Copy & share sini takut lupa....kredit info to blogger ct fand
Panduan persediaan makanan bayi 6 bulan:
1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal.
2) Minggu Pertama, makanan
pertama yang disyorkan adalah puree buah-buahan seperti puree epal,
puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot yang dilecek dan
dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat.
Ianya mestilah sedikit cair
(Tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, itulah cair yang sepatutnya)
Maklumat Penting:
- Elakkan buah-buahan citrus / masam seperti orange.
- Puree Apple: Elakkan epal hijau. carilah apple besar yang manis dan boleh campurkan dgn sedikit susu selepas dikisar.
- Puree Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu untuk mengurangkan sifat likat dan melekitnya.
- Puree Betik: Betik adalah buah-buahan yang mempunyai rasa manis yang semulajadi. Ia tak perlu direbus, hanya lecek dan dicampurkan bersama susu ibu.
- Jika anda telah bosan dan tidak tahu puree buah-buahan apa lagi untuk diperkenalkan, anda bolehlah mencampurkan perisa pisang dengan pear, atau apple dengan pear, untuk memberi kelainan rasa kepada bayi.
3) Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut.
- Jenis makanan ini meningkatkan risiko alergi.
- Garam dan gula (perasa) juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini kerana ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam).
4) Minggu kedua, ibu-ibu
boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur
yang sesuai, tidak pahit (seperti peria, petola), tidak bergas (seperti
kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu,
puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.
- Puree Kentang: sumber vitamin A yang baik. Anda boleh rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan semestinya, di campur dengan susu ibu.
- Puree Labu: Stim atau rebus labu sehingga empuk. dan lecekkan labu sehingga lumat. campurkan bersama susu.
- Puree Lobak: Boleh pada kadar yang tidak banyak dan pastikan cair. Ini kerana lobak boleh menyebabkan “poopoo” bayi keras.
5)
Pastikan bayi anda mencuba setiap resepi yang anda buat untuk memastikan
samada bayi suka atau tidak makanan itu. Jika anak menolak (mungkin
tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jangan dipaksa bayi untuk
terima. Cuba pula dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga
mempunyai deria rasa.
6) Bubur nasi boleh mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa atau sudah boleh menerima makanan. Jangan paksa bayi anda untuk habiskan bubur nasi. Ambil perhatian bahawa saiz perut bayi pada umur ini adalah sebesar segenggam tangannya.
PASTIKAN juga bubur nasi tadi cair
bagi mengelakkan bayi sembelit. Apabila umur bayi sudah meningkat
kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu dan sayur serta ikan bilis
atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi.
7) Apabila memperkenalkan
makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” –
iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan
selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun
allergi kepada bayi anda.
Perhatikan
keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima
makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada
makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan
diambil. Begitu juga dgn masalah penghadaman.
Anda
boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga
dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama
4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan
tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan!
Makanan yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada bayi
(1st solid food- 6-7 months):
- Telur (terutamanya telur putih) – mengandungi bakteria salmonella
- Susu lembu/dairy products
- Makanan laut
- Kekacang
- Citrus food
- Yeast, cheese (keju)
- Madu (bertoksin – dilarang sama sekali) *catatan asal Penulis artikel “Madu mmg manis, sedap tetapi ketahuilah ianya berbahaya kepada bayi di bawah umur satu tahun. Madu kadangkala mempunyai spora botulism (clostridium botulinum) – yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. Jadi, saya minta ibu2 tidak memberi madu sebagai makanan ‘belah mulut’ bayi atau untuk apa2 majlis sebelum majlis hari jadi pertamanya. ”
Dari bacaan lain, madu (sekiranya tiada kurma) disarankan oleh ulamak dalam “belah mulut” atau tahnik bayi iaitu seperti berikut:
Tahnik afdal dilakukan dengan buah tamar. Jika tiada tamar, boleh gunakah rutob (tamar muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu yang manis lebih awla daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi supaya ia boleh menelan buah tamar tersebut. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390).
Artikel asal telah ditemui dari blog SaraKids.com bertajuk Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi
yang diterbitkan pada 15 April 2010. Untuk kupasan lebih terperinci,
anda bolehlah merujuk kepada artikel tersebut. Terima kasih..
No comments:
Post a Comment