Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Readers

Friday, November 4, 2016

Throwback: JJCM (Day 1) di Bandung, Indonesia

Salam...

rini nak sambung cerita trip kitaorang...pagi lebih kurang pukul 8, we all dah siap2 nak keluar jalan2..tempat pertama yang nak dituju is Floating Market...tapi sebelum tu kami bersarapan dulu di satu gerai tepi jalan saja on the way nak ke sana...kata pak supir kami, gerai ini memang yang agak famous di kalangan penduduk setempat..menu wajib try ialah mee ayam dan juga ABC...pelik je bila dengar...dah sampai lagi rasa pelik wei..hahahah

atas - mee ayam
bawah - ABC Bandung
macam mana nak describe ye..mee ayam ni rasanya lebih kurang mee kolok sarawak, cuma kalau mee kolok berasakan daging, mee ayam ini pula berasaskan ayam..dua2 sedap di tekak aku..ngeh3x...mee dia kenyal2..rupa bentuk macam megi tapi lebih besar dari megi...ABC pula lagi la pelik bila sampai..ingatkan apa, rupanya ABC...hahahah...dalam tu ada macam2 buah-buahan..mangga, cendol, jagung, sagu..lagi apa entah...dengan kelapa parut, susu cair dan air gula...memang sedap sangat...zhariff komain suka..dia kan "hantu" buah macam aku..zafran?? dia moody kene bangun pepagi..kurang tidur..eheheh....

pastu, kitaorang teruskan perjalanan....agak jauh juga tapi tak terasa berapa lama..maybe sebab aku terlalu asyik menikmati pemandangan yang memang asing bagi aku...rata2 rumah kat sana unik bentuknya...ada yang daif, ada yang kaya...ada yang hotel mewah dibina bersebelahan dengan rumah-rumah setinggan...eheh...

Floating Market, Bandung, Indonesia
Floating Market ni terletak di Lembang Bandung...aku sebenarnya tak cam sangat jalan2 disini, berapa lama perjalanan, berapa jauh...sebab boleh dikatakan tempat yg aku pegi dari satu tempat ke satu tempat agak berjarak jauh dan aku terlalu leka menikmati pemandangan indah...sepanjang di sana cuaca agak sejuk sebab musim hujan...masa kat floating market ni pun hujan lebat gile..dah la time tu tengah naik boat mengelilingi kawasan di tasik tu...cantik betul pemandangan...memang rasa tenang dan damai betul...

tiket masuk murah je..tak silap dalam RM5.00 / Rp. 15.000 aje...eheh...dalam ni ada macam2 aktiviti boleh buat...ada gerai makanan yang unik, diaorang masak atas sampan di tepi2 tasik tu...seronok wei...dengan ikan koi yang besar2 tu...anak2 aku komain eksited dok bagi ikan makan...aku ni risau diaorang jatuh je...hahahah....


antara menu yang kami cuba
mie jawa godog | gado-gado | satay ayam | pisang goreng cheese | krupuk kampung | mie kocok | siput gondang black paper






untuk beli makanan kat sini, kene tukar dalam bentuk token...ada kaunter bahagian depan..tu agak leceh sket la bagi aku...so member je yang pergi beli..aku 1 family tunggu makanan sampai aje sambil layan bebudak ni tengok ikan..hahahahah...time ni dah hujan lebat...so stuck kat sini agak lama juga la...


memang banyak sangat aktiviti boleh buat kat sini...besar juga tempat ni..surau dan toilet pun disediakan...memang berbaloi la harga tiket murah camtu...tapi macam nak naik boat ke main permainan budak2 ni ke, suma harga asing...macam boat tu kena bayar sorang dalam RM10 / Rp.30.000...yang lain kitaorang tak try sebab lepas hujan memang basah semua mainan2 tu..macam tak selesa pula since bawak budak kan...so we all just jalan2 amik gambar je..banyak gila gambar..tak tau nak upload yang mana...semua cantik wei...hahahahha

cantik kan view sini..hijau...sejuk mata memandang
our family photo semua macam ni
ada je yang tak ready
HAHAHAHAH
after puas berjalan dan bergambar, we all teruskan perjalanan ke Pasar Baru, Bandung...aku rasa ni memang tempat wajib la orang kita singgah untuk bershopping kalau ke Bandung...segala macam barang ada..baju, kasut, beg, kain pasang, telekung...eh macam2 la...tak tertengok aku...disebabkan pagi tu kitaorang dah stuck agak lama di Floating market coz hujan, so tak banyak la masa yang ada untuk kitaorang shopping...aku sempat la memilih kain pasang 1 family untuk raya next year, telekung untuk mak mertua dan kain batik sarung untuk mak aku...kali ni berjalan tak bagi buah tangan sangat pada adik beradik dan saudara mara sebab tak cukup budget...eheheh....

aktif komain la budak2 ni..nak memilih barang pun susah
HHAHAHAHA
sempat singgah 3 kedai je wei...nangisssss.... T_T
pastu tempat dah mula tutup..lebih kurang jam 6 petang camtu la dia tutup...

then, kitaorang teruskan perjalanan ke Rumah Mode, Bandung...sebelum tu haruslah mengisi perut dulu..kitaorang cuba Nasi Ayam Penyet Wong Solo yang terkenal tu..kalau kat melaka ni aku selalu juga makan sebab restoran dia dekat dengan office..yang menarik tu ayamnye adalah ayam kampung....

muke penat + muke lapar
kalau kat sini, dia ada 2 pilihan..sama ada ayam kampung atau ayam bandung..aku tanya pak supir kitaorang (yang baju putih tu), apa maksud ayam bandung...dijawabnya...

"iya..ayam bandung tu ayam sini..ayam di bandung" 

berdekah2 semua ketawa...aku pun blur..maybe maksud dia ayam biasa la kot...kalau kita sini panggil ayam karen/bandar...aku rasa la...hahahhaha

adakah rasanya sama??? ohhh dah semestinya tak sama...kat sana tu rasa pedas gila kot sambal2 dia...meleleh air mata aku...(aku tak kuat pedas)...for me...aku lebih sukakan rasa yang kat malaysia ni..ada rasa pedas...manis...kene la dengan tekak aku....


Rumah Mode, Bandung
sampai rumah mode ni pun dah malam..semua jadi lambat dari plan asal gara2 hujan..huhuhu...aku masuk gak dalam ni..boleh dikatakan macam factory outlet la...barang2 berjenama bole cari kat sini...kalau kat Pasar Baru tu barang2 biasa aje..jenis tak ada jenama la...nak kata murah tu taklah sangat...cuma maybe sebab perbezaan currency Rupiah yang rendah, dapatla murah sikit dari tempat kita...

ikutkan di sini memang teringin borong seluar jeans...tapi budget plak takde..rasa macam nak repeat lagi jalan ke bandung ni..hihihi

lepas tu kitaorang terus balik ke hotel dan berehat2 aje di luar bilik...kat luar bilik ada tempat melepak..di tepi kolam besar yang penuh ikan koi...seronok budak2 tu melayan ikan sambil kitaorang ni dok bergosip2...eheheh...tak la gosip mana pun...borak2 kosong aje sebelum tidur....

nanti kita story day 2 okay...daaaaa~~~~









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

3D magic art (2) 850cc (1) ABC bandung (1) air asia (5) aiskrim kek (3) aiskrim kek oreo (1) anmum (1) anniversary (11) annual dinner (6) aurawhite (1) azam (7) baby bullet (2) baby car seat (3) baby expo (2) baby milestone (3) bachelor party (1) baju menyusu (2) bandung (5) bayou lagoon (1) bayou lagoon water park (3) BBQ (1) bersalin (1) birthday (18) blog review (2) bonus (2) boots (1) bowling (1) buku merah (1) cameron highlands (1) casual wear (8) cat (4) celebration (43) charity (1) childen room (1) christmas (2) CPUV (6) dekorasi dinding (4) demam (1) derma (1) DIY (7) EBM (6) ekzema (1) emo (91) engagement (4) ephyra (1) erza masak (1) erza touch (2) exam (6) excident (2) family (38) feedmilk (5) free seat (1) freezer (1) friends (40) gambir (1) geraham bongsu (1) gigi (1) giveaway (109) goodies (1) gubahan (5) gunting rambut (1) hadiah (34) handphone (3) hari raya (20) helmet ARC (1) henna (2) home expo (1) homeopathy (3) honeymoon (1) hospital (1) hotchiks (6) housewarming party (3) indonesia (6) interview (2) jakarta (3) jalan cari makan (27) jalan-jalan (50) jeans shoes (1) jualan murah (19) jumpsuit (1) kad kawen (1) kancil auto (2) kancil melaka (2) kancil murah (2) kawah putih (1) kedah (1) kek lapis sarawak (3) kembar (1) kenduri (4) kenny rogers (1) kereta (3) krabi (1) KSWP (1) kuching (4) kuih raya (9) kwsp (2) laksa sarawak (3) lirik lagu (12) little caliphs (1) loan (1) love story (2) magic art museum (2) Mahkota Medical Centre (MMC) (1) main masak-masak (1) makanan sunda (1) makaroni sup (1) makeup by erza (2) medan (1) mee ayam (1) mee kolok sarawak (3) mekah (1) mekap (2) menu birthday party (2) menu sahur (2) milk booster (3) minyak herba asmak (1) miscarriage (3) model phone (2) mother's day (3) motor (1) my buddy (14) my career (40) mybaby (93) mylove (117) myself (192) nasam (1) nasi ayam (1) new style (2) new year (7) nikah (3) nuffnang (6) nursing wear (2) oceanarium (1) open house raya (1) Oriental Melaka Straits Medical Centre (1) paid review (4) Pantai Hospital (1) penang (1) peti ais (1) photoshoot (3) pierre cardin (1) pilihan (5) poem (14) policar poli (1) port dickson (1) potrait (3) PRCC (1) pre-school (1) pre-wedding (2) pregnancy (33) preparation wedding (2) private hospital melaka (1) produk kurus (4) promosi (16) PRU (1) psoriasis (1) PTPTN (4) puasa (16) puree (3) puree apple (1) puree pear (1) Putra Specialist Hospital (PSH) (1) ragut (1) ramadhan (6) rambut (1) rayban (1) resepi (6) review (105) river cruise (1) rokok (1) sabah (2) saham akhirat (21) sakit (3) samun (1) sarawak (5) saya jual (4) sekolah (8) senarai barang baby (1) seoul garden (1) simply fish (2) skuter (1) slimming suit (1) smart readers (1) smartphone (2) solid food (5) sony xperia z5 dual (1) soya (1) SPA (5) SPM (1) sponsorship (1) stabber (8) stalker (8) strawberi farm (1) sunquick (1) suprise (4) susu (8) sweethome (17) syria (1) taska (2) tema dinner (2) terengganu (9) thailand (1) the shore (1) the shore oceanarium (1) tips (11) tokoh (1) tunas pasti (1) umrah (1) vacation (12) valentino (1) valentinoboots (1) valentinorudy (1) vape (1) walker (2) wall deco (3) water theme park (2) wedding (30) weekend (70) zafran (85) zhariff (36) zulaikha (1)

I'm your ERASER

pencil: you know, i'm really sorry

eraser: for what? you didn't do anything wrong to me...

pencil: i'm sorry cause you get hurt because of me..whenever i made mistake, you're always there to erase it. but as you made my mistake vanish, you lose a part of yourself..you get smaller and smaller every time :(

eraser: that's true...but i don't really mind. you see, i was made to do this..i was made to help you whenever you do something wrong. eventhough, one of these days, i know i'll be gone and you have to replace me with a new one, i'm actually happy with my job..so please stop worrying...i HATE seeing you SAD because of me..

I do really LOVE you bie...

I do really LOVE you bie...