Salam...
mesti pening kan...tak ramai wanita yang tau macam mana nak kira waktu subur sendiri...waktu subur ni penting terutama kepada pasangan yang merancang untuk mendapatkan cahaya mata...bagi wanita dan lelaki yang tidak mempunyai sebarang masalah lain..korang boleh depends on waktu subur si isteri untuk tinggikan peluang kehamilan tu...but of course dengan izin dari-Nya...if dah termaktub rezeki anda, tidak akan ke mana...yang penting usaha, doa dan tawakal...
ok straight to the point la...bagi wanita yang kitaran haid dia tetap 28hari...waktu subur korang antara hari ke-10 - 15 hari...hari ke-10 ni dikira dari tarikh first korang period..contoh...
korang period 01/01/14 dengan kitaran haid 28 hari...
so waktu subur korang kemungkinan antara 10/01/14 - 15/01/14...
tapi macam mane plak dengan wanita yang kitaran haid dia tak teratur macam aku?? isk2....jangan risau..yang penting korang catat bila tarikh first korang period...tarikh first ni penting tau...kalau pregnant nanti pun doktor akan tanya bila tarikh first period terakhir...dulu aku tak paham soalan doktor..siap doktor bagi contoh...wakkakakak
ok2..kalau tak teratur, korang tandakan tarikh first period setiap bulan..ambillah lebih kurang 6 bulan punya rekod...nak lebih tepat...ambil rekod untuk 12 bulan...then pilih tempoh paling pendek dan tolakkan dengan angka 18..nanti dapat hari start korang subur...then pilih pula tempoh paling panjang and korang tolakkan dengan angka 11..tu lah hari terakhir korang subur... paham?? ok contoh.........
Jan
|
26 hari
|
Kitaran haid terpendek
|
Feb
|
30 hari
|
|
Mac
|
29 hari
|
|
Apr
|
32 hari
|
|
May
|
35 hari
|
Kitaran haid terpanjang
|
Jun
|
29 hari
|
ok...ambil kitaran haid terpendek iaitu 26 hari, tolakkan dengan 18 hari = 8 hari
then ambil pula kitaran haid terpanjang iaitu 35 hari dan tolakkan dengan 11 hari = 24 hari
so, kemungkinan besar waktu subur korang antara hari ke-8 hingga hari ke-24...
selain dari tu...korang boleh guna kalkulator kesuburan online...banyak ada kat website...tapi aku suka yang dua ni sebab agak lengkap chart dan infonya..siap boleh rancang lagi nak anak perempuan ke lelaki..eheh...try la...
korang bolehlah start merancang dengan baik bagi yang inginkan cahaya mata...jangan lupa selain usaha, banyakkan berdoa..selebihnya serahkan pada yang maha kuasa...yakinlah Dia sehebat2 perancang...Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita...
رَبِّ Ù‡َبْ لى Ù…ِÙ†ْ Ù„َدُÙ†ْÙƒَ
Ø°ُرِÙŠَّØ©ً Ø·َÙŠِّبَØ©ً اِÙ†َّÙƒَ سَميعُ الدُّعاء
“Ya Tuhanku,
berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik.
Sesungguhnya Engkau Maha
Pendengar doa”.
QS. Ali ‘Imran [3]: 38.
I . K . H . L . A . S . W . I . T . H . L . O . V . E .
No comments:
Post a Comment