Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan…

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia, Isteri yang kamu nikahi, Tidaklah
semulia Khadijah, Tidaklah setaqwa Aisyah, Pun tidak setabah Fatimah…
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman, Yang punya cita-cita, Menjadi solehah..Perkahwinan, mengajarkan makna kewajipan bersama, Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya, Isteri menjadi ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan, Kamu gembalanya, Isteri adalah murid, Kamu
gurunya,Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuas-puasnya, Saat Isteri
menjadi racun, Kamulah penawar bisanya, Seandainya Isteri tulang rusuk
yang bengkok, berhati-hatilah meluruskannya..
Perkahwinan,
menyedarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA, Untuk belajar lebih SABAR DAN
REDHA, Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana, Hanyalah
wanita akhir zaman, Yang punya cita-cita, menjadi solehah..
Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah, Pun bukanlah
Saidina Ali Karamaullahhuwajhah, Cuma suami akhir zaman, Yang berusaha
menjadi soleh..
- Ariff Omar Asy-Syafi'e
RENUNGAN @ Rahsia Perkahwinan

kak! pae copy! hee..
ReplyDeleteeheheh..ok!
Delete