Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Readers

Tuesday, January 24, 2017

banyak perubahan

Salam...

Makin banyak perubahan yang berlaku kat opis..semalam ada perjumpaan dengan MD..as usual every year memang MD bagi taklimat and expectation dia for that particular year...this year seems like no increment again like last year, which is as per my expectation too...huhuhu...this year might be a challenge year for Oil and Gas industry..just wish that our company could sustain and growth more as per target..insyaAllah...

time sesi Q&A (Question & Answer), aku je satu-satunya staff dok tanya soklan..hahaha..aku tanya pasal bonus for last year..yelah, since increment takde, at least staff nak something gak kan..as an appreciation for hard work...so MD cakap by right dia ada peruntukan but kene dapatkan approval from holding first...aku harap good news la nanti..tak banyak pun takpe...at least ade...leh la support2 sikit nak bayar hutang..kan target this year nak settlekan hutang...fuhhhh~~~

tahun ni memang kene banyak saving..takleh membazir sangat...apa yang ada kalau boleh kekalkan..kalau mampu saving more...savinglah..sebab 2017 & 2018 might be more tougher...lagi ada anak ni..macam2 nak fikir...zafran pun dah start sekolah..next2 year zhariff plak..barang keperluan semakin mahal..duit kalau setakat RM50, sekejap je habis...betapa kecil dah nilai matawang kita..terasa benar kalau dok beli barang dapur tu...huhuhuuh...

Monday, January 23, 2017

My 1st step..more to go...

Salam...

Masa perjumpaan dengan guru ritu, cikgu ada highlight yang zafran lack of motor skills...so start dari hari tu dok google la macam mana nak bagi enhance skill dia tu...actually salah satu punca aku rasa sebab terlalu lama pakaikan dia sarung tangan...compare to zhariff lepas abis pantang je aku dah bukak sarung tangan dia...tu pun sebab dak zhariff bulat..sarung tangan semua sempit...hahahah...tapi zafran kan anak 1st..kurang pengetahuan time tu..orang tua2 dok soh pakaikan..aku pun pakaikan jela..rupanya bila terlalu lama pakai..baby tak dapat explore jari2 dia..bila kurang explore, dia akan kekok dan lambat sket nak gunakan jari2 tu...aku memang perasan la, dia kalau grap barang agak loose compare to zhariff...even at this age of 4 ni pun pegang cawan kadang2 air tumpah...lagi satu sebab dia ni jenis agak gopoh...gopoh or terlalu aktif?? aku pun tak pasti..tapi sebab dia jenis nak cepat2, barang murah jatuh dari tangan dia..air pun mudah tumpah..gitu la...

last weekend, aku bagi berus kasut...suruh dia berus kasut sekolah dia sendiri..sebelah aku berus sambil ajar dia..sebelah kasut lagi dia berus sambil praktikkan ape yang aku ajar...then, ajar dia naik basikat...actually bila dok rumah taman ni memang susah sket nak buat aktiviti kat luar..lagi2 kalau kawasan rumah jenis kecil je...dia nak bawa basikat pun ruang takde...then, rumah aku pula jenis kawasan bukit sikit...jadi agak susah la dia nak kayuh...alhamdulillah...dia jenis cepat pick-up..ajar sekali dua dah boleh dah sikit2...

Friday, January 20, 2017

Jangan lupa Allah bila senang

Salam...


Sedikit perkongsian kisah tauladan di pagi Jumaat yang mulia ini...


Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. 

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Wednesday, January 18, 2017

Cara merawat Ekzema dan Psoriasis

Salam...

Korang tau tak apa itu Ekzema? Ekzema ni keadaan di mana kulit jadi kering dan gatal disebabkan penghalang kulit tidak berfungsi dengan baik. So kulit mudah diserang infection dan allergy. Kadang-kadang kita boleh nampak kulit pesakit Ekzema ni bertompok kemerah-merahan dan gatal. Ianya selalu terjadi pada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tapi akan beransur pulih bila umur masuk belasan tahun. Sebenarnya takde faktor utama yang dapat ditentukan sebagai penyebab kepada Ekzema tetapi lazimnya berlaku dalam keluarga tertentu je. 

Apakah ada cara merawat Ekzema? Kalau gi klinik, doktor selalunya bagi krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibu bapa sekarang dah tau tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, so diaorang dah tak nak guna lagi krim tu tapi dalam masa yang sama bingung macam mana nak handle Ekzema pada bayi mereka. 

Haaa so kali ni aku nak share tentang kebaikkan produk Bedak Asmak..

Tuesday, January 17, 2017

mulanya terjebak ke bahagian perakaunan

Salam...

susah ke belajar akaun?? soalan macam simple, tapi nak jawab kena fikir panjang...eheheh...kalau tanya aku, aku rasa tak susah mana..sekarang la baru rasa macam tu..tapi time bergelar student rasa "ya Allah....awat susah sangat ni"....jarang la aku buat latihan ke..exam ke..aku dapat balance figure...hahahaha...semuanya sebab aku mempunyai basic knowledge yang lemah...sebab masa sekolah ada masalah kekurangan guru...itu la punca segala-galanya...

lepas PMR, aku teringin sangat masuk kelas sains tulen...sebab aku minat bab2 eksperimen...bab2 kira2...dalam masa yang sama, aku minat sangat seni...tapi sekolah aku ni ramai budak bijak pandai..budak sederhana cam aku ni memang payahlah nak berebut masuk kelas sains...kelas sains tulen je ada 2 kelas besar...pastu tak masuk ada sains sastera...sains kejuruteraan..sains itu ini...aku sampai pergi jumpa cikgu kaunseling sebab bingung buat pilihan kelas...cikgu bantu dengan bagi aku ujian personaliti dan kerjaya...alhamdulillah, setelah menjawab beratus soalan simple, cikgu bagi kesimpulan aku sesuai masuk kelas perakaunan compare to kelas sains...time tu terkejut gak sebab tak tau menahu apa-apa bab akaun...tapi akur dengan pendapat cikgu..maklum la remaja lagi...pergaulan terbatas...pengetahuan pun singkat sangat...tak dapat fikir jauh tentang dunia pekerjaan...

masuk form 4, mula2 tu ok aje...aku paling minat subjek matematik dan ekonomi asas..memang scorer la time form 4 tu..boleh dikatakan top 3 student untuk subjek ekonomi...cikgu pun close sangat dengan aku...tapi subjek lain??? hancur...hahaha...time tu wajib ambil 9 subjek untuk SPM...6 paper teras dan 3 subjek pilihan...untuk teras - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam..manakala subjek pilihan pula - Matematik Tambahan, Ekonomi Asas dan Perakaunan...ni subjek yang wajib ambil bila aku masuk kelas perakaunan...disebabkan minat mendalam kat bahagian seni...aku mohon subjek tambahan...pendidikan seni..so untuk SPM aku amik 10 paper...pendidikan seni kena belajar sendiri..aku consult dengan cikgu kat sekolah, so dia setuju ajar lepas abis waktu sekolah...setiap hari rabu dan jumaat...seminggu 2x je belajar..seronok sangat sebab time ni rasa close with each other..tak silap kelas kitaorang ada 10 orang student je kot...semua yang jenis ambil subjek tambahan macam aku..ada juga budak dari kelas sains..

Monday, January 16, 2017

Perjumpaan pertama ibu bapa

Salam..

Hari sabtu yang lepas ada perjumpaan pertama antara guru dan ibu bapa...punyalah aku eksited datang on time..sekali tu baru berapa kerat je yang datang...huhuhuhu...patut majlis start 8.45am...tup2 dekat 9.30am baru start..majlis dirasmikan Tuan Pengerusi J/kuasa TBK, En. Razak...baru aku tau picture yang INI adalah Tuan Pengerusi semasa melawat hari pertama TBK...eheheh...bagus En.Razak ni..humble orangnya..tambahan jadi pengerusi ni adalah sukarela..tiada elaun..tiada gaji...buat FOC aje...susah payah dia nak dapatkan dana itu ini...syukur dan terima kasih tak terhingga buat En.Razak..hanya Allah S.W.T. yang mampu membalasnya...


ucapan dari En.Razak selaku pengerusi jawatankuasa TBK
Di perjumpaan kali pertama ni, diaorang dok pilih AJK TBK untuk bincangkan aktiviti tahunan nanti...hubby salah sorang terpilih sebab 2 orang je lelaki yang datang..dua2 jadi AJK..hahaha...insyaAllah cikgu ada buat planning lawatan...katanya budget diberi RM10 aje sekepala..pening dia nak fikirkan ke mana mampu pergi dengan RM10/seorang...termasuk makan minum dan kos perjalanan..kesian juga jadi cikgu ni..bukan saja pening sebagai pendidik..tapi ada juga tanggungjawab lain..semoga cikgu-cikgu ni semua diberkati Allah S.W.T. selalu..lepas perjumpaan pertama ni aku syukur gila hantar zafran kat tadika KEMAS...tak salah pilihan aku...

Friday, January 13, 2017

Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my

Salam...

wow...wow...wow...dan WOWWWW....haaa gitu la terkejutnya tengok promo terbaru dari Nile.com ni...serius murah betul...siap free postage lagi untuk pembelian serendah RM48...mana nak dapat wei murah camni...


actually dah ramai tau pasal website Nile.com yang murah ni..tapi kepada yang masih tak tahu lagi..korang leh click website ni NILE ...antara barang yang tengah diskaun gila-gila ni haaa......


CNY2017 Sales price: RM17.90
Date: 13/01/2017
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 150 units only


Product: High-Heel SandalCNY2017 Sales price: RM9.90
Date: 13/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 200 units only


Product: Superman Men Sport WearCNY2017 Sales price: RM15.90
Date: 16/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 160 units only


Product: Traveler BackpackCNY2017 Sales price: RM23.90
Date: 17/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 190 units only


Product: Storage BoxCNY2017 Sales price: RM19.90
Date: 19/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 200 units only


Amacam??? best kan?? barang dah la best..harga pun best...so korang nak tunggu apa lagi..promotion ni bermula dari 26/12/2016-10/02/2017..ingat, just belanja minimum RM48 je dah boleh dapat free postage...tunggu apa lagi...jom terjah!!!

www.nile.com.my

HAPPY SHOPPING GUYSSSS!!!!!!!!!!!!




perkara yang merisaukan aku bab sekolah zafran

Salam...

masuk minggu kedua ni...satu je lagi masalah yang masih merisaukan aku...

actually sebelum nak hantar dia ke sekolah...ade 3 perkara utama yang merisaukan aku...

1) buat hal time bangun pagi
2) time makan kat sekolah
3) pergaulan dengan kawan-kawan

so far, alhamdulillah...bab bangun pagi tak banyak masalah pun...dulu punya payah bangun pagi..selagi tak pukul 11..pukul 12..tak bangun tidur..kalau kejut awal pagi confirm buat perangai satu hari tu...meragam sebab bangun pagi...so bila nak sekolah ni, aku memang risau la bab ni..takut dia menangis tak henti ke..takut dia mengamuk2 gi sekolah ke..takut dia buat perangai kat sekolah ke..aishhh macam2 la aku fikir..

start bulan 12 ritu, aku train dia tidur awal...memang susah juga la..sebab dia jenis aktif..bermain aje..lagi pula aku jenis malam memang suka hang out dengan hubby...sampai rumah kadang2 kol 11..kadang kol 12....so dia pun follow time tu untuk tidur..automatik rutin kitaorang pun kene jaga...tak leh nak hang out sangat...pukul 9 lebih dah make sure buat preparation nak tidur..makan vitamin..minum air/susu..bersihkan tempat tidur dan lain-lain..so dalam kol 10 camtu dah tidur...bangun pagi kol 7..dia tak nangis..mandi semua tak ada masalah...alhamdulillah...

Tuesday, January 10, 2017

jaga lidah..fikir dulu sebelum bercakap

Salam...

pagi ni dapat satu watsapp..perkongsian yang menarik...ianya ada berlaku di kehidupan seharian kita...jom baca dan ambil tauladan di atas kisah-kisah berikut:-

Kisah Pertama :
Seorang kakak bertanya kepada adik perempuannya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah adiknya itu melahirkan seorang bayi yang comel. "Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?" "Tidak ada." Jawabnya ringkas. Kata kakaknya lagi, "Uish!! Takkan camtu?, adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap dapat hadiah dari suamiku walaupun tanpa alasan yang istimewa." Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, dilihat isterinya sedang merajuk sedih di rumah.
Mereka berdua sering bergaduh sejak itu. Taklama kemudian, suami dan isteri ini bercerai.
Dari mana punca masalah rumahtangga mereka?
Hanya dari pertanyaan yang diucapkan oleh kakak kepada isterinya.

Kisah kedua :
Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya. "Kamu tidak rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?” Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak ketika itu mula dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan yang dulu membajai rasa kasih di dalam keluarga, juga turut hilang ketika keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana cuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya.

Kisah ketiga :
Seorang kawan bertanya.
''Berapa gaji kamu sebulan?" Kawannya menjawab, "2 ribu ringgit." "Hanya 2 ribu ringgit? Sikitnya!!!, majikan kamu tidak reti menghargai kerja kamu.
Mana cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? "

Sejak itu dia membenci pekerjaannya.
Dia meminta kenaikan gaji pada majikannya. Sayangnya majikan tidak mampu serta menolak dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya. Kini dirinya tidak berkerja dan mengganggur.

Kisah keempat :
Seseorang bertanya kepada makcik tua. "Berapa kali anak-anak makcik datang melawat makcik dalam sebulan? "
Makcik itu menjawab, "Sebulan hanya sekali." Si penanya menempelak, "uish!! melampau sekali anak-anak makcik. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi." Hati si makcik menjadi sedih.
Sedangkan sebelum ini dirinya terlalu rela dan memahami kesibukan anak-anaknya.
Makcik tadi mula menangis dan bersedih.
Ini memburukkan kesihatan tubuhnya hingga jatuh sakit.

Apakah sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika bertanya seperti pertanyaan-pertanyaan di atas?

Jagalah lidah kita dari mencampuri kehidupan orang lain.Tidak perlu cemburu dgn kebahagiaan yg diperolehi org lain..setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya..andai dia berbahagian,lihatla corak dan gaya kehidupannya..bukan menghukum dgn membawa cerita..

Mengecilkan dunia mereka itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka miliki.

Jika terus berperangai seperti itu, kita juga akan menjadi agen kerosakan di muka bumi ini. Perosak kebahagiaan orang lain.

Andai ada bom yang meletup, cubalah periksa diri. Adakah kita yang menyalakan sumbunya?

Na'uzubillahi minn zaalik..


Monday, January 9, 2017

minggu kedua persekolahan

Salam...

baru jap tadi cikgu watsapp gambar buku sekolah...hari ini zafran dah dapat buku..tak sabarnya aku nak balik rumah..nak dengar celoteh dia pasal sekolah..seronok dengar...hihiihih...

pagi ni kejut dia, alhamdulillah..takde tangisan..dia dah ok dah..mandi pun okay je..cuma time gosok gigi memang merengek sebab dia tak suka ubat gigi..hahahah....memang dari dulu camtu...ingat nanti nak try tukar perisa lain..nak suruh dia pilih sendiri...harap2 kalau perisa yang dia pilih sendiri...dia akan suka la...sekarang ni pakai perisa strawberi...

zafran yang sangat ceria

abis sudah minggu pertama sekolah

Salam...

masuk hari ke-empat...hari last sekolah untuk minggu pertama..hari jumaat kene pakai baju melayu..since uniform belum dapat...so pakai baju melayu biasa dulu...how is he on the 4th day?? ajaib!! kenapa aku cakap ajaib?? sebab aku tengah mandi tetiba dengar orang ketuk pintu...kebetulan aku dah nak siap dah..buka pintu tengok zafran tersengih-sengih depan pintu...aku tanya kenapa..awalnya bangun? dia cakap nak mandi pergi sekolah...alhamdulillah...bangun sendiri tanpa perlu dikejut...so mandikan dia dan siap-siapkan dia...dia dok bercerita je pot pet pot pet...as usual...talkative person...aku layankan jela...then maybe bising sangat kot, zhariff pun bangun pastu (^^,)

ceria yang amat
i'm so happy that day (^^,)
then, dah siap semua...sebelum keluar rumah, aku tanya dia nak susu tak? dia cakap "tak nak...zafran kan dah besar...zafran nak pergi sekolah" me like "WOW" hahahah....ok aku gelak jela...aku cakap..."okay..okay...good boy..bijak zafran"..sengih aje la dia...terus duduk pakai kasut sendiri...

Sunday, January 8, 2017

Zafran 3rd day of school

Salam...

hari ketiga macam mana??? rasa-rasa dia okay tak? eheh...hari ketiga dia okay..tak nangis langsung..tapi ada permintaan pula..dia nak minum susu dalam botol..ahhahah...actually dia memang masih minum susu tapi limited la guna botol...pagi2 bila nak hantar rumah mama tu..dia tengah tidur aku angkat masuk kereta, bagi minum susu sebotol..since tengah tidur memang tak sesuai bagi cawan...nanti tumpah...kalau dekat rumah dengan aku memang selagi boleh aku tak bagi pun minum susu..biar dia makan nasi...malam nak tidur baru bagi..itu pun dalam cawan..kadang tak bagi pun...depends pada perut dia..eheh...

ok so cerita pagi tu...bangun pagi okay...aku agak lambat sikit bangun pagi tu..tak sedar bunyi jam..kelam kabut sikit la..nasib hubby ada..dia tolong siapkan zafran lepas aku mandikan tu...jadi sempat lah hantar ke sekolah on time...

bila tengok pic ni balik
nampak dia macam kecik je lagi
oh my baby...always be my baby (T_T)

Saturday, January 7, 2017

Zafran 2nd day school

Salam...

hari kedua adakah dia seceria hari pertama??? oh tak...hari kedua dia nangis..pagi tu time kejut ok je..senang bangun..time mandi pun ok je..time pakai baju pun dia ok..lepas tu dia tengok aku bersiap..dia tanya "mama nak gi mana?" maybe dia tengok aku pakai baju lawa kot...aku jawab lah nak pergi kerja..tup2 terus nangis..dia cakap jangan pergi kerja...puas aku terangkan aku pergi kerja lepas hantar dia ke sekolah..nanti petang aku balik macam biasa aku amik lah dia kat rumah nenek...dia nangis tak bagi juga pergi kerja..adoi..maybe dia dah rasa syiok spend time dengan aku...maklumlah cuti lama...lebih kurang 4 hari camtu...aku faham perasaan dia yang suka bermanja tu.... (T_T)

agak lama juga dia merengek...hampir sampai rumah mama dah...kebetulan traffic light warna merah..so aku tanya dia lagi..nape nangis lagi..tak mau la nangis..semalam kan cikgu cakap kat kawan2 yang nangis, kalau siapa datang sekolah tak nangis cikgu buat thumb up and say "excellent"...zafran kan berani..tak mau nangis la..malu kawan2 tengok..pastu dia macam okay sikit....

Zafran | 040117
2nd day of school

Friday, January 6, 2017

Zafran 1st day school

Salam...

alhamdulillah..settle minggu ni bab persekolahan zafran...macam2 perasaan ada kat dalam hati...sayu ade...sedih ade..risau ade..gembira pun ade...tak tau nak gambar macam mana...walhal baru tadika je pun..hehehe...tapi tu la..dah nama pun ibu...ibu mana tak risaukan anak dia...tapi so far nampak positive improvement...harap zafran belajar baik-baik kat sekolah...aku tau dia anak yang bijak...cuma aktif je terlebih...orang tua-tua selalu cakap budak aktif ni budak bijak...insyaAllah...

dari last year aku survey sekolah untuk dia..mula ingat nak hantar little caliph....tapi banyak faktor menghalang seperti lokasi, masa dan juga kos...at last aku decide hantar ke tadika KEMAS...alhamdulillah...hari 1st register bulan 12 tahun lepas..bawa dia sekali..dia seronok bermain dalam tu sementara aku uruskan registration dia...so sejak pergi tadika, dia dah nak pergi sekolah..sebelum tu kalau sebut sekolah je dia memang taknak pergi...dia cakap takut dengan cikgu besar yang macam dalam cerita Upin & Ipin tu..adoi pengaruh TV betul tau...ahhahaha....




hari 1st aku ambil cuti...wajib la kan...nak hantar sampai dalam kelas..nak tengok dia camne..nak teman dia...haaa risau tau..malam tu dah spot checked semula keperluan dia..baju sekolah, beg sekolah, peralatan sekolah..semua aku tulis nama..takut hilang sebab dia ni jenis pemurah..tak kedekut..kang kalau orang minta abis semua dia bagi..hahahah...pagi tu kejut bangun mudah je..kol 10 malam dah suruh tidur...so masa pagi tu kejut dia dah sengih2...mandi semua ok je...semua tak ada masalah...dia pun mood happy je...

Thursday, January 5, 2017

New Year!!!

Salam...

dah masuk lagi tahun baru..setiap tahun rasa masa cepat je berlalu..itu tanda kita terlalu sibuk dengan kehidupan...this year aku dapat rasakan cabaran baru yang aku kene hadapi...banyak harapan aku for this year...especially bab urusan rumah tangga dan future diri dan anak-anak...

this year zafran dah start sekolah...so cabaran aku bermula dari waktu pagi..nak uruskan dia...uruskan zhariff...rushing pergi kerja lagi...fuhhhh..harap aku sihat dan cergas...wajib jaga kesihatan baik-baik...eheh...

untuk azam tahun ni...aku memang aim nak abiskan hutang...dari last year aku dah start dah settlekan sebanyak yang boleh...insyaAllah...aku target sebelum umur 35 tahun...aku dah takde hutang...selain hutang rumah la..rumah tu memang sampai ke tua kene bayar..hahahaha....

selain tu..azam terbesar...aku nak banyakkan saving..untuk aku dan anak-anak..nak buat monthly saving without fail...zafran dah start sekolah...kene ada backup saving...takut la akan datang kalau memerlukan...setakat ni memang ada saving...aku ada buka sorang 2 akaun untuk zafran dan juga zhariff...SSPN dan juga ASB...cumanya aku tak saving fixed monthly..bila ada duit baru masukkan duit kat akaun diaorang...tapi this year berbeza...aku akan peruntukkan duit sikit...fixed monthly untuk budak 2 orang ni...harap mampu la disiplin...phewwww~~~~

semoga Allah S.W.T. permudahkan urusan aku...urusan kami sekeluarga...insyaAllah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

3D magic art (2) 850cc (1) ABC bandung (1) air asia (5) aiskrim kek (3) aiskrim kek oreo (1) anmum (1) anniversary (11) annual dinner (6) aurawhite (1) azam (7) baby bullet (2) baby car seat (3) baby expo (2) baby milestone (3) bachelor party (1) baju menyusu (2) bandung (5) bayou lagoon (1) bayou lagoon water park (3) BBQ (1) bersalin (1) birthday (18) blog review (2) bonus (2) boots (1) bowling (1) buku merah (1) cameron highlands (1) casual wear (8) cat (4) celebration (43) charity (1) childen room (1) christmas (2) CPUV (6) dekorasi dinding (4) demam (1) derma (1) DIY (7) EBM (6) ekzema (1) emo (91) engagement (4) ephyra (1) erza masak (1) erza touch (2) exam (6) excident (2) family (38) feedmilk (5) free seat (1) freezer (1) friends (40) gambir (1) geraham bongsu (1) gigi (1) giveaway (109) goodies (1) gubahan (5) gunting rambut (1) hadiah (34) handphone (3) hari raya (20) helmet ARC (1) henna (2) home expo (1) homeopathy (3) honeymoon (1) hospital (1) hotchiks (6) housewarming party (3) indonesia (6) interview (2) jakarta (3) jalan cari makan (27) jalan-jalan (50) jeans shoes (1) jualan murah (19) jumpsuit (1) kad kawen (1) kancil auto (2) kancil melaka (2) kancil murah (2) kawah putih (1) kedah (1) kek lapis sarawak (3) kembar (1) kenduri (4) kenny rogers (1) kereta (3) krabi (1) KSWP (1) kuching (4) kuih raya (9) kwsp (2) laksa sarawak (3) lirik lagu (12) little caliphs (1) loan (1) love story (2) magic art museum (2) Mahkota Medical Centre (MMC) (1) main masak-masak (1) makanan sunda (1) makaroni sup (1) makeup by erza (2) medan (1) mee ayam (1) mee kolok sarawak (3) mekah (1) mekap (2) menu birthday party (2) menu sahur (2) milk booster (3) minyak herba asmak (1) miscarriage (3) model phone (2) mother's day (3) motor (1) my buddy (14) my career (40) mybaby (93) mylove (117) myself (192) nasam (1) nasi ayam (1) new style (2) new year (7) nikah (3) nuffnang (6) nursing wear (2) oceanarium (1) open house raya (1) Oriental Melaka Straits Medical Centre (1) paid review (4) Pantai Hospital (1) penang (1) peti ais (1) photoshoot (3) pierre cardin (1) pilihan (5) poem (14) policar poli (1) port dickson (1) potrait (3) PRCC (1) pre-school (1) pre-wedding (2) pregnancy (33) preparation wedding (2) private hospital melaka (1) produk kurus (4) promosi (16) PRU (1) psoriasis (1) PTPTN (4) puasa (16) puree (3) puree apple (1) puree pear (1) Putra Specialist Hospital (PSH) (1) ragut (1) ramadhan (6) rambut (1) rayban (1) resepi (6) review (105) river cruise (1) rokok (1) sabah (2) saham akhirat (21) sakit (3) samun (1) sarawak (5) saya jual (4) sekolah (8) senarai barang baby (1) seoul garden (1) simply fish (2) skuter (1) slimming suit (1) smart readers (1) smartphone (2) solid food (5) sony xperia z5 dual (1) soya (1) SPA (5) SPM (1) sponsorship (1) stabber (8) stalker (8) strawberi farm (1) sunquick (1) suprise (4) susu (8) sweethome (17) syria (1) taska (2) tema dinner (2) terengganu (9) thailand (1) the shore (1) the shore oceanarium (1) tips (11) tokoh (1) tunas pasti (1) umrah (1) vacation (12) valentino (1) valentinoboots (1) valentinorudy (1) vape (1) walker (2) wall deco (3) water theme park (2) wedding (30) weekend (70) zafran (85) zhariff (36) zulaikha (1)

I'm your ERASER

pencil: you know, i'm really sorry

eraser: for what? you didn't do anything wrong to me...

pencil: i'm sorry cause you get hurt because of me..whenever i made mistake, you're always there to erase it. but as you made my mistake vanish, you lose a part of yourself..you get smaller and smaller every time :(

eraser: that's true...but i don't really mind. you see, i was made to do this..i was made to help you whenever you do something wrong. eventhough, one of these days, i know i'll be gone and you have to replace me with a new one, i'm actually happy with my job..so please stop worrying...i HATE seeing you SAD because of me..

I do really LOVE you bie...

I do really LOVE you bie...