam dan menjadi lebih elok daripada kita...

Jangan pandang hina pada orang yang bergelumang dengan maksiat...
Siapa tahu..kita yang sering solat lima waktu di surau, di masjid, bagaimana akhir usia kita?

HIDAYAH itu rahsia dari Allah yang maha ESA....kasih sayang Allah melebihi kemurkaan-Nya...



~ manusia tiada hak menghitung dosa pahala manusia lain...
hanyalah Allah yang maha berkuasa lagi maha penyayang ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

3D magic art (2) 850cc (1) ABC bandung (1) air asia (5) aiskrim kek (3) aiskrim kek oreo (1) anmum (1) anniversary (11) annual dinner (6) aurawhite (1) azam (7) baby bullet (2) baby car seat (3) baby expo (2) baby milestone (3) bachelor party (1) baju menyusu (2) bandung (5) bayou lagoon (1) bayou lagoon water park (3) BBQ (1) bersalin (1) birthday (18) blog review (2) bonus (2) boots (1) bowling (1) buku merah (1) cameron highlands (1) casual wear (8) cat (4) celebration (43) charity (1) childen room (1) christmas (2) CPUV (6) dekorasi dinding (4) demam (1) derma (1) DIY (7) EBM (6) ekzema (1) emo (91) engagement (4) ephyra (1) erza masak (1) erza touch (2) exam (6) excident (2) family (38) feedmilk (5) free seat (1) freezer (1) friends (40) gambir (1) geraham bongsu (1) gigi (1) giveaway (109) goodies (1) gubahan (5) gunting rambut (1) hadiah (34) handphone (3) hari raya (20) helmet ARC (1) henna (2) home expo (1) homeopathy (3) honeymoon (1) hospital (1) hotchiks (6) housewarming party (3) indonesia (6) interview (2) jakarta (3) jalan cari makan (27) jalan-jalan (50) jeans shoes (1) jualan murah (19) jumpsuit (1) kad kawen (1) kancil auto (2) kancil melaka (2) kancil murah (2) kawah putih (1) kedah (1) kek lapis sarawak (3) kembar (1) kenduri (4) kenny rogers (1) kereta (3) krabi (1) KSWP (1) kuching (4) kuih raya (9) kwsp (2) laksa sarawak (3) lirik lagu (12) little caliphs (1) loan (1) love story (2) magic art museum (2) Mahkota Medical Centre (MMC) (1) main masak-masak (1) makanan sunda (1) makaroni sup (1) makeup by erza (2) medan (1) mee ayam (1) mee kolok sarawak (3) mekah (1) mekap (2) menu birthday party (2) menu sahur (2) milk booster (3) minyak herba asmak (1) miscarriage (3) model phone (2) mother's day (3) motor (1) my buddy (14) my career (40) mybaby (93) mylove (117) myself (192) nasam (1) nasi ayam (1) new style (2) new year (7) nikah (3) nuffnang (6) nursing wear (2) oceanarium (1) open house raya (1) Oriental Melaka Straits Medical Centre (1) paid review (4) Pantai Hospital (1) penang (1) peti ais (1) photoshoot (3) pierre cardin (1) pilihan (5) poem (14) policar poli (1) port dickson (1) potrait (3) PRCC (1) pre-school (1) pre-wedding (2) pregnancy (33) preparation wedding (2) private hospital melaka (1) produk kurus (4) promosi (16) PRU (1) psoriasis (1) PTPTN (4) puasa (16) puree (3) puree apple (1) puree pear (1) Putra Specialist Hospital (PSH) (1) ragut (1) ramadhan (6) rambut (1) rayban (1) resepi (6) review (105) river cruise (1) rokok (1) sabah (2) saham akhirat (21) sakit (3) samun (1) sarawak (5) saya jual (4) sekolah (8) senarai barang baby (1) seoul garden (1) simply fish (2) skuter (1) slimming suit (1) smart readers (1) smartphone (2) solid food (5) sony xperia z5 dual (1) soya (1) SPA (5) SPM (1) sponsorship (1) stabber (8) stalker (8) strawberi farm (1) sunquick (1) suprise (4) susu (8) sweethome (17) syria (1) taska (2) tema dinner (2) terengganu (9) thailand (1) the shore (1) the shore oceanarium (1) tips (11) tokoh (1) tunas pasti (1) umrah (1) vacation (12) valentino (1) valentinoboots (1) valentinorudy (1) vape (1) walker (2) wall deco (3) water theme park (2) wedding (30) weekend (70) zafran (85) zhariff (36) zulaikha (1)

I'm your ERASER

pencil: you know, i'm really sorry

eraser: for what? you didn't do anything wrong to me...

pencil: i'm sorry cause you get hurt because of me..whenever i made mistake, you're always there to erase it. but as you made my mistake vanish, you lose a part of yourself..you get smaller and smaller every time :(

eraser: that's true...but i don't really mind. you see, i was made to do this..i was made to help you whenever you do something wrong. eventhough, one of these days, i know i'll be gone and you have to replace me with a new one, i'm actually happy with my job..so please stop worrying...i HATE seeing you SAD because of me..

I do really LOVE you bie...

I do really LOVE you bie...