Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Readers

Monday, December 2, 2013

Sekadar Renungan

Salam...

Wahai anakku,
 
Di saatmu masih kecil, engkau tertanya-tanya mengapa pakcik di seberang jalan mempunyai kereta besar untuk anak-anakny
a ke sekolah tapi kamu perlu berjalan kaki.
 
Aku tersenyum tapi di hati kecilku aku terasa sedih tidak mampu memberikanmu yang terbaik.

Aku bercerita mengenai seorang budak yang pernah diejek di sekolah kerana memakai sepasang kasut yang berlainan warna dan saiz. Kasut kirinya hijau, kasut kanannya merah. Semua berasa hairan, tapi tiada siapa di sekolah yang cuba memahami mengapa budak tersebut berpakaian kasut sedemikian.


Sehinggalah satu hari, cikgu sekolah menyuruh ibubapa budak tersebut ke sekolah. Lalu mereka sedih melihat ibubapanya berkasut satu ke sekolah, sebelah kaki berkaki ayam.

Kaki kanan bapanya berkasut hijau, dan kaki kiri maknya berkasut merah. Rupa-rupanya ibubapa budak tersebut telah memberikan segala yang ada dan terbaik buat budak itu. Dan budak itu menghargai sangat-sangat pemberian ibubapanya lalu memakai kasut hijau merah ke sekolah tiap-tiap hari walaupun diejek dan dicemuh.

Wahai anakku,
 
Ketika ditanya budak itu, mengapa dia sanggup bertahan diejek? Budak itu menjawab dia syukur dengan apa yang ada. Sekiranya kerana ejekan dia membuangkan kasut hijau merah yang diberikan ayahnya, budak itu berkata “apakah selepas ini aku harus mendesak ibubapa menyewa bas untuk saya ke sekolah sedangkan mereka sudah berkaki ayam sebelah kaki?”

Cikgu-cikgu dan rakan-rakannya menangis mendengar penjelasan budak itu. Lalu budak itu turut berkata kerana perlu berjalan kaki 5km setiap hari ke sekolah, dia mendapat sesuatu yang tidak dapat dinikmati mereka yang menaiki bas dan dihantar kereta ke sekolah.

Budak itu berkata disebabkan dia berjalan kaki, dia sedar akan kehebatan kakinya. Siapa memberikannya kaki? Allah. Lalu dia berkata dia terasa Allah amat menyayanginya kerana kakinya tidak pernah rosak seperti tayar kereta bocor ketikanya perlu menggunakannya untuk ulang-alik ke sekolah.

Bagi mereka yang menggunakan kenderaan, wahai anak kesayanganku, budak itu memberikan satu jawapan yang memukul sanubari semua orang. Kata budak itu, yang dipuja golongan bernasib baik ini ialah kehebatan kenderaan tersebut. Oleh kerana kenderaan itu dibina manusia, maka akhirnya mereka memuja kepintaran dan kehebatan manusia sehingga melupakan bijih-bijih besi dan getah adalah ciptaan Allah.

Apakah kereta jika Allah tidak mencipta bijih besi yang tahan lasaknya? Apakah tayar tanpa getah ciptaan Allah? Tapi manusia yang bernasib baik ini sering terlupa, yang dipuja ialah manusia yang pandai menggunakan getah itu untuk membuat tayar.

Semua orang menangis mendengar cerita budak itu. Umurnya yang baru menjangkau 14 tahun, tapi kerana kesusahan hidupnya, pemahaman dia jauh melangkaui rakan-rakan sebayanya termasuk guru-gurunya.

Semenjak itu, tiada lagi yang tidak memberikan hormat kepada budak itu. Ustaz di sekolah itu mengambilnya sebagai anak angkat lalu membiayai pelajarannya ke peringkat universiti.

Wahai anakku,
 
Diharap cerita lama ini dapat memberikan ketenangan kepada jiwamu yang bergelora ketika menghadapi dugaan dan liku-liku hidupmu yang mencabar. Hidup ini singkat aja, maka dengan itu sudah tentunya dugaan yang sedang ditempuhimu akan jauh lebih singkat daripada hidupmu.
 
Percayalah, kamu diuji untuk mematangkan kamu.

Kamu diuji untuk diberikan sesuatu yang jauh lebih berharga. Tiada kehidupan yang dibazirkan, hanya masa yang dibazirkan kerana kamu merasakan kamu keseorangan di dunia ini. Kamu tidak keseorangan, sebenarnya Allah sentiasa berada di sisi, cuma kamu terlupa akan kehadiran-Nya.

mama love you more than you could imagine (^^,)

4 comments:

  1. sedih tengok kes macam ni.
    kadang2 tu anak-anak mcm malu pulak dengan parents diorg.
    tapi tak sedar yg parents dia punya la bersusah payah. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul..diaorg xfikir kepayahan ibu bapa dlm menguruskan hal anak2...tau nk ikut kwn2 aje...

      Delete
  2. Bgs crita ni, jadikan pengajaran . Biarlah kita je yang tau dan tak perlu hiraukan orang lain. Yg penting, kita bahagia ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul..jgn sbb terlalu sibuk pk ade pndangan org kt smpai lupe diri...hnye kt yg lbh kenal diri sndiri & keluarga kt :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

3D magic art (2) 850cc (1) ABC bandung (1) air asia (5) aiskrim kek (3) aiskrim kek oreo (1) anmum (1) anniversary (11) annual dinner (6) aurawhite (1) azam (7) baby bullet (2) baby car seat (3) baby expo (2) baby milestone (3) bachelor party (1) baju menyusu (2) bandung (5) bayou lagoon (1) bayou lagoon water park (3) BBQ (1) bersalin (1) birthday (18) blog review (2) bonus (2) boots (1) bowling (1) buku merah (1) cameron highlands (1) casual wear (8) cat (4) celebration (43) charity (1) childen room (1) christmas (2) CPUV (6) dekorasi dinding (4) demam (1) derma (1) DIY (7) EBM (6) ekzema (1) emo (91) engagement (4) ephyra (1) erza masak (1) erza touch (2) exam (6) excident (2) family (38) feedmilk (5) free seat (1) freezer (1) friends (40) gambir (1) geraham bongsu (1) gigi (1) giveaway (109) goodies (1) gubahan (5) gunting rambut (1) hadiah (34) handphone (3) hari raya (20) helmet ARC (1) henna (2) home expo (1) homeopathy (3) honeymoon (1) hospital (1) hotchiks (6) housewarming party (3) indonesia (6) interview (2) jakarta (3) jalan cari makan (27) jalan-jalan (50) jeans shoes (1) jualan murah (19) jumpsuit (1) kad kawen (1) kancil auto (2) kancil melaka (2) kancil murah (2) kawah putih (1) kedah (1) kek lapis sarawak (3) kembar (1) kenduri (4) kenny rogers (1) kereta (3) krabi (1) KSWP (1) kuching (4) kuih raya (9) kwsp (2) laksa sarawak (3) lirik lagu (12) little caliphs (1) loan (1) love story (2) magic art museum (2) Mahkota Medical Centre (MMC) (1) main masak-masak (1) makanan sunda (1) makaroni sup (1) makeup by erza (2) medan (1) mee ayam (1) mee kolok sarawak (3) mekah (1) mekap (2) menu birthday party (2) menu sahur (2) milk booster (3) minyak herba asmak (1) miscarriage (3) model phone (2) mother's day (3) motor (1) my buddy (14) my career (40) mybaby (93) mylove (117) myself (192) nasam (1) nasi ayam (1) new style (2) new year (7) nikah (3) nuffnang (6) nursing wear (2) oceanarium (1) open house raya (1) Oriental Melaka Straits Medical Centre (1) paid review (4) Pantai Hospital (1) penang (1) peti ais (1) photoshoot (3) pierre cardin (1) pilihan (5) poem (14) policar poli (1) port dickson (1) potrait (3) PRCC (1) pre-school (1) pre-wedding (2) pregnancy (33) preparation wedding (2) private hospital melaka (1) produk kurus (4) promosi (16) PRU (1) psoriasis (1) PTPTN (4) puasa (16) puree (3) puree apple (1) puree pear (1) Putra Specialist Hospital (PSH) (1) ragut (1) ramadhan (6) rambut (1) rayban (1) resepi (6) review (105) river cruise (1) rokok (1) sabah (2) saham akhirat (21) sakit (3) samun (1) sarawak (5) saya jual (4) sekolah (8) senarai barang baby (1) seoul garden (1) simply fish (2) skuter (1) slimming suit (1) smart readers (1) smartphone (2) solid food (5) sony xperia z5 dual (1) soya (1) SPA (5) SPM (1) sponsorship (1) stabber (8) stalker (8) strawberi farm (1) sunquick (1) suprise (4) susu (8) sweethome (17) syria (1) taska (2) tema dinner (2) terengganu (9) thailand (1) the shore (1) the shore oceanarium (1) tips (11) tokoh (1) tunas pasti (1) umrah (1) vacation (12) valentino (1) valentinoboots (1) valentinorudy (1) vape (1) walker (2) wall deco (3) water theme park (2) wedding (30) weekend (70) zafran (85) zhariff (36) zulaikha (1)

I'm your ERASER

pencil: you know, i'm really sorry

eraser: for what? you didn't do anything wrong to me...

pencil: i'm sorry cause you get hurt because of me..whenever i made mistake, you're always there to erase it. but as you made my mistake vanish, you lose a part of yourself..you get smaller and smaller every time :(

eraser: that's true...but i don't really mind. you see, i was made to do this..i was made to help you whenever you do something wrong. eventhough, one of these days, i know i'll be gone and you have to replace me with a new one, i'm actually happy with my job..so please stop worrying...i HATE seeing you SAD because of me..

I do really LOVE you bie...

I do really LOVE you bie...