Benarkah kejatuhan seorang lelaki (suami) itu berpunca dari seorang wanita (isteri)? kenapa tetiba je nak tulis topik ni? erm sebenarnya sekarang ni kan tengah kecoh pasal isteri Mat Yo (pemain bola sepak negara) yang dikatakan bermulut "longkang" tu...erkkk bukan mulut dia bau longkang tapi sebab bahasa yang dituturkan tu yg jadi masalah...lebih sedih bila suami pun kena tempias...dikatakan dayus sebab tak boleh nak mendidik isteri dengan baik...SEE?? Suami kan ketua keluarga...mesti tau macam mana nak handle family sendiri...kalau isteri pun tak boleh nak ajar..susah la gitu kan...
Pernah dengar tak pepatah gini ".Sesungguhnya bagi kejayaan seorang lelaki, berdiri di belakangnya adalah seorang isteri yang hebat manakala berjayanya seorang anak, berdiri di belakangnya adalah seorang ibu yang hebat"...erm contoh macam kes Mat Yo ni, isteri yang kurang ajar tapi ramai menyalahkan suaminya sebab dayus dan tak dapat mengawal tingkah laku buruk isteri..pendek kata tak boleh mendidik dengan baik...tak pasal2 ramai dah tak sokong dia...nak contoh lagi??? masuk politik sikit la ye...contohnya PM kita...DS Najib...sebenarnya rata2 ramai x sokong dia sebab wife dia yang dikatakan mengabiskan duit negara sewenang2nya...gituuu...isk3x...betapa kuatnya pengaruh seorang wanita dalam kehidupan seorang lelaki...so kita ni para isteri..jagalah nama baik suami...jangan suka dok tabur fitnah...jangan suka dok laga2 kan suami...jangan suka campur urusan suami yang tak berkaitan dengan kita...cth cam DS Najib bertanggungjawab urus negara sebab dia pemerintah negara...so wife jangan same kalut nak dok buat itu ini..tugas dia as a wife je...just support di belakang suami...bukan dok "depan" suami...
Sabda Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya” (Riwayat Muslim).Tapi isteri kalau nak suruh "berfungsi" dengan baik...suaminya pun perlulah baik gak...jangan suruh bini solat tapi suami sendiri tak solat...contoh okay...kena same2...nak suruh isteri hormat anda..anda haruslah hormat isteri juga...barulah isteri tu dapat dididik dengan baik...kalau tak...isteri baik macam mana pun, kalau suami dia songsang...songsang la keluarga tu...macam mana hilangnya kebaikan Asiah di mata Firaun yang zalim...sebab tu kena ingat...suami tunggak..dialah ketua keluarga..dialah yang kemudikan ke mana arah keluarga itu patut tuju...syurga ke..neraka ke??
" Ya Allah Berikanlah suami ku kemudahan rezekinya.
Jika
letaknya masih jauh maka dekatkan lah, jika masih ada di langit maka
segera turunkan lah untuknya, jika bertahan di dasar bumi hanya Engkau
lah yang mampu mengeluarkannya. Ya Allah, berkatilah rezeki yang
diperolehi suami hamba agar membawa kebaikkan bagi kami sekeluarga di
dunia dan di akhirat."
Sesungguhnya,
terletaknya kebahagiaan isteri dari keredhaan suami dan manakala
terletaknya kejayaan suami dari doa keberkatan isteri.
Andai
suami menggunakan rezeki yang dilimpah ruah untuk nya ke jalan yang
mungkar, hingga menzalimi isteri, maka terjatuh lah suami ke kegagalan.
Kerana, rezeki yang dicurahkan oleh Nya, adalah bukan sahaja untuknya
tetapi untuk isteri dan anak - anaknya.
|
No comments:
Post a Comment