Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Readers

Wednesday, December 2, 2015

penyusuan secara eksklusif (EBM)

Salam...

bila tengah kempen pasal penyusuan secara eksklusif ni, terus teringat pengalaman pertama breasfeed zafran...pengalaman menyusukan zafran memang mencabar sangat...maybe sebab anak pertama..dengan kurangnya susu di awal kelahiran zafran, dengan tiada pengalaman dan hubby yang kurang support bab2 breastfeeding ni..memang membuatkan kita mudah putus asa...maybe sebab hubby kurang pendedahan..kurang membaca compare aku..so dia tak berapa rasa betapa pentingnya penyusuan eksklusif ni..bila dah lama2, aku pun selalu share info dengan dia..selalu bagitau perkembangan keadaan susu aku...keperluan2 yang diperlukan untuk breastfeeding...lama2 hubby pun makin support...dia pun banyak usaha nak bagi susu aku banyak...


bila dah masuk anak kedua...kelahiran zhariff..alhamdulillah..segala-galanya makin mudah...susu pun banyak...hubby pun selalu amik berat keperluan aku untuk breastfeeding...alhamdulillah juga sebab rezeki zhariff sampai sekarang dah setahun 2 bulan masih breastfeed walaupun dah campur FM (formula milk) sejak dia 11 bulan lebih ritu...

ahmad zhariff
imbas semula pengalaman pertama, susu memang kurang masa 2 minggu pertama tu...zafran selalu nangis...lagi pula dia jenis baby size besar..keperluan dia pun besar sikit compare baby lain...aku stress tak tau nak buat apa time tu...hubby pun tak membantu (tiada pengalaman handle baby)..last2 my mom suruh bancuh je FM..masa tu banyak la dapat sample susu..so buatkan sikit..tengok laju dia minum..then baru realize zafran tak cukup susu...hubby pula tak bagi semangat langsung time tu...terus je cakap takpe, bagi FM je...walaupun pada mulanya aku memang dah cakap nak EBM (exclusive breast milk)..means nak bagi susu badan sepenuhnya...at least sampai umur dia 6 bulan...

then since then aku nangis setiap kali zafran nangis tak cukup susu...memang masa dalam pantang lahirkan zafran..aku banyak nangis..aku stress..lagi2 kadang ade jenis mulut yang takde insurans...datang melawat aku time tu, tapi sibuk nak kondem bab breast & susu aku...stressnye tuhan je yang tau...rasa macam "kau ibu yang tak guna..nak bagi susu kat anak pun tak mampu..dah la tak mampu lahirkan anak secara normal..." (T_T)

ahmad zafran
dan dikenang saat getir camtu...aku syukur & berterima kasih yang amat kat kakak aku..dialah yang paling banyak support & bagi kata2 semangat kat aku bab EBM ni...dia juga yang bagitau homeopathy ada ubat banyakkan susu...lepas consume & mama panggil bidan urut bagi banyakkan susu...alhamdulillah..susu makin banyak..lebih kurang 3-4x juga la aku pernah bancuh FM bagi kat zafran masa dalam pantang...sebab nak support EBM aku...kakak juga yang selalu share info psl EBM..macam mana nak handle EBM bila nak kerja...apa makanan yang bole consume bagi banyak susu..apa patut elak..ape patut makan...selalu gak aku msg2 tanya dia if tak pasti tentang sesuatu perkara...maklumlah dia dah ade anak ramai..banyak pengalaman..pernah ceazer...pernah bersalin normal..pernah banyak susu..pernah tak banyak susu...semua dia dah rasa...eheh...

dia bagi aku support sampai aku rasa aku ni mampu sebenarnya nak EBM...dengar macam mudah...tapi banyak cabaran nak EBM ni tau...yang penting rajin, kuat semangat & positif...yes..memang membantu sikap positif ni ok...



rajin sebab kau kene rajin bagi baby susu..macam aku jenis susu tak banyak..aku kene kerap bagi baby susu supaya galakkan pengeluaran dia..ingat konsep "demand-supply"...ada demand...ada supply...bila baby selalu hisap...ia akan bagi ransangan yang baby perlukan susu...so "kilang" susu akan produce susu tu...lagi kerap bagi..lagi banyak ransangan yang diterima..lagi banyak susu yang dikeluarkan...gitulah konsep & mind set yang korang kene ingat & tanam kat kepala tu..if baby jenis kuat tidur..kene rajin kejutkan dia & bagi hisap...make sure stiap 2 jam kau breastfeed baby kau...kalau dia tidur juga tak mau hisap..kau pam..simpan buat stok...ni penting untuk ibu yang nak bekerja nanti...

kuat semangat..yes..memang kene kuat semangat...mula2 kalau tak ada/kurang...takpe..teruskan je..memang take times...its okay...kalau perlu bantuan FM...bagi..tapi make sure kalau baby dah betul2 lapar & susu tak bole keluar baru bagi...mula2 tetap kene bagi dia hisap sampai dia dah ngamuk taknak hisap, susu still tak keluar...bagi FM sikit..then sambung bagi breastfeed..so dia x lapar sangat...dia akan hisap dengan baik (tak mengamuk)....kene sabar...if tak ada, jangan nak sedih2, nak sentap2...nak stress2...it's okay campur sikit mula2 sebab nak support keperluan baby tu...jangan stresskan diri sendiri..nanti lagi menganggu proses pengeluaran susu..ingat...kalau stress, susu pun kurang....

positif...ni penting...kene selalu positifkan diri...kalau ade orang mulut2 jahat dok cakap memacam..kau ignore je..kau anggap je orang tu cetek ilmu...tak pun jeles sebab baby kau comel...(cara nak sejukkan hati sendiri)...tak kisah ape pun..janji kau tak termakan dengan kata2 orang..memang susah especially kalau orang terdekat kau yang cakap camtu..contoh mak2 ke..suami ke..aku nasib baik sebab mak & hubby tak la cakap yang bukan2...walaupun hubby tak banyak support (beri semangat)..tapi dia pun tak komen ape..(ngutuk kurang susu ke ape ke etc)

see how small their tummy
so be postif okay...
bagi aku 3 faktor ni banyak mainkan peranan..selain daripada faktor pemakanan kau...makanlah makanan yang boleh banyakkan susu...bayam merah, lobak putih, susu kambing, kurma, madu....banyakkan minum air suam...banyak lagi la makanan yang boleh tambahkan susu badan..kau google je...

bab urut tu pun penting..bagi aku banyak membantu gak..kene cari bidan yang pandai...time aku, lepas urut tu memang laju susu keluar..bukan ape..sebab kadang2 urat kita bersimpul..so dia urut bagi lancarkan pengeluaran susu...make sure kau cakap kat bidan tu nak urut bagi banyakkan susu..sebab point2 mengurut untuk banyakkan susu lain dari urut selepas bersalin tu...

so pada ibu2 kat luar sana...kuatkan semangat..insyaAllah anda boleh..best tau breasfeed baby ni...nanti kita share2 lagi bab handle EBM time dah kerja ok...good luck!!!


L. O.V. E

1 comment:

  1. gigih baca post ni sampai habis... memang masa dalam pantang, stress die lain macam.. tambah pulak dengan suara2 sumbang yang duk cakap macam2, pastu pulak anak duk menangis jer... saya paham cabaran bf ni.. saya pun melalui bende yang sama. Alhamdulillah till now, anak dah umur setahun setengah masih lagi breastfeeding

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

3D magic art (2) 850cc (1) ABC bandung (1) air asia (5) aiskrim kek (3) aiskrim kek oreo (1) anmum (1) anniversary (11) annual dinner (6) aurawhite (1) azam (7) baby bullet (2) baby car seat (3) baby expo (2) baby milestone (3) bachelor party (1) baju menyusu (2) bandung (5) bayou lagoon (1) bayou lagoon water park (3) BBQ (1) bersalin (1) birthday (18) blog review (2) bonus (2) boots (1) bowling (1) buku merah (1) cameron highlands (1) casual wear (8) cat (4) celebration (43) charity (1) childen room (1) christmas (2) CPUV (6) dekorasi dinding (4) demam (1) derma (1) DIY (7) EBM (6) ekzema (1) emo (91) engagement (4) ephyra (1) erza masak (1) erza touch (2) exam (6) excident (2) family (38) feedmilk (5) free seat (1) freezer (1) friends (40) gambir (1) geraham bongsu (1) gigi (1) giveaway (109) goodies (1) gubahan (5) gunting rambut (1) hadiah (34) handphone (3) hari raya (20) helmet ARC (1) henna (2) home expo (1) homeopathy (3) honeymoon (1) hospital (1) hotchiks (6) housewarming party (3) indonesia (6) interview (2) jakarta (3) jalan cari makan (27) jalan-jalan (50) jeans shoes (1) jualan murah (19) jumpsuit (1) kad kawen (1) kancil auto (2) kancil melaka (2) kancil murah (2) kawah putih (1) kedah (1) kek lapis sarawak (3) kembar (1) kenduri (4) kenny rogers (1) kereta (3) krabi (1) KSWP (1) kuching (4) kuih raya (9) kwsp (2) laksa sarawak (3) lirik lagu (12) little caliphs (1) loan (1) love story (2) magic art museum (2) Mahkota Medical Centre (MMC) (1) main masak-masak (1) makanan sunda (1) makaroni sup (1) makeup by erza (2) medan (1) mee ayam (1) mee kolok sarawak (3) mekah (1) mekap (2) menu birthday party (2) menu sahur (2) milk booster (3) minyak herba asmak (1) miscarriage (3) model phone (2) mother's day (3) motor (1) my buddy (14) my career (40) mybaby (93) mylove (117) myself (192) nasam (1) nasi ayam (1) new style (2) new year (7) nikah (3) nuffnang (6) nursing wear (2) oceanarium (1) open house raya (1) Oriental Melaka Straits Medical Centre (1) paid review (4) Pantai Hospital (1) penang (1) peti ais (1) photoshoot (3) pierre cardin (1) pilihan (5) poem (14) policar poli (1) port dickson (1) potrait (3) PRCC (1) pre-school (1) pre-wedding (2) pregnancy (33) preparation wedding (2) private hospital melaka (1) produk kurus (4) promosi (16) PRU (1) psoriasis (1) PTPTN (4) puasa (16) puree (3) puree apple (1) puree pear (1) Putra Specialist Hospital (PSH) (1) ragut (1) ramadhan (6) rambut (1) rayban (1) resepi (6) review (105) river cruise (1) rokok (1) sabah (2) saham akhirat (21) sakit (3) samun (1) sarawak (5) saya jual (4) sekolah (8) senarai barang baby (1) seoul garden (1) simply fish (2) skuter (1) slimming suit (1) smart readers (1) smartphone (2) solid food (5) sony xperia z5 dual (1) soya (1) SPA (5) SPM (1) sponsorship (1) stabber (8) stalker (8) strawberi farm (1) sunquick (1) suprise (4) susu (8) sweethome (17) syria (1) taska (2) tema dinner (2) terengganu (9) thailand (1) the shore (1) the shore oceanarium (1) tips (11) tokoh (1) tunas pasti (1) umrah (1) vacation (12) valentino (1) valentinoboots (1) valentinorudy (1) vape (1) walker (2) wall deco (3) water theme park (2) wedding (30) weekend (70) zafran (85) zhariff (36) zulaikha (1)

I'm your ERASER

pencil: you know, i'm really sorry

eraser: for what? you didn't do anything wrong to me...

pencil: i'm sorry cause you get hurt because of me..whenever i made mistake, you're always there to erase it. but as you made my mistake vanish, you lose a part of yourself..you get smaller and smaller every time :(

eraser: that's true...but i don't really mind. you see, i was made to do this..i was made to help you whenever you do something wrong. eventhough, one of these days, i know i'll be gone and you have to replace me with a new one, i'm actually happy with my job..so please stop worrying...i HATE seeing you SAD because of me..

I do really LOVE you bie...

I do really LOVE you bie...