Salam...
unexpected call huh?? ~,~ |
semalam terperanjat tiba2 dapat call dari seorang perempuan..dia perkenalkan diri dia...nama bla2...dia cakap dia kawan hubby...hohoho...hati dup dap jer dengar setiap butiran dia...maklumlah dengan suara tersekat2..dengan serak2 basahnya...serupa macam orang baru lepas nangis...perkenalkan diri sebagai kenalan hubby lak tu....siapa tak cuak woiii!!! ahahhaha (korang leh teka tak ape yang bermain kat fikiran aku tatkala tu)
rupa-rupanya dia baru lepas bersalin...tapi malangnya jahitan luka dia macam berair dan terbuka...dia takut nak pergi balik ke hospital kerajaan (GH)..dia nak tanya pendapat aku dan pengalaman aku bersalin dengan doktor private...GH ada bekalkan dia ubat kuning untuk sapu kat tempat luka tu tapi after consult dengan sorang doktor kat private sector, dia tak bagi sebab katanya lagi lambat baik..so dia jadi confuse dan takut sangat nak pergi check lagi...i guess this is her first delivery kot...huhuhuuhuh
episiotomi proses |
ok bagi ibu2 yang bakal bersalin...korang kene amik tau ape tu episiotomi proses...sebab mostly memang akan alami proses ni..kalau kat Europe dah semakin berkurangan penggunaan teknik ni sebab banyak kesannya tapi kat Malaysia ianya masih lagi diamalkan..korang boleh google lebih lanjut tentang kesan sampingan dia okay...episiotomi ni suatu proses di mana doktor akan gunting sikit kulit & otot di antara vagina & anus kita..anus tu kira dubur la...ni bagi membolehkan bayi dikeluarkan tanpa kesan koyakan yang lebih serius..but it depends...ada orang tak payah pun proses ni...then lepas baby keluar, baru luka tu akan dijahit semula..biasanya proses ni dilakukan selepas anestesi lokal..maksudnya bius separuh badan..korang boleh minta doktor tambah bius if tak tahan dengan kesakitannya...tapi setahu aku most of GH memang tak bius langsung...maksudnya jahit hidup2 la...(based on experience kawan2 dan akak ipar aku)....serius ngeri dengar...huhuhuuhuh
so luka ni lah yang korang perlu jaga dengan teliti semasa dalam tempoh berpantang...kat bawah ni ada beberapa tips yang maybe korang boleh amalkan untuk mengelakkan luka tu terbuka balik and untuk cepat baikkan luka tu:-
- Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.
- Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis. Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.
- Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.
- Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.
- Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.
- Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.
- Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.
- Sitz bath. Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.
- Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.
- Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.
- Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.
Macam aku...aku tak ada pengalaman bersalin normal...dan aku tak ada pengalaman hadapi saat sakit nak bersalin...sebab aku schedule operation...tarikh dah due tapi aku langsung tak rasa sakit nak bersalin...zafran besar...so kepala dia x engaged langsung...cumanyaaaaa...aku rasa bagaimana sakitnya selepas bersalin...seksa...sakit yang aku tak pernah alami...2x aku minta doktor painkiller...(~,~)
tempoh berpantang memang aku 100% guna ubat homeopathy...aku tak guna ubat dari mana2 hospital...luka pun aku cuci pakai ubat homeopathy..pastu aku sapu krim homeopathy...memang alhamdulillah cepat sembuh...cepat elok jahitan dia...satu hari 2x cuci...pagi & petang...anginkan (dedahkan) biar kering pastu baru pakai kain balik...balik2 dari hospital je memang papa terus buka balutan tu...dia cakap kalau tak lagi lambat kering..lambat baik..suppose lepas seminggu kena jumpa doktor balik..tapi aku tak pergi pun...100% papa monitor & jaga aku guna homeopathy...injection vaksin for baby pun aku tak ambil...
gitu lah sedikit sebanyak pengalaman aku...maklumlah baru anak sorang...rasa tak berapa layak gi nak advice orang..tapi kalau sekadar nak share ilmu pengetahuan yang ada...insyaAllah aku bagitau...
kesakitan bersalin itu luar biasa tapi anugerah itu lebih luar biasa...(^^,) |
tak dapat bayangkan sakit bersalin ni..besarnya pengorbanan seorang ibu..thanks kak share info ni..bolehlah refer nanti..seriau la kalau kes² macam ni.
ReplyDeletesy pun sy....seram bile bayangkn...huhuuhuhu
DeleteVaksin baby yg mana ye tak ambil? Sbb lepas bersalin tu, nurse terus cucuk vaksin utk bb kita kan? Boleh ke kita kata tak nak?
ReplyDeleteSaya pun ingt x nk vaksin bb. Kalau yg sebulan ke atas tu boleh la kita x bawa bb kita kan. Kalau yg lepas bersalin tu, macam mana ye?
NICE BLOG, GOOD SHARING..terima kasih sis..jom singgah blog saya pula:
ReplyDeletedanishdamiadaris.blogspot.com
Seram dan ngeri , takut sangat bila terbuka. Saya pun hati2 jaga ibu yang baru pas -Pembedahan kaki-
ReplyDelete