Perkahwinan menyingkap tabir rahsia, Isteri yang kamu nikahi, Tidaklah
semulia Khadijah, Tidaklah setaqwa Aisyah, Pun tidak setabah Fatimah…
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman, Yang punya cita-cita, Menjadi solehah..Perkahwinan, mengajarkan makna kewajipan bersama, Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya, Isteri menjadi ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan, Kamu gembalanya, Isteri adalah murid, Kamu
gurunya,Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuas-puasnya, Saat Isteri
menjadi racun, Kamulah penawar bisanya, Seandainya Isteri tulang rusuk
yang bengkok, berhati-hatilah meluruskannya..
Perkahwinan,
menyedarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA, Untuk belajar lebih SABAR DAN
REDHA, Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana, Hanyalah
wanita akhir zaman, Yang punya cita-cita, menjadi solehah..
Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah, Pun bukanlah
Saidina Ali Karamaullahhuwajhah, Cuma suami akhir zaman, Yang berusaha
menjadi soleh..
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya..
pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?
guru:
ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan
jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sek ira
nyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu
telahmenemui cinta.
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
pelajar
menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu
berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya
telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak
tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya
biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling
menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak
mengambil sebatang pun akhirnya.
gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...
dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?
guru:
ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu.tapi janganlah
kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan
tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling
cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu
perkahwinan.
pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa
lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon
tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru
tersebut.
maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
pelajar
itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya
berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali
dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini
lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik
buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak
memilihnya.. .
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......
tamat.... Kesimpulannya,
usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan
janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan
seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan
pasti ada kelebihan dan kekurangannya .
kak! pae copy! hee..
ReplyDeleteeheheh..ok!
Delete